Sunday

Saja nak checklist takut lupa ahaks

Terengganu
  1. Telaga Simpul (checked!)
  2. Tasik Seberang Tayor (checked!)
  3. Tasik Puteri, Bukit Besi
  4. Sungai Bangang
  5. Pulau Perhentian (checked!)
  6. Pulau Kapas
  7. Pulau Redang
  8. Kampung Cina (checked!)

Kuantan

  1. Kula Cakes (checked!)
  2. Bukit Panorama 
  3. Air Terjun Jerangkang
  4. Lila Wadi (checked!)
  5. Kotakkalam (checked!)
  6. Sofea Kitchen (checked!)
  7. Gambang Waterpark + Safari
  8. Air Terjun Pelangi Sungai Lembing
  9. Muzium Sungai Lembing
  10. Ana Ikan Bakar (checked!)
  11. Jamantory (checked!)
  12. Burgerak
  13. Iseefood
  14. Sara Boat Noodle
  15. Aniq Steamboat
  16. Akar Kopi
  17. Angah Steamboat (checked!)
  18. Dapur Mok (checked!)

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

4 Girls In Penang 3 (Escape Penang)

assalamualaikum...

Akhirnya tiba jugak hari last. Huwaaaa sedihhhh. Pagi pagi bangun kemas barang packing nak balik. Oh yea kitorang bawak terus semua beg sebab dari Teluk Bahang terus pergi airport. Ohmaiii sayu je rasa nak tinggal Penang. 

Breakfast duluuuuuu. Free ok
Selfie kali terakhir dekat our hotel :')
Lepas breakfast terus ambik bas ke Chowrasta nak pickup Mohamed kat hotel dia. Penat gak berjalan. Dahlah bawak beg berat. Demimu Mohamed :') Lepas tu terus tunggu bas ke Teluk Bahang.

Jauh jugak Teluk Bahang ni. Adalah dalam sejam lebih. Hangpa boleh ambik bas 101/102 untuk ke Teluk Bahang. Ondewei ke sana lalu Pantai Ferringhi so boleh lah cuci cuci mata tengok pemandangan pantai nan indah dan cantik. Mohamed duk depan aku dalam bas lepastu dia cakap "It's a beautiful view yeah" Aku pun balas "But the view behind you is more beautiful" Dalam hati jela tapinya kahkah

Resit Escape. Tiket RM72, deposit gelang RM11. Total RM83.
Harga loker. RM9 satu loker.

Nampak? Kau jangan ngada ngada nak bawak masuk makanan k. Dia cek tau. Makanan dalam tu dahlah mahal mampus. Pandai betul kapitalis ni meniaga.
Ni dekat gate Escape. Habis dia punggah barang barang nak cek kita bawak makanan/minuman ke tak. Jeruk aku pun kena sita tau dak. Cisssss. Tabah jela
Haa dengaq tu. Duk sini hang kena jadi budak kecik bersuka ria bergelak ketawa sepanjang masa. Tamo masam masam muka k tamo

Besar jugak escape ni. Haa kalau hang nak gambaq hang masuk facebook escape sila lah gigihkan diri cari photographer escape yang duk merayau dalam Escape ni. Untung untung muka kau setempek dalam facebook Escape. Kalau aku tau aku dah posing baekk punya depan abe photog tu. Tapi dia ambik gambar kawan depan aku je tak ambik gambar aku :( Malas kawan abe photographer tu!


Gelang Escape. Gelang ni ada scanner so kalau kau rasa nak beli makanan ke apa apa just scan je gelang ni. Nak beli kena topup duit dulu dalam ni. Minimum topup RM30. Kalau nak guna loker RM9 akan dideduct dari topup kau. 

Ni dekat Monkey Business. Dah nama pun monkey business memang macam monkey la kekdahnye kau kat atas tu. Seronok main mende ni. Meniti atas tali tali tinggi hakikatnya kau gayat tapi kau tabahkan jua lalu kau rasa cam hebat gile sebabkau berjaya overcome your fear. Yeay! *mata bersinar sinar*

Ohh dalam ni takleh bawak camera dengan phone tau. Nanti dia suruh kau simpan balik dalam loker. Aku baru pikir nak snap gambar tengah bergayutan. Tak dapek la pulokk.






Ni dekat Gecko Tower. Kat bawah tu ada button timer untuk kau bertanding acah siapa yang lebih layak jadi monyet ehhhh tak tak sapa yang lebih laju panjat tower ni. 


Nampak macam aku tengah leading kan? kan?


Tetttt! Separuh jalan aku dah semput. Maka telah dipintas oleh Lina. Ohh sedihnya daku. Hanya berbeza satu saat :'(

Tu ada button biru kat atas tu. Siapa dah sampai atas cepat cepat tekan button biru 
tu yeeeeee


Beruk beruk sedang bekerja
Kesemputan. Singgah beli air dulu. Sebotol RM4. Tak beragak!

Masa ni nak naik Atan's Leap. 12m height oiiii. Uncle tu dah pasang cangkuk semua kat aku. Tapi aku teragak agak nak turun. Scary hoiiii. Sekali dia tolak je aku. Kurang hajo punya uncle! Tapi memang betul pun tindakan dia tu. Kalau tak sampai lusa aku tak terjun terjun lagi gamaknya. Seram punya pasal.


Bila dah turun tu ehhh sekejapnya tak takut pun ececehh padahal lembik jugak lutut bila dah cecah tanah tu. Ok payung gambar Mohamed atas kerbau belaan beliau sekeping.


Fikirkan dialog yang sesuwai

Mohamed nak sangat begambo kat sini. Kagum lettew dengan rumah Melayu. Ihik
Dengan angsa pun dia nak begambo. Angsa tu sikit pun tak hingin. Lalu mereka meninggalkan beliau keseorangan 
Itik itik comel pun ada! Aku dahlah tengah lapar masa ni. Nampak macam itik gulai pun ada gak ni
Ni pulak Flying Lemur nama dia. Flying Fox dah mainstream sangat kot so dia tukar Flying Lemur. Takut gak naik ni mula mula tapi best! Dia ada banyak dua stop kot. Start point - shiuuuu terbang - stop - shiuuuu terbang - stop - shiuuuuu terbang - stop - shiuuuuu terbang - end point. Haa gitulah lebih kurang. Kiranya 4 kali kau terbang masa ni. Ops, takleh bawak kamera dgn phone tau!


Kengkawan baru. Berkenalan kat Flying Lemur
Ni nama dia Slack Line. Si Mohamed ni berpuluh kali gigih try tapi tetap jatuh. Berpusing pusing dia meniti tali tu haa. Siapa dapat titi atas tali tu the bunyikan loceng kat hujung tali akan dapat ayaq nyoq freeee. Nak cuba??


Ni plak Coco Climb. Hang kena panjat pokok nyoq ni then ring the bell ring the bell uhuh. Kalau dapat bawah 12 second tak silap dapat ayaq nyoq free lagi. Si Mohamed ni dia punya tak paham, adik Escape Team tu suruh dia tunggu kejap lepas dah set timer baru boleh panjat. Yang dia ni terussss je g panjat adik Escape Team tu tak sempat tekan timer lagi. Nasib hang la Mohamed oi. Melepas ayaq nyoq.


Lepas letih main kita makan pulak. Nak makan nasik better tak payah lah. Berbelas ringgit sepinggan. Tak berbaloi langsung. Spring roll tu seketul pun dah RM2.50. Nasib baik sedap. ABC tu tak tau lah berapa ringgit. Ijan yang beli. Tapi mahal jugak aku agak.



Perbualan ringkas antara seketul Athirah dan Mohamed
"What is this?"
"Oh this is air batu campur. ABC"
*Mohamed muka blur*
"Errr. In English, air batu is ice. Campur is mixed. So it is MIXED ICE! Literally"

Lantak ko la paham ke idok Mohamed oi. Kehkeh

"You wanna try?"
"Okay"
"How does it tastes?"
"Ohh it's goodddd"


Ijan so paparazzi steal steal catch Mohamed picture. Noty Ijan is noty


Eh eh. Eh eh. Lain macam gaya ni. Eh eh.
Menunggu nak naik Kite Flyers. 
Kalau nak naik Kite Flyers ni dua orang akan naik dan dua orang kena kayuh. Yang naik tu akan tergantung di udara dan yang kayuh tu yang bertanggungjawab menaikkan tali mereka makin tinggi. Macam pulley la. Diri aku sendiri pun pening dengan explanation aku sendiri. Lolzzz. Lepas tu yang naik tu kena tarik sendiri tali yang akan melepaskan mereka dari tali yang menggantung mereka lalu mereka terbang dengan bebasnya di udara. I believe I can fly~~~ 


Masa ni aku naik. Ijan dengan Mohamed kayuh. Tinggi nak mampus diorang kayuh. Masa aku tarik tali tu sikit lagi rasa nak putus nyawa. Laju gila dia terbang! Tapi seronok!

Dengan shuhada dan wafa. Kenal diorang masa nak naik Monkey Business.
Dengan brader brader Escape yang sporting!

Dalam kedai souvenir Escape. Muka basi habis time ni. Berpeluh sakannn
Byebye Escape!
 Kami separate dengan Mohamed dekat bus stop. Dia naik bas balik Georgetown, kitorang terus ke airport. Sobsob sedih plak rasa.

Soooo itulah saja percutian kami selama 3 hari 2 malam ni Penang. I'm sooooo gonna miss these moments. See you next time Penang! *and Mohamed T.T* 
Ok babaiiiii

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

4 Girls In Penang 2

assalamualaikum...

Hari kedua pagi pagi buta kami dah keluar. Plan hari ni nak pergi Penang Hill lepastu pergi Escape. Tapi kami tersilap plan lah pulakkkk. Duk kat atas bukit tu saja sampai dah dekat tengahari. Kalau kau nak pegi Escape patutnya kau bertolak awal pagi bukak je gate pukul 9 terus kau bertapa dalam tu main game puas-puas sampai lah dia tutup pukul 6. Baru berbaloi bayar mahal baq hangg. So tak jadi lah kami pergi Escape hari kedua ni. Kita pusing Island! 

Menunggu bas ke Bukit Bendera. 
Pintu masuk ke Bukit Bendera



Kalau hangpa naik dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi ada promotion price. RM3 sahaja! Jimat duit yeayyyy




Sorang sorang jelah mampu. Bakal zauj, nanti kita datang sini ambik gambar berdua ya. Ekekeke
Kau kunciiiii cintakuuuu di tepi pagarrrrrrrrrr

Tanak kawan awak! Puihhhhh
Hehehehe takdelaa saya gurau je. Sayang awak. Ahakss
Entah ankel mana random sangat naik moto bertiga ni nampak comel so snapppp

Lukis henna dulu! RM10 satu tangan
Hasilnyaaa


View dari dalam train
Kami cepat-cepat turun sebab nak kejar pi Escape. Lepas tu pakcik bas Hop On Hop Off syorkan kitorang pegi esok je sebab dah lambat. Kalau masuk pun tak puas main. Maka kami pun buat keputusan naik je bas HOHO ni dan pusing pusing island! Bas ni ada dua interchange station which are located at Chowrasta and Gurney Drive. Kat sini boleh tukar nak naik City Route ke Beach Route. Bas City Route hanya akan pusing sekitar bandar sahaja. Kalau naik Beach Route boleh pergi sampai Pantai Ferringhi dan Teluk Bahang tengok laut.

Regular price untuk bas HOHO ni adalah RM19 per person. Tapi untungnya kami sebagai pelajar dapat student price which is only RM12 weheee.


Seriously, semua orang yang nak travel ke Penang patut ada benda ni. Sangatlah berguna ok! Kau akan dapat travel guide ni dalam bas HOHO ni. Dalam tu dia dah tunjuk each stop dan apa tarikan yang ada kat setiap stop tu.

Muka kedut tahan panas sebenaqnya
Kami ke hentian Chowrasta nak shopping shopping souvenir. Murah murah! Aku beli baju je untuk family. Sehelai RM16. Darab 6 orang. Kau kiralah sendiri.




Jeruk Pak Ali

Perut pun dah lapar. Cari makanan lah kitaaa. Terus waze Restoran Nasi Kandar Line Clear. Ohhh rupanya kat area Chowrasta ni jugak. Cuma kena jalan depan sikit je.

Dah jumpa!
 Nampak dia punya signboard? LINE CLEAR HANYA DI DALAM LORONG INI TIADA CAWANGAN LAIN. Haa sudah kitorang termasuk kedai yang sebelah ni. Uncle tu beriya cakap 'sama saja' 'ada aircond' rupanya taktik suruh masuk kedai dia. Kesian jugak dekat uncle tu sebenarnya mesti ramai tak jadi masuk kedai dia bila tau diorang tersilap kedai -.-' Terus kitorang keluar balik lepas tu masuk lorong tu.


Inilah Line Clear yang real!


Aku tak tau nak pilih lauk apa. Bukan pernah makan pun nasik kandaq ni. Dia suggest itu ini aku anggukkan aje. Pinggan aku yang warna putih tu. Kena RM7.50. Beli papadom sekali 2 orang makan kena cas RM2.50. Sedap jugak tapi pedas sikit. Kuah bercampur campur dia letak.

Then naik balik HOHO nak pergi Padang Kota Lama. Sebenarnya PKL ni kat hentian 14 (Fort Cornwallis) tapi kami terlajak ke hentian 15. Kaki dah penat melangkah so tak jadi pergi Fort Cornwallis. Cari 3D Trick Art Museum pulak. Macam biasa, bantuan Waze.


Tiket masuk RM10 (student price) Bergambar la kau puas puas dalam tu.










                                                                                                                                                                                     





Oleh sebab dah lewat, jam pun menghampiri 6 petang dan kami pun tak solat Asar lagi, maka kami pun berjalan mencari bas. Saja lalu dekat Lebuh Muntri sebab ingat nak singgah Cat Cafe. 

Wandering around.

Dah sampai Cat Cafe, tengok harga kena makan situ minimum RM18. Tak berbaloi gais. Camera Museum sebelah Cat Cafe ni je tapi tak sempat ambik gambar. So kembali berjalan cari bas nak balik.

Ondewei balik tu terjumpa pulak mamat France sesat sorang ni. No I'm not insulting him. Dia memang literally sesat XD Dia ni tak jumpa hotel mana nak duduk. Dia ni picky sikit taknak bilik air kat luar lah bilik berbau lah. Backpackers hotel kat area Muntri/Chulia ni memang rata rata bilik air kat luar dah nama pun backpackers kan mestilah hotel murah. Jadi kena kongsi. Maka kami pun tolong la beliau mencari hotel2 sekitar Muntri tu dan akhirnya dia pilih nak duduk hotel Grand Inn ni. Ohh and his name is Mohamed and he is a Muslim. Siap nak ikut kitorang pi Escape esok tu. So kitorang janji nak pickup dia esok dan bawak dia ikut skali pi Escape. Tak habis habis dia ucap thank you kat kami dan puji 'you gais are so nice' Awwww kembang lobang idong sebentar


Lepas balik sembahyang semua plan nak makan dekat Mee Sotong Hameed Pata. Lepas gugel baru tahu dia tutup pukul 8 malam. Dan masa tu pun dah pukul 8.15. Ahhhhhhh kecewanyaaaaaa!! So kami just pergi Prangin Mall, beli mekdi dan makan tepi jalan :(


Lepas makan jalan jalan lagi around the streets. Dari Komtar kami berjalan sedar sedar dah sampai Chowrasta. Kalau tengok map komtar ke chowrasta tu jauh kot! But we did it :') Sedar sedar dah sampai balik depan hotel Mohamed lol nasib baik tak jumpa dia. Jalan punya jalan tak sedar jam dah dekat pukul 10.30. Bas paling lewat pukul 11. Habislahhh. Kelam kabut cari bus stop cari bus no 201, 202, 203, 204 yang akan lalu depan hotel kami tapi hampaaaa. Nora dah nak buat kerja gila nak jalan kaki balik hotel yang maha jauh tu tapi last-last ada bus CAT sebijik hantarkan ke Komtar then kami naik teksi ke hotel alhamdulillah :')

Oh btw CAT is a free shuttle bus untuk tourist. Nak jimat naik la bas ni. Dia round round area bandar je. Takyah sesusah keluaq duit. Yeah!





Itulah saja pengalaman kami pada hari kedua. Part 3? To be continued!

:eh? takkan bace je? komen la sekali!: