Tuesday

4 Girls In Penang 2

assalamualaikum...

Hari kedua pagi pagi buta kami dah keluar. Plan hari ni nak pergi Penang Hill lepastu pergi Escape. Tapi kami tersilap plan lah pulakkkk. Duk kat atas bukit tu saja sampai dah dekat tengahari. Kalau kau nak pegi Escape patutnya kau bertolak awal pagi bukak je gate pukul 9 terus kau bertapa dalam tu main game puas-puas sampai lah dia tutup pukul 6. Baru berbaloi bayar mahal baq hangg. So tak jadi lah kami pergi Escape hari kedua ni. Kita pusing Island! 

Menunggu bas ke Bukit Bendera. 
Pintu masuk ke Bukit Bendera



Kalau hangpa naik dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi ada promotion price. RM3 sahaja! Jimat duit yeayyyy




Sorang sorang jelah mampu. Bakal zauj, nanti kita datang sini ambik gambar berdua ya. Ekekeke
Kau kunciiiii cintakuuuu di tepi pagarrrrrrrrrr

Tanak kawan awak! Puihhhhh
Hehehehe takdelaa saya gurau je. Sayang awak. Ahakss
Entah ankel mana random sangat naik moto bertiga ni nampak comel so snapppp

Lukis henna dulu! RM10 satu tangan
Hasilnyaaa


View dari dalam train
Kami cepat-cepat turun sebab nak kejar pi Escape. Lepas tu pakcik bas Hop On Hop Off syorkan kitorang pegi esok je sebab dah lambat. Kalau masuk pun tak puas main. Maka kami pun buat keputusan naik je bas HOHO ni dan pusing pusing island! Bas ni ada dua interchange station which are located at Chowrasta and Gurney Drive. Kat sini boleh tukar nak naik City Route ke Beach Route. Bas City Route hanya akan pusing sekitar bandar sahaja. Kalau naik Beach Route boleh pergi sampai Pantai Ferringhi dan Teluk Bahang tengok laut.

Regular price untuk bas HOHO ni adalah RM19 per person. Tapi untungnya kami sebagai pelajar dapat student price which is only RM12 weheee.


Seriously, semua orang yang nak travel ke Penang patut ada benda ni. Sangatlah berguna ok! Kau akan dapat travel guide ni dalam bas HOHO ni. Dalam tu dia dah tunjuk each stop dan apa tarikan yang ada kat setiap stop tu.

Muka kedut tahan panas sebenaqnya
Kami ke hentian Chowrasta nak shopping shopping souvenir. Murah murah! Aku beli baju je untuk family. Sehelai RM16. Darab 6 orang. Kau kiralah sendiri.




Jeruk Pak Ali

Perut pun dah lapar. Cari makanan lah kitaaa. Terus waze Restoran Nasi Kandar Line Clear. Ohhh rupanya kat area Chowrasta ni jugak. Cuma kena jalan depan sikit je.

Dah jumpa!
 Nampak dia punya signboard? LINE CLEAR HANYA DI DALAM LORONG INI TIADA CAWANGAN LAIN. Haa sudah kitorang termasuk kedai yang sebelah ni. Uncle tu beriya cakap 'sama saja' 'ada aircond' rupanya taktik suruh masuk kedai dia. Kesian jugak dekat uncle tu sebenarnya mesti ramai tak jadi masuk kedai dia bila tau diorang tersilap kedai -.-' Terus kitorang keluar balik lepas tu masuk lorong tu.


Inilah Line Clear yang real!


Aku tak tau nak pilih lauk apa. Bukan pernah makan pun nasik kandaq ni. Dia suggest itu ini aku anggukkan aje. Pinggan aku yang warna putih tu. Kena RM7.50. Beli papadom sekali 2 orang makan kena cas RM2.50. Sedap jugak tapi pedas sikit. Kuah bercampur campur dia letak.

Then naik balik HOHO nak pergi Padang Kota Lama. Sebenarnya PKL ni kat hentian 14 (Fort Cornwallis) tapi kami terlajak ke hentian 15. Kaki dah penat melangkah so tak jadi pergi Fort Cornwallis. Cari 3D Trick Art Museum pulak. Macam biasa, bantuan Waze.


Tiket masuk RM10 (student price) Bergambar la kau puas puas dalam tu.










                                                                                                                                                                                     





Oleh sebab dah lewat, jam pun menghampiri 6 petang dan kami pun tak solat Asar lagi, maka kami pun berjalan mencari bas. Saja lalu dekat Lebuh Muntri sebab ingat nak singgah Cat Cafe. 

Wandering around.

Dah sampai Cat Cafe, tengok harga kena makan situ minimum RM18. Tak berbaloi gais. Camera Museum sebelah Cat Cafe ni je tapi tak sempat ambik gambar. So kembali berjalan cari bas nak balik.

Ondewei balik tu terjumpa pulak mamat France sesat sorang ni. No I'm not insulting him. Dia memang literally sesat XD Dia ni tak jumpa hotel mana nak duduk. Dia ni picky sikit taknak bilik air kat luar lah bilik berbau lah. Backpackers hotel kat area Muntri/Chulia ni memang rata rata bilik air kat luar dah nama pun backpackers kan mestilah hotel murah. Jadi kena kongsi. Maka kami pun tolong la beliau mencari hotel2 sekitar Muntri tu dan akhirnya dia pilih nak duduk hotel Grand Inn ni. Ohh and his name is Mohamed and he is a Muslim. Siap nak ikut kitorang pi Escape esok tu. So kitorang janji nak pickup dia esok dan bawak dia ikut skali pi Escape. Tak habis habis dia ucap thank you kat kami dan puji 'you gais are so nice' Awwww kembang lobang idong sebentar


Lepas balik sembahyang semua plan nak makan dekat Mee Sotong Hameed Pata. Lepas gugel baru tahu dia tutup pukul 8 malam. Dan masa tu pun dah pukul 8.15. Ahhhhhhh kecewanyaaaaaa!! So kami just pergi Prangin Mall, beli mekdi dan makan tepi jalan :(


Lepas makan jalan jalan lagi around the streets. Dari Komtar kami berjalan sedar sedar dah sampai Chowrasta. Kalau tengok map komtar ke chowrasta tu jauh kot! But we did it :') Sedar sedar dah sampai balik depan hotel Mohamed lol nasib baik tak jumpa dia. Jalan punya jalan tak sedar jam dah dekat pukul 10.30. Bas paling lewat pukul 11. Habislahhh. Kelam kabut cari bus stop cari bus no 201, 202, 203, 204 yang akan lalu depan hotel kami tapi hampaaaa. Nora dah nak buat kerja gila nak jalan kaki balik hotel yang maha jauh tu tapi last-last ada bus CAT sebijik hantarkan ke Komtar then kami naik teksi ke hotel alhamdulillah :')

Oh btw CAT is a free shuttle bus untuk tourist. Nak jimat naik la bas ni. Dia round round area bandar je. Takyah sesusah keluaq duit. Yeah!





Itulah saja pengalaman kami pada hari kedua. Part 3? To be continued!

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

0 kanak-kanak riang: