Thursday

mimpi boleh percaya ke?

assalamualaikum..


hari ni dah raya cina la kan? hoh semenjak dah tak sekolah ni aku tak tahu langsung hari ini hari apa. kat sekolah memang konfem ingat sebab dok kira hari nak balik rumah. yela tipikal budak hostel. memang suma macam tu.


dulu punyala menyampah duduk hostel, sekarang bila dah habes mulala mengigau nak balik hostel semula. 5 tahun kot aku dok situ. memang la rindu nak tengok loker-besi-tak-boleh-nak-kunci aku tu. lagi aku rindu nak mengumpat bercakap-cakap pasal kakak kafe, pasal budak-budak junior yang baru nak up dengan budak dorm, senang cita habis orang la nak diumpat dicakapkan. cis duduk hostel memang menyumbang ke arah dosa free betol la.


okeh cukup pasal hostel. saja ja nak memanjangkan entri, kehkeh. harini aku tak pergi kerja pon. lantak ah, raya cina kan, orang cina boleh cuti dah tentula aku pon nak cuti gak walaupon sepatutnya hari ni aku kerja. maka dengan senang hatinya aku membuta sampai tengahari. ikot suka korang laa nak cakap aku anak dara perangai hampeh ke apa. nak buat macam mana takdir tuhan tentukan agar aku suka tido.


bila dah membuta lama-lama macam tuh mulala mimpi macam-macam. tadi aku termimpi yang gigi aku tercabot. kat depan lak tuh. pastu aku pon cerita la kat mak aku.


aku mak


mak, mak, takdi ork, kak long mimpi gigi kak long tercabut. rongak, hudoh guh ar. bakpe tahu mimpi gitu. 


hoo, orang tua-tua kabor kalau mimpi gigi tercabut maknenye ade orang nak mati laa tu.


erkk.. ye dop????


terkejut aku. kadang -kadang menda ni memang laa takleh percaya sangat kan. kang jadi khurafat pulak. takpon cuma mainan tidur. yela kalau dah ajal tu memang laa mati jugak akhirnya. tapi bila pikir balik takot jugak aku. kalau betol cemana?? kalau mak aku? or ayah aku? taknak taknak! :'(


err...korang percaya ke menda-menda gini?




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

2 kanak-kanak riang:

nelly said...

kalau petanda baik ,nelly percaya .
hehehe

athirahzaki said...

tapi mak cakap ada orang nak mati kalau mimpi camtu.
takot lak, hukhuk.