Monday

poker facebook haram eh?

assalamualaikum..


mungkin ada yang pernah baca post aku sebelum ni yang aku sekarang tengah duk layan game poker dalam facebook tu. almaklumlah baru pandai main. dulu tak reti pun. bukan apa, saje nak hilangkan bosan duduk kat rumah. nak cari kerja pun tak tau nak kerja apa. last-last ternak lemak jela kat rumah sambil online. 


pastu ada satu hari kawan aku hantar IM kat aku. dia ni pun main poker jugak. dia cakap poker ni haram sebenarnya walaupun dalam game. sah-sah aku terkejutlah kan takkan game pun haram kot bukan ade guna duit ke ape. dengan penuh semangat aku pergi tanya dekat encik gugel hukum main poker dalam facebook. korang bacalah sendiri.



Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (٩١)

Maksudnya 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. 91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, yaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun.

Mungkin ada beberapa orang di halaman ini yang suka bermain zynga poker sekadar untuk hiburan semata-mata. namun tidak menutup kemungkinan hal tersebut nantinya akan membawa kita ke dalam bisikan iblis. perlahan namun pasti nantinya akan menjerumuskan kita kedalam perjudian. mengikis sedikit demi sedikit kadar keimanan kita. perjudian itu juga dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, kendati nampak dari mulutnya bahwa mereka telah saling merelakan.

Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan dendam.marah kerana angan-angannya tidak dapat tercapai atau karena taruhannya itu sial, maka ia menyalahkan dirinya sendiri karena kekalahan yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta. bahkan ramai yang mengucapkan kata kata kotor dan cabul akibat tidak berpuas hati atau kalah dan" dibanned".


Judi Poker Adalah Judi Moden..hukum Haram, Segala benda yang ada Kait dengan Judi..sama ada Online atau Secara Langsung..Hukum Haram.


Allah Swt berfirman Dalam Surat Al Maidah ayat 2 yang Maksudnya ".....Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."

dengan kita ikut bermain maka kita juga ikut berperanan aktif dalam meramaikan perjudian itu sendiri.

Syarat suatu hal dikatakan sebagai sebuah judi:
1. adanya harta yang dipertaruhkan;
2. adanya suatu permainan yang digunakan untuk menentukan pihak yang menang dan pihak yang kalah;
3. pihak yang menang akan mengambil harta (yang menjadi taruhan) dari pihak yang kalah (kehilangan hartanya).

jadi untuk poker itu jelas2 telah memenuhi ketiga unsur diatas. meskipun ada sahabat Anda yang bermain poker tanpa modal, tapi sesungguhnya permainan ini tetap mengambil wang pembayaran dari peserta lainnya untuk kemudian dipertaruhkan kembali. beza halnya kalau peserta sama sekali tidak dipungut biaya sepeser pun dan hadiah yang diberikan dari permainan ini murni berasal dari pihak sponsor. permainan ini benar-benar sudah membuming di kalangan remaja, hingga membutakan mereka.

tobat aku tak main dah lepas ni. haihhh

apa pendapat korang? 



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

mari isi borang biasiswa :)

assalamualaikum...


hahahaha! tetibe mukadimah dah gelak apekeheh. fuhh, mane-mane belog budak-budak spm je aku tengok sume dok hapdet sal kepeningan. yes yes kepeningan nak memilih course untuk masuk U nanti termasuklah aku -.- *sigh. banyak sangat yang ditawarkan. aku pun duk konfius lagi nak pilih yang mana. time ni aku bantai isi je belaka. matrik, maktab, upu, hatta borang luar negara pun isi. ohh ada harapan ke nak pergi luar negara sedarla fizik kau B+ padahal dia nak minima A- memang tak layaklah kan.  


eheh, tapi apa salahnya berharap kan. mana lah tau ada rezeki aku. cikgu aku memang suruh aku re-check paper fizik tu. tapi aku rasa kalau check pun memang takde harapan. aku memang kureng dengan fizik. agaknya memang sebab tu la kot aku tak dapat A fizik, sebab aku cakap aku tak suka dia. dia merajuk dengan aku agaknya. huuu sori ye encik fizik, aku selalu mengabaikan kau dulu. maafkanlah daku. dem nak nyesal pun tak gune dah.


sini aku nak share link-link program biasiswa yang ditawarkan untuk para lepasan spm ni. to those yang rasa berminat tu isi lah yek. dapat ke tak tu soal nombor 67. yang penting isi je. kalau nak lah kan. kalau taknak sudeh, lantak kau lah. gua tolong share je. huehue.








credit to: link

korang korang pun doakan lah saye dapat salah satu biasiswa ni yek.
dah la konfius dengan course lagi, harap-harap dapat la ambik medic tu.
puh kanan puh kiri amin!

tapi aku rase cam tak dapat jek.
ek?
haihhhhhhh..



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

syukur kepada tuhan..

assalamualaikum..


first-first aku nak ucap terima kasih kat korang korang yang dah wish gudluck dekat aku sempena majlis pengambilan result SPM dekat ruangan komen tuh. yes aku appreciate sangatsangat. huhu nangis jap T.T terima kasih jugak untuk semua yang dah doakan kejayaan aku terutama mak ngan ayah aku.


oke aku gerak pergi sekolah tadi dalam pukul 9 lebeh. awal gila. punyala semangat nak ambik result padahal bajet-bajet result tu dalam 6 or 7A je. aku tak expect straight A. aku jawab spm macam takde perasaan kot. sempat lagi pulak tu bersukaria dalam dorm buat macam 'eh ni bukan spm la ni test biasa je apa ada hal'. sempoi tak? haha.


mase duk dalam kereta hati duk dupdapdupdap duk pikir ke result. aku rasa time tu macam nak pecah jantung. berdebar wei. 


sebelum dia umum result tu macam biasala ade la sikit ceramah dari puan kaunselor pasal hal masuk U ni. yela kang budak-budak ni tak tau ape-ape last-last tak dapat masuk U kang dorang gak frust menonggeng.


pastu encik kaunselor sorang lagi pulak dah cakap yang sekolah kiteorang 18 orang straight A. pastuh ade sorang yang dapat 9A tapi ade B satu. ecehh, aku pun dah terpikir dalam pale hotak. ke aku? haha bajet lah kan aku.


pastu cikgu umum sorang-sorang nama yang dapat straight A. masa ni cuak gila. memang harap sangat la nama aku ada dalam 18 tu. tunggu punya tunggu punya tunggu~~~~~~


and guess what?

nama aku memang yang dapat 9A 1B tu. ya allah gumbira plus sedih toksah cakap ah. nangis on the spot gak. yeah sedih sebab aku tak straight A. memang aku dah agak. tapi aku tetap bersyukur. sebab aku rasa aku bukan lah jenis orang yang sangat rajin berjaga malam untuk study malah mase nak ambik spm pun sempat lagi aku online fesbuk. waddehek. teruk tul. 

merajinkan diri ambik pendidikan seni.

wuuuuu slackkkkk!

yeah. and my result-----> 3A+, 2A, 4A-, 1B+

not so bad huh? dont think so.

and and ouhh!




maka saya dengan ini telah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang pelajar di TePCES dengan rasminya! yeahh *sila bayangkan aksi seorang pelajar universiti yang baru lepas konvo tengah lempar topi graduate ^^



opps, ,lupa~
terima kasih kat raihanahnajib sebab sudi wat entri pasal saye!
klik SINI untuk ke entri tersebut (^^)v


  

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

result dah nak keluar ke? arghh!!

assalamualaikum..

oke entri pendek kali ini.
tuan belog sedang resah gelisah berkeluh kesah.
sambil tunggu 23 mac 2011.

hah? tanya pulak ada apa hari itu.
jangan tanyalah!
dupdap dupdap nih!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa................!!!!!!

kepada pembaca belog saya
doakan result Sijil Pelajaran Malaysia saya cemerlang pada 23 Mac 2011 ini!
saya nak masuk U ni, hukhuk.
terime kasih ^^
semoga impian nak ambil medik tercapai. huuuu. doakan ek.

maceh! :)



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

kartun nostalgia zaman tak matured

assalamualaikum..


kau orang percaya tak kalau aku cakap aku tak tidur dari semalam? ishh, teruk betul kan. tadi pagi memang lah mengantuk. tapi bila dipikirkan hari ni aku nak pergi beli nombor pin maktab dekat bsn, maka hasrat nak tidur agak terbantut. mana taknya, semalam dahla tak tidur dah bahana air kopiko kaww. pagi ni? konfem tak bangun-bangun kalau tertidur. dan oh, tarikh tutup isi borang maktab adalah esok. dan aku baru beli nombor pin hari ini. ya aku tahu, betapa rajinnya diriku~~~


sememangnya kalau takleh tidur tu aku online jelah kan. nak baca al-quran ABC pulak. pastu tadi aku tertengok kawan aku share link lagu Sailormoon. HAHA. gila nostalgia kartun ni woh. feveret aku nie masa kecik-kecik. 


dulu-dulu siap gaduh lagi dengan geng main masak-masak. 


'aku cop Sailormoon!'


'weh!!! aku doh cop hok tu!! mu ambik ah hok rambut kuning panjang or!!'


'takbuh! aku nok Sailormoon gok!!'


'aku doh!! waaaaa!'


maka timbullah aksi nangis-menangis kerana berebutkan sailormoon. oh sungguh tidak matured sekali diriku. 




yeahh! cantik sungguh beliau. dengan rambut ikat dua panjang sampai punggung. idola zaman kecik kecik. lama gila kot dah tak tengok cerita ni. trademark dia 'Aku Sailormoon, Dengan Kekuatan Bulan, Akan Menghukummu!'. ewah. korang jangan duk pikir aku ingat la trademark ni, padahal aku tengok video kat youtube ja, kehkeh.


sebelum blah mari kita layan lagu-lagu soundtrack cerita yang suatu waktu dulu korang yang seusia dengan aku mungkin sangat suka dengar. ke aku je yang suka? ehekk. sekalisekala jadi budak-budak balik nice juga kan.


dragon tales. best wohh cerita ni. i wish i wish _____~ [lupa]

lagu ni sedap! cerita kesukaan semasa menjadi ahli geng main masak-masak.
ada lagi ek cerita ni? 

apa lagi aa wa sudah lupa maaa. yang lagi aku ingat ada cerita keluarga bentuk telur tu entah apa la tajuk dia. lagi satu yang cerita buah buahan yang ada pulasan dua bijik yang jahat dengan ketua dia buah apa entah yang suka kacau buah manggis dengan rambutan kot kalau tak silap. adoi, nostalgiknya~
korang pulak? cerita kartun apa yang feveret masa dulu-dulu?

ce cite ce cite.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

Day 10-10 small or large secrets

assalamualaikum..


fuhh! akhirnya habis jugak cabaran nih. ooooii encik apiz, wa dah habiskan cabaran lu! tengok wa tak takut pun kan. haha. bajet ganas la cakap wa lu ni. chaitt. oke dah. mari kita habiskan 10 Days Challenge ni dengan jayanya! ehh kejap. rahsia??? alamak. habis terbongkar~~~~ 


1. suka tido petang. haha. tabiat budak hostel.

2-10. secret.

HAHA. nama pun secret. mana boleh bagitahu!
peace!!!

YEY dah habis cabaran! jom layan lagu untuk raikan kejayaan ini.


Day 10-Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Spam? SERABUT!



assalamualaikum..


eh apasal fesbuk semakin bangang ni? suka betul hantar IM spam dekat orang. oh apa? buta IT? spam pun tak tahu? haha melampau pulak aku tanya soalan ni kan takkan lak korang tak tau spam tu apa. oke kot-kot la ada yang kurang tahu kan spam ni adalah nama pendek dia. nama panjang dia Stupid Pointless Annoying Message. amboii, bukan main sedap lagi nama dia kan. tukaq sket bahasa melayu. Mesej Stupid Annoying Tidak Bererti. oke ni aku google translatekan. kenapa jadi macam ni aku tak tahu.


tekan untuk tumbesaran.
ni baru satu aku print screen. ada lebih kurang 10 kali jugak aku dapat IM macam ni. haihh, kesian pemilik profil tersebut yang tak tahu apa-apa. dan kesian jugak kat aku yang serabut dengan benda-benda bangang macam ni. hasrat nak chat ngan member yang lama tak jumpa pun jadi terbantut dengan benda ni. nak main game pun susah.


p/s: korang dapat tak menda ni kat IM fb? serabut kan grrrrr

 tak suke tak suke! 



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

Day 9: 10 things you’re looking forward to

assalamualaikum..


yeyyy! no more kelembapan internet, no more siputbabiband! modem streamyx dah sampai petang tadi. so beraye laa aku online dengan penuh jayanya. kalau takleh kat laptop pon boleh online kat pc ataupun ebook adik. wahh heavennn.
so apa tunggu lagi? mari selesaikan hari kesembilan dengan wajah yang ceria dan bahagia :D


1. duit yang maha banyak! dasar si mata duitan

2. sambung belajar dekat U dalam jurusan medik. fuh fuh aminnn.

3. habiskan tengok semua drama korea dekat Maaduu

4. beli semua novel Ain Maisarah. sapa minat novel dia? give me five!

5. nak laptop Apple Macbook sendiri!

6. tukar spek. dah calar-calar padahal baru buat tahun lepas ganas gila :(

7. lesen motor dan motor sendiri. bila boleh dapat entah.

8. kepsi. lapar ar.

9. shawl banyak banyak banyak!

10. baju baru, kasut baru, beg baru, baju kurung baru~~

Day 9-Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

ucapan dari yang amat berbahagia tuan punya belog

assalamualaikum..


kepada yang datang singgah belog ini dan yang dah follow, maaf sebab belum boleh membalas kunjungan anda sebab berukben, bukan ben ashaari yeah u know them, sangat suka mengsiputbabikan dirinya sendiri. aku pun kurang pasti sama ada line yang masalah ataupun volume yang dah habes limit akibat penggunaan yang melampaui batas-batas sebijik berukben =.='


so buat masa ini aku cuma dapat apdet belog je. tu pun dalam 15 minit jugak tunggu nak masuk new post. tapi demi menghabiskan cabaran 10 hari maka aku gagahkan diri jugak untuk tunggu. see, betapa gigihnya aku :')


so untuk korang korang yang datang belog ni saya ucapkan terima kaceh. nanti saya datang belog anda semua dan komen-komen okey peace.


p/s: sedang menunggu modem streamyx yang entah bila nak pasang. kalau dak takyah dahla guna siputbabiband yang tak kesian dengan tuan dia yang hobinya doploh pat jam online.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Day 8-10 of your favourite songs

assalamualaikum..


sekarang ni asyik apdet belog pagi-pagi buta je. nak buat cemana kalau apdet siang konfem ada yang mengacau nak jeling-jeling apa yang aku taip. malu weh orang tengok aku tengah tulis belog. korang tak malu ke orang tengok korang tulis belog? bagi aku kalau dah post entri tu baru okey. bukan pe, kang ada pulak suara-suara sumbang yang duk menganjing aku kat belakang. ehh memang mintak penampor aku lah macam tu. tu pasai terpaksa menghapdet belog di malam hari yang sunyi tanpa para pengacau yang mintak lempang. oke melalut panjang pun tak guna. jom selesaikan cabaran hari kelapan!


1. ofkos la Sorry Sorry - Super Junior. feveret sepanjang zaman lalala~

2. Luahan Hati - Kristal jiwang lah mung bai

3. Heartbeat - 2PM

4. Beautiful Hangover- Bigbang

5. Tell Me Goodbye - Bigbang

6. Mazeltov - ZE:A

7. HUH - 4Minute

8. Ring Ding Dong - SHINee

9. Haruskah Kita Berpisah - Arrow 

10. Rising Sun - TVXQ

p/s: semua lagu korea je kan. and yeah, aku suka dengar lagu jiwang jugak haha. (^^)v

Day 8-Complete!
:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

Day 7-10 important people

assalamualaikum....


hai pembaca belog semua~ dah tidur ke belum? kalau belum jom kita layan cabaran untuk hari ketujuh ni. hadui lambat betul nak habis. lagi 3 hari lagi, fuh fuh! berusaha!


gambar mesti mau ada. baru berseri entri yang pendek macam ni. 


1. mestilah Rasulullah SAW. selawat untuk baginda :')

2. ayah yang dikasihi.

3. emak yang disayangi.

4. adik-adik yang annoying tahap dewa. tapi mereka tetap penting hee.

5. encik bf. penting jugak tau :P

6. sahabat-sahabat rapat yang sentiasa di sisi.
-bihah, wani, asma', maya, fatin, mira, didi, tyah, naja, munirah-

7. kawan-kawan yang jauh di mata dekat di hati. 

8. rakan-rakan belog. nice to know yu olls. aww speaking lah sangat.

9. followers belog buruk ini.

10. super junior. haha nak masuk jugak tuh. 

Day 7-Complete



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

Day 6-10 items you can’t live without

assalamualaikum..


haiihh dah hari keenam rupenye cabaran nih. tengok tak gentar pun aku kan. tup-tup lagi empat hari dah nak habis dah. oke mari teruskan cabaran! zassss....


1. oke ulang benda sama je. dah mestilah lappy kecik molek aku nih.

2. sewajibnya henfon nokia 5130 aku yang mahal gila kalah IPhone tu.

3. lipice sheer colour. HAHA. feminin giteww. 

4. internet. wuuuuu gila bosan hidup aku kalau takdok menatang ni. 

5. mestilah DUIT. takde duit cemana gua nak soping-soping makan kepsi?

6. al-Quran. panduan hidup setiap insan.

7. baju. eh bangamnye memangla semua orang pun takleh hidup tak pakai baju. fasha sandha bolehla kut pakai bikini pon boleyy.

8. nasik. tak hidup aku tak makan nasik. aku kan melayu sejati tak layan spageti dan pasta nih ecehh.

9. coklat! kinder bueno dan cadbury yummmy!!

10. makeup. HAHA. saya dah besar!

Day 6-Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

Day 5-10 wishes

assalamualaikum..


ehhh apahal keluar toyota wish pulak nih? lari tajuk! TUKARRR!!!

ha yang ni baru betul!


huuu baru boleh hapdet belog. biasala lepasan spm memang macam ni oke. jalan-jalan tak ingat dunia. adik-adik sekolah tolong jangan jeles lah ek haha. bila dapat online pon mulala timbul geng pengacau yakni adik-adik yang sangat tak puas hati bila aku online lama-lama. tak menyempat nak hapdet belog. eh alamak day 5 dah lepas. ah pedulik lah kan macam ada orang kesah pon haha. so, jom terjah soklan untuk day 5 pulak. cekit cekit cekidautt.


1. buat masa ni sudah semestinya straight A dalam spm. A+ tu tak harap sangatlah kan. aku takla sepandai tupai melompat azwani zawawi. eh macamla korang kenal azwani zawawi tu sapa kan.

2. Blackberry phone. rasa cool kan bila pakai fon ni? bila update status fesbuk mulala keluar via blackberry macam kool lah kan sebab aku pakai bb. ko hado?

3. Apple Macbook. entah aku baca belog ramai orang pakai jenis ni tiba-tiba aku pun nak jugak. eh hensem apa. sementara ni pakai lappy samsung N150 ni jelah dulu huhuuu.

