Monday

Untuk Si Dia

assalamualaikum..


*maaf, entri ini cuma untuk menjelaskan keadaan. encik R jangan marah ek ^^


okey. sori to apit sebab aku terpaksa mendelete entri pasal blog beliau itu. hal ini adalah disebabkan dia yang macam marah aku cerita pasal follower. cakaplah aku cepat melatah pun, aku tak kisah, huhu.


aku bukanlah sangat gila follower. entri tersebut cumalah untuk menghargai follower aku selain aku suka nombor 143. nombor sweet kot, huhu. aku kan jiwang.


aku tak suruh korang follow belog aku. kalau ada orang follow, aku ucap terima kasih. aku tak kisah. 


ye aku sensitif. aku terasa kot. bukan aku marah. aku tak marah pun. cuma aku terasa. jiwa perempuan memang macam ni :P


oke. lepas ni aku dok cite doh pasal follower okey. aku insaf. aku takbuh mu nganjing aku doh, huhu. apa pun, thanks kepada korangkorang yang follow belog ini. T E N G K I Y U :)


p/s: pahni mu jangan nganjing aku neh? huhu :P
p/s/s: apehal banyok beno huhu aku neh? dem.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

7 Perkara Yang Annoying Bagi Aku

1. ada orang hisap rokok tepi aku. perghh, aku tak suke kot.
seperti yang aku cakap kat member aku.
nak mati, mati ar sensorang. yang pi ajak orang lain sekali apahal.

2. hantar mesej kat orang bapak panjang gile vavi, last-last
orang tu balas ye je. aik? letih aku taip owh.
tak terniat ke dalam hati hang nak balas panjang sikit? -.- LINK

3. depan baik. belakang mengumpat. face to face ah. hipokrit.

4. kenal kat fesbuk, chat 2, 3 minit.
terus ajak kapel, gila apa?

5. orang yang post status kat fesbuk cerita pasal kisah hidup dia.
cth: hari ni aku gi makan nasi ayam kat kedai mak limah, sedapp wooo.
perlu ke beritahu nasi ayam tu sedap?
nape tak bagitahu hari ni aku berak semelit laa. sakit wooo

6. semestinya bahasa EW. sikit-sikit bolehlah. 
yang kau pelat habis tu pehal? 
meh aku bawak pergi tadika balik, nak? 

7. sakit perut masa tengah syok jalan-jalan kat mall.
pulak tu tandas penuh.
pulak tu ramai gila orang tengah beratur.
annoying kan? 


p/s: tu jelah kot. banyak-banyak kang ada orang terasa lak. 
kang tak pasal-pasal ada annoying mouse a.k.a anonymous datang komen.
(eh apahal aku bajet cam ade silent reader baca belog aku ni? haha)




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

demm i love their hijab style!

assalamualaikum..


heishh semakin lama semakin suka pulak dengan fesyen tudung sekarang.
oh bukan yang style tudung keras kat dahi or mak aku panggil tudung ekin (apa motif entah panggil tudung ekin pun aku tak tau. macam ekin sorang pakai tudung macam tu). kalau tudung jenis tu aku tak berapa suka. muka aku bulat. nampak huduh gile oke bila aku pakai.


ini style shawl macam yuna tuh. dem siyes jeles tengok kawan aku pakai. cantik je tengok. aku lak tak reti mende-mende nih. baru cuba-cuba nak belajar dari internet. huh, esok pergi bandar nak borong shawl ah. weeee~~. kat bawah ni kira idola aku ar dalam pemakaian hijab + shawl ni. sape tak kenal memang kau bukan rakyat malaysia kot, haha.


1. Yuna!!
2. Fatin Liyana
3. Maria Elena

ada lagi kot. tapi yang ni kira yang paling utama lah ^^ cool right? yeah i know. cantik gila. suke suke!

p/s: now i'm in love with loose style hijab. anyone with me? :)



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

jom jawab soalan exam

assalamualaikum..


cik nelly yang strange tapi cute dah tag aku! haha, sekali sekala jawab tag ni nice jugak kan. baidewei, thanks nelly! ngeeee :)


1. Adakah anda rasa anda Hot?
hot? haah, memang aku tengah hot ni. sebab aku belom mandi, keh keh.

2. upload gambar wallpaper/pc anda guna sekarang




3. Cerita pasal gambar
gambar ni masa hari graduasi kat sekolah aku. perghh,
kenangan terindah kot. siyes aku rindu sekolah :')

4. Bila kali terakhir makan ayam?
kelmarin atau lagi spesifik 26 Februari 2011. 
pukul berapa aku tak ingat.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Beautiful Hangover - Bigbang
best owh.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
dengar lagu korea. wahaha, tak habes-habes ngan korea -.-

7. Selain nama sendiri , anda dipanggil apa ?
-kak long
-asma
-tirah

8. Tag 8 orang
adeh, ni lemah ni. sape ek jadi mangse. cekidaut.

9. Siapakah no.1 anda ?
sepupu comey aku yang dah macam akak sendiri. :)

10. Katakan sesuatu tentang no.5 ?
rajin datang komen kat belog aku. nanti komen la lagi ye ^^

11. Orang no.3 berhubungan dengan siapa ?
erkk, mu ehem-ehem nge sape ek ROY? cer kabo cer kabo.

12. Bagaimana pula no.4 ?
yang ni ofkos ah encik aqid die, huehehe.

3. Pesanan buat no.6 ?
semoge bahagie ar dengan encik gummy bear hang tuh, haha.

14. Kata-kata cinta buat no. 2 ?
kata-kata cinta? erkk, aku bukan les!!

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan ?
ohh, ade ade. dua dua perempuan, pakai tudung, ada mata,
ada telinga, blablabla~~~

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tagged no.1 ?
-dia lahir tahun 1988
-pakwe die ensem woh :P
-study kat uitm dungun
-impian die nak belanja aku kfc masa gaji pertama die nanti
-orang jati pahang

17. Persamaan antara kambing dan lembu?
jumlah mereka akan sama-sama berkurangan apabila tiba 
hari raya korban

18. Perasaan ketika jawab tag ini ?
bangga, terharu selain rasa hot sebab ada orang sudi tag aku.

19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal ?
oh, memang saye tahu. Ahmad Rizman b. Ismail iaitu jiran belakang rumah
saye memang sengal.

20. Gay or les?
arghh kan dah bagitau aku bukan les!! gay jauh sekali!

HOYEH! SIAP PON! ~~~^^



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

aku kopipes je ni

assalamualaikum..






okeh, kadang-kadang bila aku blogwalking usha belog-belog, haruslah aku nak tinggalkan gak jejak aku kan. yelah kang tak naik pulak trafik aku bila takde orang datang belog aku. ye aku jujur aku berblog juga kerana inginkan duit. aku tak hipokrit oke. dah ade ke orang tak suke dapat duit? sah-sah mung nih bukan orang. even orang gila, oh kurang waras lah sopan sikit, juga pandai mintak duit.


tapi ada je perkara yang membantutkan niat aku nak lepak lama-lama kat belog tersebut. yelah nak komen pon gila susah. aku nak cakap lebih pun takot gak. yelah aku ni pon baru lagi menulis nih. tapi tak bermakna aku baru dalam dunia belog, cuma baru start menulis je, paham tak? arghh lantak ah paham ke tak paham. 


so, aku harap, korang dan korang dan korang yang belom setting lagi mende-mende nih, buat sekarang okey. baru sedap nak lepak lama sikit kat belog korang. ni pon aku copy jer. aku pun dah pastikan setting aku jadi macam ni. korang lak?


1. Buang verification untuk komen.
-baru best nak komen. ni tak dah macam nak temuduga je. nak-nak pulak word tu kuar separuh je. aku pernah kena oke. langsung tak jadi nak komen.


Dashboard > Settings > Comments > Show Word Verification For Comments? > No


2. Buat comment form kepada Pop-up
-bagi aku, cara ni senang nak komen. takyah nak masuk page baru untuk komen. kalau yang guna broadband boleh ar. bagi aku yang guna siputbabiband? tensi beb.


Dashboard > Settings > Comments > Comment For Placement > Pop-up Window


3. Adult Content
-kalau belog yang memang kategori 18sx bolehlah tahan. ni belog pinky2 kanak-kanak riang makan choki-choki pun ada menatang ni. apekeheh? 


Dashboard > Settings > Basic > Adult Content > No


4. Comment Show or Hide?
-show la weh. kalau tak camne nak komen? kalau yang memang taknak orang komen tu takpe la. tak kesah ar tuh.


Dashboard > Settings > Comments > Comments > Show


5. Setting URL pada Widget Follower
-ni kalau korang follow belog orang tanpa tinggalkan link kat shoutbox. tekan kat gambar kau pun takde link. camne nak follow belog kau balik? aku lak dahla jenis baik hati. kalau orang follow belog aku, aku mesti follow balik punya. buat baik dibalas baik kan?


Dashboard > My Account > Edit Profile > Link > Isi Url Blog Korang Laa


Credit: Blog Cik Farah Comel
:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

kisah yang klise..

lelaki: awak, saya dah lame tengok awak. saya suka awak. bagi saya awaklah perempan terbaik pernah saya jumpa. boleh tak saya nak kapel ngan awak?


perempuan: ye ke? urm, saya pikir dulu ek? (dalam hati gembira gila. yelah ade secret admirer)


  **********

lelaki buat macam-macam untuk mengambil hati perempuan. hari-hari mesej dengan perempuan. perempuan sakit, lelaki datang beri ubat. perempuan sedih, lelaki datang memberi keceriaan. akhirnya perempuan jatuh hati. sikap lelaki yang mengambil berat memikat hati perempuan.

  
   **********

perempuan: awak, saya sedia terima awak. saya pun sukakan awak.

lelaki: terima kasih awak! saya sayang awak! :)

  
   **********

5 bulan....

lelaki: awak, maaf. saya rasa kita tak sesuai bersama. saya dah ada orang lain. tolong lupakan saya.

perempuan: ....... (hanya mampu menangis dalam hati)

    
   **********

perempuan belajar melupakan lelaki. namun ada sahaja yang mengingatkannya dengan lelaki. hampir gila dia. akhirnya dia berhasil melupakan lelaki. walaupun sukar.

   **********

lelaki: awak, saya rasa perpisahan kita satu kesilapan. saya sedar yang saya sayangkan awak. tolong terima saya balik? please?

perempuan: girlfriend awak?

lelaki: kami dah putus. saya dengan dia takde keserasian. saya mahukan awak. hanya awak dalam hati saya.

perempuan: ...........


p/s: lelaki, semudah dia datang semudah itu dia pergi. betul?



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

Blog Pink

assalamualaikum..






wah thanks to miss euricca for tagging me! ni yang buat ai rasa nak ciom yu laju2 ni, haha. 


*Tajuk entri "Blog Pink" 
done!


*Link blog ini
Blogpilihanmalaysia ada buat satu segmen iaitu Kumpulan Blog Pink. so sapa-sapa yang rasa blog dia kaler PINK tu silala join ek :)


*Ceritakan dengan menarik, kenapa anda memilih warna tersebut dalam blog anda?
aku pon tak tau apasal aku pilih kaler PINK. yang pasti semenjak tiga menjak ni aku rasa suka tengok kaler PINK. macam cantik pulak. maybe hormon progesteron aku telah disecrete dengan begitu proaktif sampai sifat kefemininan aku kian menyerlah kot maka aku semakin menyukai kaler PINK apa benda tah aku mengarut. biasala, PINK kan seswai dengan girls yang berjiwa gedik lembut. err, cik pond ai tak tau okeiii~~~ btw, PINK buat blog ai cantek tak yuols? oke cukup menggedik. 


*Sila tag 2 blog rakan anda yang mempunyai tema warna yang sama dengan anda. pastikan mereka tahu. (wajib kena tag 2 rakan, kalau lebih lagi bagus..)
-Cik Fara Idola
-Cik Annenyss




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

kenapa aku suka penyanyi korea

assalamualaikum.. (entri ni dah lama aku save dalam draft, baru sekarang rasa nak post)


aku memang minat gila dekat band-band korea nih. aku start minat masa akhir tahun form 4 kalau tak silap. member aku la ni punya kerja. dia pergi tunjuk satu video nih dekat aku. masa tu aku acting la, siap cakap lagi 'hek eleh macam ah best sangat, ntah pape r tunjuk video nih kat aku, macam aku suka, puii!!'. 


ceh ayat tak beragak. sekali lepas tengok, masa tu aku tengok video super junior lagu sorry sorry tu, aku pun macam 'erk, boleh tahan jugak dorang nih'. ambik nok, dulu eksyen, sekali melekat lak sampai sekarang.


dulu aku layan gak ah lagu-lagu melayu ni. sekarang nisbah lagu melayu dengan lagu korea dalam henset aku dah jadi 1:15 dah aku rasa. tak 1malaysia betol aku ni kan. dah minat aku lebih kepada kekoreaan nak buat macam mana. 


sebab-sebab aku minat dorang?


1. Hensem dan cantik
-biasala kan, semua orang suka yang indah-indah je. macam yang lelaki suka maria ozawa perempuan pulak sukakan kyuhyun. tak gitu? eh jap. maria ozawa jepun kan? ah lantak ah mana-mana pon. sama ja. orang cakap set2 korea ni cantik sebab buat pembedahan plastik. apa-apalah, yang penting dorang cantik dan hensem gila oke. tengok pon cair.


2. Dance move
-tarian dorang memang perghh gila la. ada korang tengok melayu menari macam tu? ada kot, kat showdown kan. tapi showdown ramai cina je aku tengok. tak kesah aa tu. stacy pon kalah dengan korean ni aku rasa. syok gila kot tengok dorang menari.


3. Lagu best
-lagu-lagu dorang syiok untuk didengar oke. paham tak paham belakang kira. alah, yang dulu korang minat hindustan siap hafal lagi lirik lagu kuch kuch hota hey tu korang paham ke? tak kan? same goes to korean, hehe.


4. Aku pun dah tak tahu, yang penting aku minat, haha.


apa pun jom layan super junior sekali, hehe.




p/s:aku ada jugak baca post dari yang kurang minat korea. haha, korang jangan kondem aku pulak. nak buat macam mana dah aku minat.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik

assalamualaikum..


sedang aku berblogwalking tadi terjumpa pulak contest NI. lantak ar blog aku huduh pun. aku nak join gak. hehe.




1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
2.Letak Header Hikayat Si Luncai
3.Jadi follower blog Luncai. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan)
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM



Tag:

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

ada orang jeles dengan aku...

assalamualaikum..


nie cite lama sebenarnya. err, takdela lama sangat. kejadian ini berlaku pada 19 Februari 2011. dah basi kot. tapi lantak ah. aku nak tunjuk jugak. haha.


tekan untuk tumbesaran


kahkah. peace seraf! :P




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

about name..

assalamualaikum..


aku taip nama-nama dekat encik Gugel
tiba-tiba kuar gambar ni, aku pun tak tahu kenapa


sekarang ni aku tengok nama anak nak pelik je kan? nak-nak artis. nama kalau tak omputeh sket tak sah. setakat zainab, shamsiah, rosnah (sekadar menyebut beberapa nama, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia) dah tak main la kan. kalau boleh nama saintifik pokok-pokok pon boleh ejas sikit jadi nama anak.


contoh:
AZHAR SULAIMAN - KASIH LEIA IXORA, ANDIKA REES PAHAMIN & KASIH IRIS LEONA
FAUZIAH LATIFF - JEFFREY JOAQIUM INDOT & JEREMY JAY INDOT
AMENG SPRING & A.AIDA - WAN AZ ALEESA & WAN EVA NATASHA


tak cukup pelik lagi? ni kang cikgu-cikgu nak check kedatangan pon tergeliat lidah nak menyebutnye. tapi pedehal, aku artis, nama anak aku kena glemer ye dok?


macam nama aku, nama aku simple je. tapi kadang-kadang payah gak. yelah kat sekolah orang panggil asma, kat kampung lak orang panggil tirah. konfius aku bila orang tanya 'nak panggil name ape ni?'. last-last aku cakap je, 'ikut suka la, semua pun nama saya jugak'. haihh.


tapi takpela, letih mak aku cari dalam buku 'NAMA-NAMA ANAK YANG MEMPUNYAI MAKSUD BUKAN NAMA SAINTIFIK POKOK' kes nak bagi nama best-best untuk aku. kan? 


p/s:ada ke orang yang tak suke nama dia sendiri? mungkin facebook tak suke kot, sebab besar nanti mesti ada orang menganjing, hoho.


chow!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

Kepada Calon STPM 2010

assalamualaikum..


peh esok dah 21 februari kan? kepada bekas calon stpm sila rileks rileks okey.
jangan berdebar sangat, kang jantung tercabut kes kuat sangat berdebar saye tak tau, hehe. 


apapun selamat ambil result
 untuk kakak dan abang STPM 2010!
yang dapat result cemerlang saye ucapkan tahniah
yang kurang cemerlang jangan sedih-sedih okey, chill!
:)


p/s:ceh aku ucap dekat orang. yang aku ni entah macam mana la result spm agaknya. waaa korang, tolong doakan saye tau. tak dapat straight A pon takpe asalkan 8A ke atas. AMIN!!!! *sebut amin ramai-ramai cepat!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

saya nak join bloglist Nelly The Strange..

assalamualaikum..





aku ni memang tak ada idea kerja asyik nak menjoin bloglist je kan. lantak ah
kalau tak join aku rasa macam eh apasal aku tak join bloglist blogger femes nih?
rasa rugi semacam je ehehe. so ini taim aku mau join bloglist nelly lahh. 


syarat-syarat:

  1. Copy BANNER yang Nelly dah sediakan dan linkkan ke entry ini.
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk : 
  3. "Saya nak join bloglist Nelly The Strange" 
  4. Yang belum FOLLOW, sila follow ye . .
  5. Korang pilih nak masuk kategori mana : Otai , Sempoi , Cool
  6.  Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry ini.
  7. Tarikh tutup: 29 MARCH 2011 
  8. Tag dekat 3 orang ok  . .
belog aku tak otai, juga tak cool
so aku nak masuk kategori sempoi.

tag!

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

Cara Hilangkan Bosan..

assalamualaikum..


baby pun pandai boring kan.



1. Online
-oleh sebab aku ni hantu fesbuk, maka haruslah aku cakap dengan online fesbuk dapat hilangkan bosan. boleh ceting2 dengan kengkawan, boleh main game tanam tuai tanam tuai sampai pengsan, boleh upload gambar freehair sambil tayang lurah dan komen sampai tercabut jari. hilang jugak bosan kau kan.


2. Membaca
-apa? malas? mung ni memang la. kerajaan kan dah siap buat kempen membaca.so tunggu apalagi? bosan-bosan pergi ambik majalah ujang. berkesan tau. konfem gelak tak berhenti pastu bosan pon hilang. *yeke?


3. Dengar lagu
-syok woo. sambil-sambil tu ikut ar sekali melalak. tapi pastikan suare tak terlalu mengganggu telinga member agar tak berlaku kes tahik telinga mereka keras menyebabkan sistem pendengaran mereka agak down. pekak lettew.


4. Bergayut
-bukan bergayut macam kera di Zoo Melaka tu tau. ni bergayut dengan incik bf dengan cik gf jela. dahtu aku yang takde awek/pakwe nih cemana? oh takpe, boleh pinjam telefon ayah ko pastu col diri sendiri. idea macam bangang.


5. Hantuk kepala dekat dinding
-ni untuk yang bosan tahap kritikal je okay. yang tak kritikal lagi jangan ngengada buat. buat cara 1-4 dulu. kalau tak jalan jugak, baru buat yang nombor 5.


oke ah bye.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

100th Follower!

assalamualaikum..


wow, here come the 100th follower! terima kasih kepada semua yang dah follow belog ni sampai dah capai 100 followers dalam masa tak kurang dua bulan aku berblogging. thanks guys! 

so, nilah dia follower aku yang ke-100


thanks for diana for being my 100th follower! 
blog dia ni comel taw, biru gituh. siap ada dedaun jatuh lagi. 
dia ni muda lagi, baru 15 tahun.
dia ni budak penang mali tau..
so, apalagi?
jom ramai-ramai terjah belog diana jom!
zassssss!~



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

nyaris aku kena sakit jantung

assalamualaikum..


pehh dah pukol 5 pagi ni tak tidoq jugak lagi ni apekehe ni incik mata. nie mesti kes minom kopi pearl kacip fatimah tadi ni sampai dah tak mau lelap dah mata aku.


oleh sebab mata aku ni tak mau lelap-lelap jugak tadi aku pun merajinkan la diri bw or nama saintifik dia blogwalking kat belog-belog penduduk malaysia nie. tetengah aku dok sedap-sedap baca dan bw aku tekan la link satu belog nih. tapi lambat la pulak loading so aku usha-usha belog orang lain dulu. 


pastu tiba-tiba kuar bunyi lagu rock ke apa entah yang sungguh maha kuat ya amat sampai nak luruh jantung aku. dah kau bayang la duduk sorang-sorang pagi buta, sunyi sepi pulak tuh. mau tak terkejut aku. menggelabah aku cari tab yang mana satu nak pause lagu tuh. last-last aku mutekan aje.


pliss la, kalau terliur sangat nak letak lagu pun sila letak lagu yang slow dan sedap telinga mendengar. dah kalau kau letak lagu rock tahap menjerit macam nak terkeluar anak tekak, tak ke macam nak membunuh namenye? silap-silap muda-muda lagi dah kena sakit jantung kes singgah belog yang pasang lagu jenis macam tu. (aku punya terkejut kes tadi belom hilang lagi nih)


chow!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: