Tuesday

kemaskinilah anda sebelum anda dikemaskinikan

assalamualaikum..


eh korangkorang yang lepasan spm tuh, dah kemaskini ke belum permohonan matrik? sape-sape yang dah kemaskini tu, tahniah sebab sangat rajin. tak macam aku -.-


tadi aku pergi check jenis darah. leceh betul orang matrik nih. tanye pulak jenis darah. dahla aku malas nak gi check. terpakse gak ah gi tadi. dari minggu lepas lagi dah cadang nak gi, tapi atas faktor kemalasan yang melampau walaupun klinik tak sampai 500 meter dari rumah, akhirnya asyik tangguh-tangguh je. punyala pemalas.


sampai je klinik aku tengok sorang due je dekat klinik tuh. tapi nak tunggu dia panggil punye lama. misi ramai je aku tengok. nak check darah je pun, hishh.


last-last baru dia panggil. seriau kot tengok jarum. ches, dah tue bangke pun takut lagi kat menatang tuh. tak matured langsung. padahal bukan sakit pun kan, haha.


dah tu dapat je result, oh baru tahu yang darah aku jenis O+. wohh, kiranya aku berdarah pemurah la kan. yelah kan jenis O ni buleh bagi kat semua jenis darah maka aku adalah seorang yang pemurah oke (ehh bangangnye statement).


so sape-sape yang belum kemaskini lagi tu jom pakat kemaskini ramai-ramai. dapat tak dapat belakang kira ah. 



chow!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

2 kanak-kanak riang:

Hajar Rasdi said...

sama lah kita!! haha.. =)
darah o jgk..

athirahzaki said...

@Hajar Rasdi
yeke?
wahh, boleh kongsi darah ni *tetiba
hahaha.