4. playstation 1 2 3 dan xbox. aku kan suka games. wuuuuu aku nak lah benda ni nak nak nakkkkkk.

5. be a doctor. insyaallahhh aminkan cepat.

6. dapat hapdet belog dengan post yang menarik dan best so ramai lah yang suka belog aku kan. dem impian tinggal impian.

7. tiba-tiba ada orang letak briefcase berisi satu juta ringgit depan rumah aku.
oke melampau rasanya. nama pun WISH.

8. boleh makan dan makan dan makan lagi segala macam dari mekdi hinggalah ke masakan melayu penuh lemak dan santan tanpa sedikit pun menaikkan berat badan. ohh heavennyaaaa.

9. tiru apiz. semoga mati dalam iman. apiz kite tiru jangan marah ek.

10. kawen dengan encik bf. amboi gatal belajar tak habes lagi. lempang sikit.

Day 5-Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

Day 4-10 things you want to say to one person

assalamualaikum..




10 things i want to say to one person? aishh soalan pe ni. nak cakap pe ek? 


1. awak sihat tak hari ni? 

2. dah makan belum? 

3. macam mane belajar hari ni? okey tak?

4. good night, good luck, good morning, good evening dan segala good lagilah.

5. MU kalah lagi? padan muke, kahkahkah. eh apahal aku cakap ni? oke next!

6. bila awak nak bagi saye hadiah? cis dasar muke tak malu.

7. tolong topapkan saye RM50.

8. jom makan kepsi. awak belanja.

9. ape lagi ah nak cakap?

10. jangan lupekan saye. ewah, klise betul.

Day 4 - Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

Day 3-10 things you hate

assalamualaikum..






haishh, more secrets revealed. haha, never mind lahh. selagi tak membuka pekung di dada kan. baru day 3? lama lagi huuu


1. smokers. phew, they make me sick. aku takmau mati lagi kot.

2. katak. dem benci gile. nasib baik masa belajar bio dulu tak kene 
bedah katak. syukur! muka lega mata pandang atas

3. drama indon. tapi terpaksa jugak tengok sebab mak dan adik-adik
adalah peminat silaunya cinta kamilah juga kejorah dan bentang.

4. menunggu. haha orang tunggu aku takpe. ouh kejinya.

5. ada orang kacau time aku syok2 online. iaitu adik-adik yang penyibuk, hehe.

6. bila tertypo. wahhh sangat malu oke.

7. tempoyak, budu, belacan, cencaluk, petai dan yang sewaktu dengannya.

8. tak suke gaduh lame-lame dengan kengkawan.
tapi suka cari gaduh, haha.

9. bila tak jumpa cari barang-barang yang diperlukan dalam kadar segera.
mulalah keluar carutan yang tidak berapa sedap didengar huhu.

10. bila kalah poker. haha.

Day 3-Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

Day 2-10 things you love

assalamualaikum..


ewahh. love giteww. sweet tak?


wah, 10 things i love? ekceli sangat banyak. tapi dah dia nak 10 je, so aku bagi sepuluh saje lah. cekidautttt~~

1. Keluarga saya! heleh sape yang tak sayang keluarge dia kan.
orang yang takdok otak je tak sayang.


2. Laptop Samsung n150 mai beby. tanpanya tak dapatlah aku menghapdet belog yang hensem nih. aishh, ai lup yu lah my lappy! 

nak jugak letak gambar kan, mengada -.-


3. Phone Nokia Xpressmusic 5130 haku. sayang gila! 
walaupun tak setanding Blackberry :')

4. Majalah Mastika yang aku kumpul tetiap bulan. kalau hilang satu maka akan pekaklah telinga mak aku untuk sehari.
'MAKKKK!!! mastika bulan januari mane???!!!! orang cari takdop pon!!!!'

5. Games. wahh!! i love games! korang cakap game apa dekat fesbuk. 
suma aku main. tapi aku jenis cepat bosan pulak asyik main game same jer.

5. Chocolate! espesyelli cadbury, kinder bueno and toblerone.
ada sapa-sapa nak belanja? haha, mimpi lah kan.

6. My encik bf. ceh nak bagitahu jugak kan, haha. gedik

7. Korea ofkos. korean song, korean drama, korean stars,
korean singers, korean blablabla.........~~~

8. Presents. err anyone? care to give me some? teheeee..

9. Bergosip dan bergelak riang ria dengan geng-geng kamceng.
ohh i miss them so much. bila nak jumpa lagi? :')

10. online lahh, ape lagi. bukak belog usha follower belog dah banyak mana, bukak fesbuk main poker (ecehh, poker sekarang), bukak Maaduu 
tengok cerita korea, wahh sangat nice :P

Day 2 - Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

Day 1-10 things about you

assalamualaikum..




  1. i'm a KPOP lovers!
  2. tak online sehari tak sah. kene online gak camne pon, hehe.
  3. i hate smokers! serabut bau asap busuk tuh. yucks!
  4. selalu jeles tengok orang pakai shawl cantik cantik. NAK JUGAAAAAK!!!!!
  5. epop dan mastika wajib beli setiap bulan, ehee.
  6. suka self-cam sorang sorang. eleh, korang pon camtu gak kan? :P
  7. akan jadi baik dengan orang yang buat baik dengan saya :)
  8. SUPER JUNIOR FOREVER!!!!
  9. suka tangguh kerja tak pernah siap kerja sekolah -.-
  10. suka main games. sampai berebut-rebut laptop ngan adik ngahaha XP
Day 1- Complete!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

Impian Jadi Kenyataan

assalamualaikum..


wahh excited nih! setelah sekian lama ku menunggu, akhirnya aku dapat jugak!
benda nih memang korang pon dok idam selama ni. tak sangka akhirnya aku dapat! yess! aku hepi aku hepi, wahaha. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dah dapat hasil! HUUUREYYYYYY!!!!!!! pedulik hapa aku 25 sen.
fedap dah aku tunggu selama ni.
asyik2 rm0.00. akhirnya ada jugak perubahan.
ye aku tahu tak sebanyak korang, tapi aku tetap hepi.
thanks nuffnang! haha, i lurp u lahh!! 

sebelum chow nak tanya something,

kelik untuk tumbesaran sihat
adakah ini yang dipanggil BE?


chow!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

10 Days Challenge!

assalamualaikum..


kene tag lagi! kali ni oleh encik apiz pulak. hehe, tenkiu yer sebab tag kite. kali ni bukan contest ke apa, tapi cabaran! ewahh, nak cabar aku yek? lu orang tak tau gwa adik sepupu angkat the rock, tak gentar dengan apa jua cabaran, HAHAHAHAHAAHAHA *gelak setan


oke gwa rock kena guna kata ganti nama gwa tau straight to the point la, we kol dis celeng as a 10 Days Challenge. 10 hari je, tak lame pun. sekali sekala melenguhkan jari untuk menyahut cabaran, pedehal. kan kan? 


Day 1: 10 things about you
Day 2: 10 things you love
Day 3: 10 things you hate
Day 4: 10 things you want to say to one person
Day 5: 10 wishes
Day 6: 10 items you can’t live without
Day 7: 10 important people
Day 8: 10 of your favorite songs
Day 9: 10 things you’re looking forward to
Day 10: 10 Small or large secrets

fuhh, berat cabaran nih. tapi takpe, gwa sebagai adik sepupu angkat the rock berapa kali nak bagitau entah dengan jiwa yang penuh berani bak askar di medan peperangan antara jepon dan melayu pada zaman dahulukala akan menyahut cabaran nih. sape-sape yang rasa nak hapdet belog tapi takde idea macam aku boleh lah nak join.

mangsa seterusnya:

esoklah start, hehe. 

chow!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!: