Saturday

aku jadi justin bibir

assalamualaikum..


aku memang suka gila makan ketam. nak-nak kalau masak lemak. perghh, kalau bakal mak mentua lalu pun aku tak sedar agaknya. semut hitam gigit pun aku buat donno. sekali tadi mak aku bawak balik ketam. peh, dia punya kadar kehepian lebih kurang macam dapat kyuhyun sebagai pakwe ar wa cakap lu. dah suka kan, mestila hepi. takkan nak nangis guling-guling pulak. gila apa. 


adik-adik aku tak suka makan menatang ni. jadi aku jelah yang tukang pulun sorang-sorang. dah lama tak pekena kan, sekali dapat memang licin ah aku baham. lepas tu tetengah tengok cerita 'ampunkan daku' kat tv3 sambil tahan air mata nak meleleh takut kena gelak ngan adik-adik pasal tengok cerita kat tv pon dah nangis2, tetiba aku rasa gatal-gatal dekat mulut aku.


mulanya aku ingat biasa-biasa jer, so aku abaikan ah. sekali gi tengok kat cermin mak ai dah ada iras-iras angelina jolie dah bibir aku. bengkak semacam. aku syak ni mesti kes makan ketam tadi. 


pelik jugak aku sejak bila pulak la aku alergik ketam ni. dulu aku makan tak jadi apa-apa pon. lepas ni dah tak boleh makan ketam lagi la nampaknya waaa T___T. dahla feveret.


p/s:naseb baik bengkak kat bibir dah surut. kalau tak kang ramai pulak cakap aku kembar angelina jolie *booo bajet




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

5 kanak-kanak riang:

kau kesah ke?? said...

ok lah tu justin bibir. kalo cam nita serawak lagi hebat ko.

HaJaR said...

haha...hajar pon suka makan ketam!!
kita sama.. =)

lady shya said...

wah !! tukar name lah ~ asma jolie !! hehe ..

AesyaZealous said...

suke makan ketam gak!! seb baek xalergi.hihi

athirahzaki said...

kau kesah ke:
nita? taknak aku, tak semulajadi langsung, haha.

hajar:
yeke?
give me five geng! :D

ladyshya:
boleh gok,
sedap gok name tu ork, haha.

aesyazealous:
alaa, tak acinye.
jeles! sobsob :(