Thursday

KPLSPM + matrik

assalamualaikum..


aritu aku cakap nak apdet lepas pegi interview kan? haa ni dah apdet laa ni.  fuhh, lega gile akhirnya dah lepas jugak interview yang dah buat kepala otak aku sewel *gila hiperbola* sejak dua tiga hari ni.




okey aku gerak gi Kuala Terengganu sehari sebelum interview. duduk rumah atok member aku. serius cakap aku memang tak well-prepared langsung. malam sebelum interview je aku google sikit pasal NKRA dengan PIPP. tu pun baca sikit-sikit je. tak berapa nak masuk otak. esei pernyataan hasrat pun aku buat malam tu jugak. bapak pemalas kan nampak sangat ah macam tak ikhlas nak gi interview. so korang yang nak interview maktab tahun depan tu, jangan jadi macam aku lah okey. nasihat ikhlas nih daripada aku yang dah serik sebab tak prepare betul-betul.


biasa yang aku baca kat belog orang lain semua kena kena buat 3 step ni dulu kan? memula jawab insak, pastu group discussion, then baru individual. tapi time aku lain. interviewer tu suruh temuduga secara individu dulu. dia atas interviewer jugak la sebab group2 lain semua jawab insak dulu. masa tu memang dah cuak gile tahap nak kencing berderai dah. tapi nasib baik ada member sekolah aku dapat satu kumpulan ngan aku dan calon-calon lain pun baik and ramah je so takdelah aku gelabah sangat. siap sempat bergelak ketawe lagi kat luar bilik tu. 


aku dapat giliran yang nombor 3. nasib baik bukan yang first so bolehla aku tanye2 dulu orang yang sebelum aku. mula mula die cakap 'tell me about yourself'. aku pun cerita jela pasal diri aku ni blablabla bagi biodata sikit-sikit. patu die tanya result aku, aku cakap la satu-satu. then die start tanya, 'what do you do to get this kind of result,' cis, aku mase SPM bukan study sangat pun, main-main je lebih. tah camne dapat result camtu pun aku tak tau. so aku jawab jawapan tipikal la, study grup, tanye cikgu kalau tak paham, blabla. tapi aku jawab sikit je point sebab aku BLANK tau duk dalam bilik tu! time tu laa nak blank la ape la sumpah sial dalam hati sebakul dah aku mencarot.


pastu die tanya lagi 'apa yang awak dah prepare untuk datang interview ni'. ecehh, mase ni aku kelentong la sebab aku bukan prepare sangat pun. aku jawab la google pasal tips temuduga, baca pasal isu pendidikan, NKRA, PIPP sume. sekali die tanye pasal NKRA tu. cis aku baca tajuk je kotttt. then soalan die jadi meleret pasal sekolah berprestasi tinggi la sekolah kluster la jadi aku jujur je cakap yang aku memang tak tau la pasal bende tu.


lepas tu group discussion. group aku 7 orang. kitorang dapat soalan pasal tourism in malaysia. nasib baik. takdelah susah sangat soalan die kan.

1. describe about the interesting place you have visited in malaysia.
2. what have you learnt about the place you have visited.

hah time ni memang aku tembak je ape-ape. aku takde cakap banyak sangat. so memang terasa agak bengap di situ tapi lantaklah. asal bercakap sudah. dia nak tengok cara kita bercakap je kan. betul salah lain cerita.

lepas tu soalan insak. 135 question in 30 minutes. masa jawab ni soalan insak ni memang korang kene hipokrit sikit ah. aku hipokrit banyak huahua. nasib baik sempat jawab sebelum waktu tamat. bayang la lame tak lame aku punya temuduga start pukul 11 habis pukul 3.30. tension member aku tunggu kat kereta. 

kira lega jugaklah sebab dah habis mende ni. sekarang tunggu result dia jela. haa lagi satu aku nak cakap.



nak check tekan SINI!

hurm. kecewa jugak. aku tak mintak pun penang. aku mintak gambang, selangor and negeri sembilan. tapi takpe la, asalkan dapat. tapi aku nak tunggu UPU dulu. tengoklah macam mana. haishh.  

oke ah bye.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

22 kanak-kanak riang:

Cik Rara! said...

ha, dpt matrik penang.. pegi2! matrik penang cantik ooooo~~ ;)

athirahzaki said...

@Cik Rara!
yeke?
geng2 ramai gak dapat penang.
tp nk tgk result U dulu, hee

syazana.not.single said...

fuh, dengki ne awk dpt penang.
penang sy ltak pilihan prtama.
tngok2 dpt perlis. x pilih lgsung perlis tu.
hehe. =)

fatien ! said...

yeeehaaa ! tahniah ! :)

athirahzaki said...

@syazana.not.single
yeke?
sy lak tak mintak pun penang,
haha.

athirahzaki said...

@fatien !
ahaa, thanks!
tahniah gak untuk awak!
:)

afiq. said...

ehh..asal x ckp dtg tganu?kg kawe tu..hahaha

ok lah..orang ckp matrix penang pon best sebenarnya. antara matrix plg best jugak ah.

UPU konpem dpt nye. result bagus kot :D

athirahzaki said...

@afiq.
laa ye dop?
sek2 ganu gop ar ni eh, hahaa.
penang best eh?
tgu U dululah bru decide,
heee

nelly said...

Gud luck !
I know u can do it ^^

athirahzaki said...

@nellytenkssss
eh nelly dapat tak matrik?

afiq. said...

haha..ye ah..makang ikang makang ikang haha
xpasti ah...kawan-kawan yg cerita..xpnh masuk matrix pon..haha

Ini Kisah Tia said...

ternyata pintu peluang terbuka luas untuk awak !

syamila saLeh said...

wuhuu sma2 metrik pneng gk.haha

Woofer Storm said...

jika peluang cuma sekali,kena guna sebaik mgkn..jom pergi^^

mykhalis said...

jauhnye dapat.. perghhh.. kena berdikari arr pasni heheh

athirahzaki said...

@afiq.
cess,
ingat dak matrik gak
hoho

athirahzaki said...

@Ini Kisah Tia
yep,
hehe

athirahzaki said...

@syamila saLeh
yeke?
ada rezeki boleh jumpe ah,
hoho

athirahzaki said...

@Woofer Storm
betul betul,
jommmm

athirahzaki said...

@mykhalis
tu lah pasal
pulau sana nun
haihhh
tau takpe

.m y z. said...

wow penang. jauh tuuu. pape pun good luck sis! decide betul2 mana hala tuju nak pegi lepas ni okehh :D

athirahzaki said...

@.m y z.
tulah,
ceruk sane nun
btw thanks ehh
:D