Monday

about name..

assalamualaikum..


aku taip nama-nama dekat encik Gugel
tiba-tiba kuar gambar ni, aku pun tak tahu kenapa


sekarang ni aku tengok nama anak nak pelik je kan? nak-nak artis. nama kalau tak omputeh sket tak sah. setakat zainab, shamsiah, rosnah (sekadar menyebut beberapa nama, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia) dah tak main la kan. kalau boleh nama saintifik pokok-pokok pon boleh ejas sikit jadi nama anak.


contoh:
AZHAR SULAIMAN - KASIH LEIA IXORA, ANDIKA REES PAHAMIN & KASIH IRIS LEONA
FAUZIAH LATIFF - JEFFREY JOAQIUM INDOT & JEREMY JAY INDOT
AMENG SPRING & A.AIDA - WAN AZ ALEESA & WAN EVA NATASHA


tak cukup pelik lagi? ni kang cikgu-cikgu nak check kedatangan pon tergeliat lidah nak menyebutnye. tapi pedehal, aku artis, nama anak aku kena glemer ye dok?


macam nama aku, nama aku simple je. tapi kadang-kadang payah gak. yelah kat sekolah orang panggil asma, kat kampung lak orang panggil tirah. konfius aku bila orang tanya 'nak panggil name ape ni?'. last-last aku cakap je, 'ikut suka la, semua pun nama saya jugak'. haihh.


tapi takpela, letih mak aku cari dalam buku 'NAMA-NAMA ANAK YANG MEMPUNYAI MAKSUD BUKAN NAMA SAINTIFIK POKOK' kes nak bagi nama best-best untuk aku. kan? 


p/s:ada ke orang yang tak suke nama dia sendiri? mungkin facebook tak suke kot, sebab besar nanti mesti ada orang menganjing, hoho.


chow!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

2 kanak-kanak riang:

nelly said...

Haha .encik gugel ..

athirahzaki said...

@nelly
encik gugel tak betul, haha.