Friday

aku mandi air gula hari ni

assalamualaikum..


:kyuhyun:
gambar tiada kena-mengena dengan entri
tapi ada kena-mengena dengan aku




peh ramai gila orang dekat kedai tempat kerja aku tadi. dah macam rusuhan pulak aku tengok. biasa dalam sehari tu adala jugak aku duduk-duduk rehat barang seminit dua. ni langsung tak boleh nak rehat pon. nak buat camana dah nama pun kerja. redha je la. 


bila dah ramai tu mestilah kena buat kerja laju-laju kan. kang ada pulak mulut busuk mintak lempang cakap 'heleh lembab betol buat kerja. mu ni spesies kerbau patah kaki ke apa?' cis memang free-free makan kaki aku la sapa-sapa yang berani cakap macam tu (bajet berani).


tengah-tengah duk laju nak siapkan abc tu boleh pulak aku tertepis gelas berisi air gula untuk buat abc. cis betol. parking betol-betol kat belah kangkang aku pulak tuh. sekali tengok dah macam air kencing dah. oke aku rilek lagi. buat biasa jer. biar dalam hati menyumpah seguni dah. dia punya melekit toksah cakap ah. 


bila orang dah kurang sikit aku pun pegila basuh. nasib baik la jugak aku pakai seluar yang jenis tak mudah serap air. lap ngan tisu pun dah kering. oke. sambung balik buat kerja. makin ramai pulak orang datang. tetengah buat air jagung pulak sekali lagi air gula tu tertumpah. kena kat tempat sama pulak tuh. oke kali ni memang sumpah bengang gila. tapi memandangkan aku mengamalkan pepatah 'sabar itu separuh daripada iman' maka terpaksa laa aku buat muka aku-tak-kesah. sabar je gi basuh balik.


tapi ada faedah jugak kan mandi air gula ni. kalau rasa mengidam gula-gula jilat je badan sendiri. takyah bazir duit seposen nak beli gula-gula. oke aku dah mengarut. 


chow!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

7 kanak-kanak riang:

kau kesah ke?? said...

oke tu. i penah mandi air limau bermadu. sedap juga penuh seluar jean.

athirahzaki said...

kau kesah ke:
agak-agak senang dapat jodoh tak?
ala-ala mandi bunga, haha.

kau kesah ke?? said...

tak mandi bunga air gula tu dah cukup jadi penarik. nak lagi best u ikot i. tambah madu.

kau kesah ke?? said...

ikot cara i, mandi air gula bermadu. ok kot. bunga-bunga ni tak elok. u tanam banyak-banyak elok le.

athirahzaki said...

kau kesah ke:
yelah tu.
ikut tips kau ni langsung jadi andartu terus aku,
jatuh saham,
haha.

Sara said...

PUAHAHAHAHAHA !
boleh agak la camana muka demo ! :D
sabar yooo... mandi gula pun duit masyukk kan ?

athirahzaki said...

sara:
ooo, gelakkan aku ye.
tula, nasib baik duit dapat,
dok la mulut aku mengeluarkan carutan sgt,
haha.