Saturday

sokonglah barangan tempatan (euwww)

ohh suju malaysia. hensemnyeee

so cute! i loikeee

pergh pergh! mantap!

rawr rawr rawr!!!! abam yang kat tengah tu, nak num fon~

skinny legs! awww

alalala omeynyeeeee

konklusinya, kita mestilah menyokong karya muzik tempatan dengan penuh semangat waja. kita tidak patut memaki maki mereka hatta memerli serta menganjing pun tidak boleh jika tidak mereka akan mengeban kita secara rasmi di pesbuk mereka. lagipun apalah salahnya mereka meniru korea group? oh untuk pengetahuan anda, menurut pihak pengurusan mereka Kpop bukan lah bermaksud korea pop ye tetapi adalah Keindahan Pop walaupun celah mana keindahan pun saya tidak tahu. pandai juga mereka membuat lawak ya. hampir urat kentut saya hendak terputus dibuatnya. 

selain itu mereka juga harus mengekalkan ciri-ciri dressing mereka. ya semestinya dengan menunjukkan perut mereka yang mantap serta paha yang cukup skinny kalah batang kelapa. apa salahnya mereka berpakaian begitu? bagi saya ianya sangat trendy dan atas kepada tarikh dan patut menjadi ikutan muda-mudi masa kini. kerajaan juga patut menyokong kegiatan anak-anak remaja islam ini agar berjaya dalam memperjuangkan irama Keindahan Pop ini sekaligus berjaya memperkenalkan malaysia sehingga terkenal di mata dunia ini.

semoga mereka mereka ini terus maju menunjukkan perut yang langsung tidak boncit serta yang perempuannya sentiasa berjaya membuatkan lelaki pervert fap fap dengan melihat paha putih mereka.akhir kata, bacalah esei saya ini dengan gaya -mata ke atas, tangan ke dada-

oh tidak lupa juga tahniah kepada sahabatku kate middleton yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pakwenya putera william kelmarin. baidewei kate, nasik minyak u hantar semalam sedap sangat! thanks oke! love you! kehkeh.
byeeee~~

update:
hmm, aku ingat ramai yang faham entri aku ni.
rupanya tak jugak.
ni nama dia menganjing lah.
paham tak menganjing tu hape?
paham tak?????
LOL



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

KPLSPM + matrik

assalamualaikum..


aritu aku cakap nak apdet lepas pegi interview kan? haa ni dah apdet laa ni.  fuhh, lega gile akhirnya dah lepas jugak interview yang dah buat kepala otak aku sewel *gila hiperbola* sejak dua tiga hari ni.




okey aku gerak gi Kuala Terengganu sehari sebelum interview. duduk rumah atok member aku. serius cakap aku memang tak well-prepared langsung. malam sebelum interview je aku google sikit pasal NKRA dengan PIPP. tu pun baca sikit-sikit je. tak berapa nak masuk otak. esei pernyataan hasrat pun aku buat malam tu jugak. bapak pemalas kan nampak sangat ah macam tak ikhlas nak gi interview. so korang yang nak interview maktab tahun depan tu, jangan jadi macam aku lah okey. nasihat ikhlas nih daripada aku yang dah serik sebab tak prepare betul-betul.


biasa yang aku baca kat belog orang lain semua kena kena buat 3 step ni dulu kan? memula jawab insak, pastu group discussion, then baru individual. tapi time aku lain. interviewer tu suruh temuduga secara individu dulu. dia atas interviewer jugak la sebab group2 lain semua jawab insak dulu. masa tu memang dah cuak gile tahap nak kencing berderai dah. tapi nasib baik ada member sekolah aku dapat satu kumpulan ngan aku dan calon-calon lain pun baik and ramah je so takdelah aku gelabah sangat. siap sempat bergelak ketawe lagi kat luar bilik tu. 


aku dapat giliran yang nombor 3. nasib baik bukan yang first so bolehla aku tanye2 dulu orang yang sebelum aku. mula mula die cakap 'tell me about yourself'. aku pun cerita jela pasal diri aku ni blablabla bagi biodata sikit-sikit. patu die tanya result aku, aku cakap la satu-satu. then die start tanya, 'what do you do to get this kind of result,' cis, aku mase SPM bukan study sangat pun, main-main je lebih. tah camne dapat result camtu pun aku tak tau. so aku jawab jawapan tipikal la, study grup, tanye cikgu kalau tak paham, blabla. tapi aku jawab sikit je point sebab aku BLANK tau duk dalam bilik tu! time tu laa nak blank la ape la sumpah sial dalam hati sebakul dah aku mencarot.


pastu die tanya lagi 'apa yang awak dah prepare untuk datang interview ni'. ecehh, mase ni aku kelentong la sebab aku bukan prepare sangat pun. aku jawab la google pasal tips temuduga, baca pasal isu pendidikan, NKRA, PIPP sume. sekali die tanye pasal NKRA tu. cis aku baca tajuk je kotttt. then soalan die jadi meleret pasal sekolah berprestasi tinggi la sekolah kluster la jadi aku jujur je cakap yang aku memang tak tau la pasal bende tu.


lepas tu group discussion. group aku 7 orang. kitorang dapat soalan pasal tourism in malaysia. nasib baik. takdelah susah sangat soalan die kan.

1. describe about the interesting place you have visited in malaysia.
2. what have you learnt about the place you have visited.

hah time ni memang aku tembak je ape-ape. aku takde cakap banyak sangat. so memang terasa agak bengap di situ tapi lantaklah. asal bercakap sudah. dia nak tengok cara kita bercakap je kan. betul salah lain cerita.

lepas tu soalan insak. 135 question in 30 minutes. masa jawab ni soalan insak ni memang korang kene hipokrit sikit ah. aku hipokrit banyak huahua. nasib baik sempat jawab sebelum waktu tamat. bayang la lame tak lame aku punya temuduga start pukul 11 habis pukul 3.30. tension member aku tunggu kat kereta. 

kira lega jugaklah sebab dah habis mende ni. sekarang tunggu result dia jela. haa lagi satu aku nak cakap.



nak check tekan SINI!

hurm. kecewa jugak. aku tak mintak pun penang. aku mintak gambang, selangor and negeri sembilan. tapi takpe la, asalkan dapat. tapi aku nak tunggu UPU dulu. tengoklah macam mana. haishh.  

oke ah bye.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

entri gabung-gabung

assalamualaikum..


cis, part ni paling aku tak reti nak buat. part buat intro. nak start ayat pun dah sangkut so camna nak buat entri best-best? cial. lama gak aku tak update kan? haa haaa ni aku pelik ni, nape eh asal lama tak update je orang akan cakap "eh eh dah bersawang berhabuk belog aku ni haaa, lame tak update kan?" perlu ke eh cakap macam tu? kalau macam tu aku pun nak cakap jugak lah.


"hai korunkkkkk~~ lame ai tak update kan? tengoklah belog ai ni ha, bersawang-sawang penuh sarang labah-labah tau. sarang cicak pun ade. nasib baik sarang vavi takde. yuolls tak tolong bersihkan belog ai ke? biasa yuolls ni, babap kanggggg"


okey enough.


first nak ucap congrat untuk cik raihanahnajib yang dah melangsungkan pertunangan jumaat lepas tu. jadi jugok akhirnye mu ni ye, walopon lepas problem, problem, last-last jadi jugok bertunang dengan encik najib tu. err sorilah yek aku takdok hadiah nak bagi kat mung, tunggu mu kawen dululah baru aku bagi yer walopon sebenarnye memang aku kering atau dengan kate lain takde duit nak beli hadiah untuk mu heheh.


yes aku tahu aku tembam jangan nak kutuk sangat lah kan


haaa kau orang tengok ade perubahan kat belog aku ni kan? cantik tak cantik tak? mampus ah kalau korang pikir tak cantik pun bagi aku cantik laa sebab hasil kerja tangan sendiri kan. so bila dah siap tu rasa cam perghh bangga gila lah beb. rasa hebat semacam je. kalau yang anti pink tu errmm, lantak korang lah. sape suh anti, kehkeh.


lagi satu sekarang ni aku tengah taksub dengan budak maddi jane ni. perghh sedap gila kotttt suare die. eh bukan kot lagi dah memang sedap pun. hari hari  duk ulang tayang kat youtube. tak cukup lagi aku gi donlod lak sume lagu-lagu die tu. so lepas ni kalau korang tengok name maddi jane kat shoutbox korang tu takde orang lain la tu faham-faham la yek.


inilah yang dinamakan Maddi Jane


oke laaa aku nak gi mencekik lempeng ikan kejap. tak kenal lempeng ikan tu ape? haha sape suruh tak jadi orang terengganu. sedap wei. makan 80 kali konfem nak lagi nak lagi. aku jela panggil lempeng ikan kalau orang lain tu panggil ape tak tau la pulak aku.


sayalah lempeng ikan yang cute tu.


p/s: sial pernyataan hasrat maktab tu tak buat lagi! sape yang dah interview maktab, bagi idea kat aku sikit! grrr 
p/s/s: tak berinformasi langsung punya belog. fine laa nanti aku balik interview aku update lagi ar.

chow.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

guru, cikgu, teacher or pape jela

assalamualaikum..


okeh sekarang aku rasa makin malas nak apdet belog.. dulu ingat main belog ni best, boleh tulis je ape yang kite nak.. pastu senang-senang je dapat follower. rupe-rupenye takdela best macam tu, penuh dengan hipokrit, haters pun ramai.. tu pun kalau dah femes la.. kalau setakat macam aku ni sape nak bencinye.. unknown blog, haha..


sebenarnye aku nak cerita pasal mende ni je.. aku dapat temuduga jadi cikgu lak.. padahal aku isi pun last-last minute je kot.. ingat tak dapat.. sekali dapat gak.. tak caye? 


ambik kau. bukti ni bukti


kira terubat gak la kesedihan sebab tak dapat interview JPA.. jeles tahu tengok 
member aku dapat.. lantaklah.. bukan rezeki aku kot.. yang temuduga KPLSPM ni pun aku rasa nak pergi je dulu.. prepare kot-kot aku tak dapat PASUM or matrik or ape-ape laa.. kire last choice la ni..

lagi pun boleh la aku dapat pengalaman pertama kene interview.. sebelum ni tak pernahnye aku kene interview.. dulu masa sekolah menengah adela interview nak jadi pengawas.. punyela semangat aku pun nak jadi pengawas.. sekali dengar ada interview langsung luruh mendayu-dayu semangat aku.. jadi pengawas sekolah pun nak kene interview ke, hek elehh..

so trafik a.k.a pembaca (ade orang ajar trafik tu maksud dia pembaca.. sape entah), ade ape-ape advice untuk wa? interview cikgu ni, perghh..bakal pengganti cikgu salasiah okey.. dahla aku ni jenis cepat je naik baran.. silap-silap kang aku jadi cikgu bebetul kang hari-hari aku dapat saman.. kalau boleh makan saman tu best jugak..

doakan jela aku interview 27 April ni okey.. doakan biar aku tak gelabah sangat.. kang terkencing pulak depan penemuduga tu, jatuh pulak saham aku hahaha ok tak kelakar pun tetibe gelak apehal.

dah ah, gua choww.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

faker? LOL

assalamualaikum..


lately ni banyak betul aku tengok yang cuba jadi faker kat fesbuk. kalau yang faker blogger famous tu toksah cakap ah. berlambak kot. kesian betul dekat faker-faker tersebut. takde life ke bro? kau dah elok-elok tuhan jadikan diri kau tu lagi nak menyamar jadi orang lain.


orang macam ni memang pathetic. nape weh? malu eh nak show diri kau yang sebenar? LOL. kesian betul. apa muka huduh sangat kah? jerawat batu besar-besar? 


aku up entri pasal ni pasal aku dah terkena. eh, bukan aku yang dipalsukan. tapi blogger ayai ni.


mula-mula dia ni add aku kat fesbuk. so aku usha ah gambar dia tu. tengok macam kenal. tapi nama Mohd Shakir Ali. setahu aku nama blogger tu Ayai. so aku abaikan je ah. mana tahu kot-kot abang dia ke.


tapi tadi die tegur aku kat fesbuk. pastu sambil-sambil chat tu aku usha balik profile die sambil bukak blog ayai kat tab sebelah. tengok-tengok memang sah gambar si ayai tu semua. 


buat pusing ayat pulak.


perghh. terus deactivate. kecut telor ye bang??? hehe.


kemon la. ingat orang tak tahu ke? gune pic sendiri la bhai. oh lupe lu takde telor. muke JERAWAT BATU RAMBUT KERINTING MACAM NEGRO. lu malu la nak guna gambar lu kan? HAHA. poor you brah. alolololo.


oh by the way thanks to nuffnang.
even aku jarang update blog, tapi die bagi jugak sikit.
okeylah kan. 
daripade takde langsung.
oh aku berblog juga kerana inginkan duit okey.
sumpah tak hipokrit.

bagi ar banyak lagi ye nuff. heheh.
bye nokss~~



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

cilaka jugak ni

Setelah lme xon , bapak rmai org add aku , notification pon bnyk gak ;)


*pastu dia sendiri like status die.


























PESEN MACAM NI MEMANG NAK BAGI AKU GELAK GULING-GULING.


KALAH MAHARAJA LAWAK!


OKE AH AKU NAK GI BERGELAK KAT FESBUK.


KORANG LAYAN AH VIDEO NI OKEYYYYY


BYEEEE NOKKSS  







:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

aku boring

hapdet belog?

join contest?

join segmen abang beng beng boom?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
malas dan malas dan malas


*blah baca Sarkasis

wink wink 




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

domo? binatang ape tu?

assalamualaikum..




sekarang ni kan, aku tengok ramai betul yang gila dengan menatang resaksa sekor ni. aku pun tak tau nak panggil menatang ni apa. tengok gigi macam dainesor. tapi badan petak macam biskut lak. binatang apekah ini? orang panggil domo kan?


sana sini aku bukak belog budak-budak pompuan mesti ade bende ni. pastu mesti cakap,


'awww, comeyhh gileww doe domo nieyh!!!'


'aq baru jeww beli beg domo semalam, cute gileww wooo'


erkk, tak paham aku nih. comel ke? tang mane comel bende ni? sori aa, aku tak tau sangat bende ni. kartun lam tivi ke? ke beruang mane?  haha, aku malas nak gugel. peratus kerajinan aku sejak habes sekolah ni dah turun hingga ke 5% sahaja.


yang ni baru serius comel doh. aummmm


korang yang suke bende ni, cube cite kat aku. ni bende hape sebenarnya? aku duk tertanya-tanya lagi nih. jangan biarkan diriku diselubungi MISTERIIII~~~


habaq mai sat??




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: