Friday

makan kimchi awak?

Assalamualaikum..


dat smile~

haa, hari ni aku nak cerita pasal eatyourkimchi. what? pebenda eatyourkimchi tu? makan kimchi awak? no no no, eatyourkimchi ni adalah website kepunyaan sepasang suami isteri yang guide tentang life di korea iaitu Simon dan Martina Stawski, ohh serta their cute dog named Spudgy. diorang ni asalnya duduk Kanada, tapi dah pindah Korea masa 2008 aku baca dalam wiki laa. 

mulanya aku just search-search mv je since tu jela kerja aku sekarang, layan youtube, tetiba terbukak satu video dari diorang ni named Kpop Music Mondays : T-ara - Yayaya. ingatkan dorang cover lagu tu, sebab dah tajuk macam tu. rupa-rupanya dorang mereview lagu-lagu tu dari segi video, dance dan english dalam setiap lagu. part paling aku suka masa dorang buat parody dari lagu tersebut. serious kelakar gila. kalau sekali lagu tu merapu macam tak make sense langsung contoh lagu Yayaya tu memang kena kaw-kaw punya dari diorang. 

dorang gak ada bagi giveaways like t-shirt or CD dalam Kpop Music Mondays ni. aku nakkkkkkkkkk, tapi sebab aku baru tengok je video tu padahal video tu dapat lama pun dorang upload maka takde chancelah. kalau dorang baru upload macam lah kau dapat =.=  macam mana laa aku baru jumpa video dorang sekarang padahal setiap masa duk layan youtube tu.

anyway, si Martina ni adalah seorang VIP dan fan gila dengan TOP. yayy kita geng! haha. ada satu video tu aku tengok derang dapat masuk backstage Inkigayo dan jumpa macam-macam group. paling best sekali dapat jumpa Big Bang which TOP pun ada sekali n dapat cakap dengan GD! waaaaaaaaaa so lucky. i is super jealous you know. 

video dorang ni bukan cuma review lagu dan mv Kpop je, tapi gak ada pasal life dorang di Korea, makanan Korea dan banyak lagilah. tapi yang jadi feveret aku sekarang adalah Kpop Music Mondays tu je sebab kelakar especially Dr. Whattheexherfriggnname entah betul ke tak eja hahaha





jealous gila tengok World Date with SHINee. you girls were damn lucky to meet the lovely Key. wuuuuuuuu *fangirl jealous mood : on*

okay bye.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

masak-masak bersama chef wannabe

Assalamualaikum..

yeay it's holiday again uolsss! since dah lama gila tinggal blog ni I really think I should post something here. sekarang aku sedang bercuti sem dan seperti tahun lepas, aku masih cuti selama 3 bulan. 3 BULAN LAGI?? oh yes, ini kerana saya tidak mengambil shortsyemnye pun maka terkontang-kanting lah saya di rumah tidak ketahuan hala. setiap hari saya menolong ibu mengemas rumah, menjaga adik serta membantu ayah membasuh kereta ehhh tak tak itu hanyalah penipuan semata dalam karangan bertajuk 'ketika cuti sekolah' semasa zaman sekolah rendah dulu. 

masa cuti ni rajin je menggodek blog-blog resepi. ewah, terasa makcik-makcik di situ. padahal saje je menterliurkan (menterliurkan?) diri melihat gambar-gambar makanan yang ohmai ohmai soooo tempting. pastu tetiba terbump into resepi pizza, macam best je buat pizza sendiri ni. then cecepat  aku ajak ayah buat pizza sendiri sebab yelah dia yang tukang cop duit so haruslah bahan-bahan nak membuatnye dia yang beli. haa part masak-masak benda macam ni memang ayah aku master, since tak pernah buat pizza sebelum ni so ayah aku on jelah. sporting kan beliau, ahaks.

dohnya ayah aku yang buat, sos pizza pulak adik aku yang masak. aku? aku tukang makan je, huahua. tak lah, aku tukang potong-potong, tukang hias topping pizza dengan tukang bake je. mudah kan kerja aku? hehe.. doh yang ayah aku buat boleh dapat 2 keping pizza. resepinya ambil kat SINI. nak tengok cemane rupa pizza kami?


ni pizza yang first. yang kedua tak sempat nak ambik gambar.
*gambar buruk guna fon cikai je*

ni lepas dah bakar separuh masak. bila tengok cheese dah cair, terus meleleh air liur.
itadakimasu! sarat bahan-bahan kat atas tu, huhuu.

sedapppp! okeylah untuk first time try. rotinya kena ayah aku lah yang buat, kalau aku yang buat mau hancus jadinya. nanti lah bila-bila kita try buat sendiri pulak tengok cemana jadinya :D 





ni pulak yang aku buat dengan adik aku haritu. saje je nak upload. disaster jugak la rupa polkadot tu, ada jadi ada tak jadi. tapi lantak la, asalkan rupa dia naik cantik menarik tertarik nyum nyum!

okeylah, adios amigos. 
chow.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: