Saturday

kalau nak duit pergilah cari kerja.



assalamualaikum..

sebagai seorang budak yang bergelar lepasan spm wajiblah dalam hati aku berkobar-kobar nak pergi cari kerja. yelah cuti panjang takkan lah nak duduk rumah je ngabihkan boreh sambil pam badan kan. kang jadik tahap badak sumbu kang camne nak pikat zaquan adha. oh lupe dia baru kawen. takpe kuota laki ade 4 kan. kehkeh. oke back to the topic pehlissss. 


dolu-dolu mase sekolah punyalah semangat tanya member-member pasal cari kerja.


'weh, kekgi habes spm mu nok kije mane?'

'aku nok kije pizza la'

'aku nok gi mesre mall, situ kan gaji mahal'

'aku nok kije kfc, best wei kekgi hari-hari aku boleh makan ayam kfc, slurpppp' 
=.=


tapi akhirnya habis je spm aku langsung tak pergi cari kerja-kerja tersebut. punyala dulu nak kerja kedai buku la kedai kasut la restoran makanan segera la last-last haram nak pergi. alasan malu nak temuduga. kesian. ye aku memang pemalu tak bertempat. dahtu jangan duk gatal nak ikut pulak.

akhirnya aku ambik keputusan pergi mintak kerja dengan mak sedara aku. oh yang nie takyah temuduga, sebab tu aku berani. alah dengan mak sedara sendiri je pon, nak malu kebendenye. kerja pon senang, dekat warung je, jual keropok ngan pisang goreng. kurang-kurang dapatlah seploh hengget sehari. tu baru sehari, sebulan dah rm300, kalau dua bulan? tiga bulan? lepas la setakat nak soping-soping kat esprit ke gucci ke takpun louis vuitton. okeh aku dah mule berangan.


kerja aku start pukul 10 sampai pukul 6 lebih. boleh tahan jugak laku kedai mak sedara aku neh. kadang-kadang sampai terkejar-kejar nak siapkan permintaan customer. tapi best jugak nak-nak kalau ade mamat-mamat hensem datang nak beli goreng pisang. boleh jugak eden nak cuci mata no, kehkeh. hoh mesti korang rase hamboih gatal minah nie, umor tak cukop 18 pon lagi. nak tengok citer janin kat wayang pon tak lepas T_T. nie kes nak tengok wayang hari tu la nih. kan aku dah emo. 


kedai mak sedara aku nie dalam kampung aku je, so mestilah budak-budak ramai datang nak beli air gas la keropok sume. budak-budak kan suke makan mende-mende ringan camni. kan? betul ke? takpe abaikan. jadi aku lah yang jadi tukang layan budak-budak nih. macam-macam pulak tu kerenah. yang besar sikit tu oke lah, nie yang budak umur 4, 5 tahun yang tak pandai kira duit nie.


aku budak 4 tahun


adik nie nok beli mende?
err, err, nok kepuk lime, air gas soda lime posen (suara halus tak matured)
oke jap. 


aku pon bungkus laa, pastu die hulur duit lima posen yang sekeping tu.


wadefak nie dik, lime posen lagi mane? (tak laa aku tak cakap macam tu, hancur pemikiran anak orang kang. kang die bantai tanye aku wadefak tu ape kak? hoh korang nak tolong jawabkan ke?)
(dengan senang hati tanpa rasa bersalah terus je blah sambil bawak makanan yang die order tadi)


okeh nasib baik budak lagi tak tahu ape-ape. maka aku abaikan. kesian pulak. biasalaa budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak. sebab tu aku bantah sekeras-kerasnya bila orang cakap budak-budak mesti diberi duit raya. remaja macam aku patut dapat lagi banyak kot. yelah kitorang nie lagi banyak nak pakai duit. nak tengok wayang lagi, duit topap nak mesej pakwe lagi, nak berjoli soping-soping ngan kengkawan. tu semua memerlukan duit beb. so pak-pak sedara dan mak-mak sedara, please take note, kehkehkeh. 


ape-ape pon syok gak kerja nie. cam dapat satu kepuasan je bila kau dah dapat gaji hasil titik peluh kau. tak payah dah nak nyusahkan makbapak belikan topap. nak beli megi 18 bungkus kat giant pon takde sapa marah. baham ah megi tuh puas-puas atas alasan dulu kempunan nak makan sebab nak amek spm.


tapi, kerja-kerja jugak. jangan jadi macam ni sudah.


nie pon kalau korang part time kerja pejabat la
pitcer credited to:Encik Gugel
                              


okey ah lu, tata!








:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

0 kanak-kanak riang: