Wednesday

kenapa aku suka penyanyi korea

assalamualaikum.. (entri ni dah lama aku save dalam draft, baru sekarang rasa nak post)


aku memang minat gila dekat band-band korea nih. aku start minat masa akhir tahun form 4 kalau tak silap. member aku la ni punya kerja. dia pergi tunjuk satu video nih dekat aku. masa tu aku acting la, siap cakap lagi 'hek eleh macam ah best sangat, ntah pape r tunjuk video nih kat aku, macam aku suka, puii!!'. 


ceh ayat tak beragak. sekali lepas tengok, masa tu aku tengok video super junior lagu sorry sorry tu, aku pun macam 'erk, boleh tahan jugak dorang nih'. ambik nok, dulu eksyen, sekali melekat lak sampai sekarang.


dulu aku layan gak ah lagu-lagu melayu ni. sekarang nisbah lagu melayu dengan lagu korea dalam henset aku dah jadi 1:15 dah aku rasa. tak 1malaysia betol aku ni kan. dah minat aku lebih kepada kekoreaan nak buat macam mana. 


sebab-sebab aku minat dorang?


1. Hensem dan cantik
-biasala kan, semua orang suka yang indah-indah je. macam yang lelaki suka maria ozawa perempuan pulak sukakan kyuhyun. tak gitu? eh jap. maria ozawa jepun kan? ah lantak ah mana-mana pon. sama ja. orang cakap set2 korea ni cantik sebab buat pembedahan plastik. apa-apalah, yang penting dorang cantik dan hensem gila oke. tengok pon cair.


2. Dance move
-tarian dorang memang perghh gila la. ada korang tengok melayu menari macam tu? ada kot, kat showdown kan. tapi showdown ramai cina je aku tengok. tak kesah aa tu. stacy pon kalah dengan korean ni aku rasa. syok gila kot tengok dorang menari.


3. Lagu best
-lagu-lagu dorang syiok untuk didengar oke. paham tak paham belakang kira. alah, yang dulu korang minat hindustan siap hafal lagi lirik lagu kuch kuch hota hey tu korang paham ke? tak kan? same goes to korean, hehe.


4. Aku pun dah tak tahu, yang penting aku minat, haha.


apa pun jom layan super junior sekali, hehe.




p/s:aku ada jugak baca post dari yang kurang minat korea. haha, korang jangan kondem aku pulak. nak buat macam mana dah aku minat.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

17 kanak-kanak riang:

nazirulhazwan~ said...

gua layan yuri SNSD jer:P

athirahzaki said...

@nazirulhazwan~
fuh. yuri cantek owh. haha.

nelly said...

semua betul
sebab tu nelly pun suka .

nelly said...

Nelly pun suka !!
betul2 .

syazwanizul said...

sokong 100% haha
actually,kita sama.mula2 tak suka,skali tgk melekat trus :D

ohh,i layan SHINee ja.hehe ;)

mun said...

yeah! saya setuju!
hehe!

athirahzaki said...

@nelly
ahah! kita serupa~~ hehehe.

athirahzaki said...

@syazwanizul
SHINee pon syok!
Minho ensem kot, hehehe.

athirahzaki said...

@mun
yey! give me 5 geng! haha.

nelly said...

sebab dorang cantik dan hensem ~
=D

kau kesah ke?? said...

suke juga tapi jarang dengar ehehe

athirahzaki said...

@nelly
kan kan? cair owh.
haha.

athirahzaki said...

@kau kesah ke??
beshh,
xpecially SuJu la, huhu.

IFA Athirah said...

sy paling suka shinee!!!!pergh!superb!hehe http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

athirahzaki said...

@IFA Athirah
aish, semua suka SHINee eh?
takde ke suka SuJu?
hehe.

HaJaR said...

haha..hai tirah.. cm hajar je yg kurang minat korea tu kn.. tp, hajar layan je.. hehe..

athirahzaki said...

@HaJaR
aish, bukan hajar la yunk.
ade lagi saye bace yang tak suke korea.
lagipun entri ni memang dah lame simpan dlm draft pon, huhu.