Wednesday

episod -mengenang zaman mudamuda-

assalamualaikum..








sumpah rindu gile masa zaman sekolah dulu. zaman yang akan muncul sekali je dalam hidup setiap orang. zaman yang hidup hanya tau enjoy dengan kawan-kawan, bergelak sakan dalam dorm, sukaria dalam kelas. bukan la nak cakap kehidupan kat uni tak best. best jugak. tapi tak sama kan dengan hidup budak sekolah. biasela. bila kat sekolah, tak sabarnyeww nak cepat-cepat abes. takde cikgu yang nak marah2. takde homework yang bertimbun2. *konon*. hah sekali kat u tahula nasib kau. berkali ganda lagi teruk okey *ops hehe* 

sangat rindu dengan kawan-kawan aku yang 5 tahun dah bersama. almaklumla budak hostel. memang banyak gile lah kan kenangan masa sekolah. rugi kau sape yang tak duduk hostel. kurang pengalaman nak cite kat anak cucu. dah hidup kau just berkisar pergi sekolah balik sekolah je. bagi aku lah. kalau salah pedulik ape aku. haha. dulu memang la tiap-tiap hari aku ngadu kat mak nak kuar hostel. tapi bile dah kuar sekolah ni siyes cakap tulah pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku. takkan dapat dah kat mane-mane. takde dah lainkali lainkali. 

siyes rindu nak pergi rollcall pagi-pagi sama-sama. makan kat dewan makan sama-sama. berebut bilik air pagi sebelum nak gi sekolah. galok galok dalam dorm, same ex-dormmate aku tahun 2011. fatin, irah, ewa, izyan, nina, hanim, ida, syikin, mun. lagi rehat makan kat kantin sesame. kene denda sebab tak siap kerja sekolah. kena denda ngan warden sebab lambat rollcall. kena denda sebab tak turun semayang subuh kat surau. kena denda sebab tak gi prep. err, macam banyak kene denda je nih -_- rindu nak gi kafe Pok Muse *lol*, rindu nak main trombone. nak jamming sesame ngan dak-dak band. nak march kat dewan terbuke. wat show brassband. ape lagi ah? entahlah. banyak sangat sampai dah tak ingat. huuu. haritu pun g umah tcer aku. reunion kecikkecik la kire. tcer aku cakap zaman sekolah, especially Form 4 n Form 5 la yang paling dirindui. memang betul tcer. saya setuju sangat2 :')

tyah, rindu nak pegang tangan tyah masa nak gi kantin n jerit 'TYAH! NAK TISU SE! 
rindu nak galok ngan partner dalam kelas, budak didie kecik.
rindu nak duduk sebelah ipah ngan ain sambil tersengguk-sengguk masa dalam lab.
rindu nak makan mi goreng dengan telur kantin pagi-pagi ngan asma', bihah, mira, naja
rindu ngan partner dlm dorm, fatin. cakap-cakap sebelum tido.
rindu nak kenat wani sampai die 'berkawad' :P
rindu nak lepak-lepak dengan maya
rindu masa kita-kita kumpul lepak depan kelas Generous masa tunggu pokgad buke kunci pintu nak naik tangge masuk kelas prep.

friends forever kay :')


ok ah bye.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

hari yang malang untuk haiwan Al- An'am

assalamualaikum..


haihh. lumrah manusia, tak pernah puas dengan ape yang dorang dapat. tak dapat cuti, merengek meraban nak cuti potpetpotpet. bila dah cuti, mula la bising sebab kebosanan menggila baby. aigoo, mane satu nak ntah -,- manusia manusia. ohh ni nak cakap,


beliau di atas telah pun meninggal dunia.

baidewei,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !

well, tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan Happy Eid-ul Adha untuk korang korang yang beragama Islam. lepas ni memang konfem, pagi petang siang malam mesti lauk daaaaaaaaging je. pagi daging goreng. tengahari daging masak kicap. malam daging masak merah. pehh, kalo cenggini gayenye orang yang takdok darah tinggi pun zapppp terus dapat DARAH TINGGI !

tapi raya haji bagi aku pon serupe tak raye je. pergi tengok orang sembelih lembu? heh, memang DOKK la kann. bukan ape, aku just kesian tengok lembu tu menahan azab saat-saat sakaratulmaut beliau. cehh, cakap jela takot tengok darah lembu tu keluar membuak-buak, errrr. pagi pagi raya dah siap siap pakai jubah shawl segala nak pegi raya rumah orang *semangat gila* padahal realitinya hanyalah duduk di rumah mengadap laptop sambil makan mi kari sambil tengok movie. kat rumah saya mak saya masak mi kari jeee untuk juadah raya, rumah anda? :D tu pun naseb baik lahh ade kawan aku datang raye kat rumah. err, sorang je pon yang datang, tapi siap ajak geng 6 orang sekaligus. orang durian mas, jauh kot. memang tak la die nak datang sorangsorang kan. kira takde laa membazir masa aku pakai cantik cantik *cantik kewwww* yela orang datang raya kat rumah takkan nak pakai kain batik dengan t-shirt pagoda plus bedak sejuk kot. hihi.


tapi tapi, tak sempat pun nak ambek gambar raya. tapi, ahh, pedehalkan. setakat raya haji, tak perlu kot nak amek gambar sakan. kalau raya kat kampung baru syiokk nak snap snap. ada kezen2 yang satu kepala #camwhore :D

oh ye, cuti aku still berbaki 2 bulan. apa mau buat pon aku tak taula. study math balik eh? erghhhhh cemane la boleh incomplete result kitorang tu. tak pepasal kene resit exam math balik. TENSIONNNNNNNN ! tapi nak buat camne, terpakse laa aku sental balik otak aku yang dah tahap karat + berdaki +berkulat dah ni walopon baru sebulan cuti =.=

okei la sudah sudah la tu berpotpet. again, Selamat Hari Raya Korban uolls :D

nota kaki : fes time cakap macam tu dekat dia, hehe, <3



:eh? takkan bace je? komen la sekali!: