Saturday

al-fatihah........

assalamualaikum..

tadi aku bukak mukabuku aku. macam biasa la kan kalau dah bukak mukabuku tu nak buat apelagi kan. dah tentu la check notification nak tengok kot kot ada orang komen gambar aku ke, ade orang post kat wall aku ke:

'wow u ni chomel la, jom kenal?'

ceh, dah tentu la tu hanya angan-angan aku semata-mata. tetengah aku check home usha-usha ektiviti warga fesbuk, tiba-tiba aku nampak kawan aku post something.


SALAM semua, cg NORHAYATI BINTI DIN sudah kembali kerahmatullah pada hari ini...al-fatihah


ya allah. tergamam sekejap. aku rasa macam tak percaya bila baca post ni. seorang guru yang sangat berdedikasi mengajar kitorang biologi, dah mening.. (ya allah macam tak boleh nak tulis pon perkataan tu). mulanya aku tak caya, tapi perkara mati mana boleh buat main kan. aku terpaksa terima hakikat yang beliau dah pergi meninggalkan alam fana ini akibat penyakit saraf yang dihidapinya.


rasa macam baru semalam belajar bio dengan beliau.
rasa macam baru semalam bergelak ketawa dalam kelas beliau.
rasa macam baru semalam kena marah dengan beliau sebab lambat masuk kelas bio.
macam terdengar-dengar je suara beliau buat lawak dalam kelas.


cikgu, 
walaupun cikgu dah takde dalam dunia ini,
saya akan selalu ingat pesanan cikgu.
saya harap cikgu dah halalkan segala ilmu yang cikgu berikan kat saya.
saya selalu hampakan cikgu sebab selalu dapat C untuk bio,
mintak maaf cikgu,
jasa cikgu mengajar saya akan saya kenang hingga akhir hayat.
cikgulah guru terbaik yang pernah mengajar saya.
semoga cikgu tenang di alam sana di sampingNya.
kami di sini sentiasa mendoakan cikgu.


al-fatihah untuk allahyarhamah cikgu NORHARYATI BINTI DIN.
daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

3 kanak-kanak riang:

Amirul Afiq said...

sedih....

najwa napatah said...

takziah.terkejut jgak dngr berita tu.arwah cikgu tuisyen saya.sedih.T_T

athirahzaki said...

afiq & najwa:
sedih sangat.. rasa cam tak caya jer dia dah takde.. tak sempat pon nak tengok result kite.. T___T