Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday

masak-masak bersama chef wannabe

Assalamualaikum..

yeay it's holiday again uolsss! since dah lama gila tinggal blog ni I really think I should post something here. sekarang aku sedang bercuti sem dan seperti tahun lepas, aku masih cuti selama 3 bulan. 3 BULAN LAGI?? oh yes, ini kerana saya tidak mengambil shortsyemnye pun maka terkontang-kanting lah saya di rumah tidak ketahuan hala. setiap hari saya menolong ibu mengemas rumah, menjaga adik serta membantu ayah membasuh kereta ehhh tak tak itu hanyalah penipuan semata dalam karangan bertajuk 'ketika cuti sekolah' semasa zaman sekolah rendah dulu. 

masa cuti ni rajin je menggodek blog-blog resepi. ewah, terasa makcik-makcik di situ. padahal saje je menterliurkan (menterliurkan?) diri melihat gambar-gambar makanan yang ohmai ohmai soooo tempting. pastu tetiba terbump into resepi pizza, macam best je buat pizza sendiri ni. then cecepat  aku ajak ayah buat pizza sendiri sebab yelah dia yang tukang cop duit so haruslah bahan-bahan nak membuatnye dia yang beli. haa part masak-masak benda macam ni memang ayah aku master, since tak pernah buat pizza sebelum ni so ayah aku on jelah. sporting kan beliau, ahaks.

dohnya ayah aku yang buat, sos pizza pulak adik aku yang masak. aku? aku tukang makan je, huahua. tak lah, aku tukang potong-potong, tukang hias topping pizza dengan tukang bake je. mudah kan kerja aku? hehe.. doh yang ayah aku buat boleh dapat 2 keping pizza. resepinya ambil kat SINI. nak tengok cemane rupa pizza kami?


ni pizza yang first. yang kedua tak sempat nak ambik gambar.
*gambar buruk guna fon cikai je*

ni lepas dah bakar separuh masak. bila tengok cheese dah cair, terus meleleh air liur.
itadakimasu! sarat bahan-bahan kat atas tu, huhuu.

sedapppp! okeylah untuk first time try. rotinya kena ayah aku lah yang buat, kalau aku yang buat mau hancus jadinya. nanti lah bila-bila kita try buat sendiri pulak tengok cemana jadinya :D 





ni pulak yang aku buat dengan adik aku haritu. saje je nak upload. disaster jugak la rupa polkadot tu, ada jadi ada tak jadi. tapi lantak la, asalkan rupa dia naik cantik menarik tertarik nyum nyum!

okeylah, adios amigos. 
chow.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

books books bookssss

Assalamualaikum..


siang tadi keluar dengan Najwa, Mila ngan Intan. keluar sama-sama untuk kali terakhir. ewah ayatkuh. macam dah nak berpisah selama-lamanya je. padahal cuti sem sebulan tu je. bukannya masuk main campus lagi pun padahal. kalau kat main campus ye ah kuliyyah dah lain-lain. dan next sem kami dah lain-lain grup. wuuuu. maybe dah susah nak keluar sesame. so bolehla kot diterima ayat 'keluar sama-sama untuk kali terakhir' tu. 


baidewei,
kitorang berjimba-jimba ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu. aku memang dah lama plan nak pegi, tapi taktau nak ajak sapa. sobss. sekali dorang ajak. memang konfem la aku ikot. hihi. tujuan sebenarnya nak pegi booth Buku Fixi je. apa lagi, nak rembat Kitab Terfaktab #2 ah. kitab terfaktab #1 pun tak beli lagi. aishh.

tapi kalau dah namanya pergi Pesta Buku, memang tak la setakat sebijik buku je kan. sekali amekaw, 5 bijik aku rembat. tu pun buku murah-murah je. biasa ah final sem. kewangan sesak T_T takpe ah. 5 bijik pun dah bersyukur gila. dapat diskaun lagi. berbaloi-baloi baq hang! malas nak cakap banyak. let the photos tell the story. story apa pun tak taulah. gambar dicuri dari phone Najwa. phone kitew murah je gambar burrrok uhuk uhuk sobss.

tunggu KTM di Midvalley. sempat lagi.

me. intan. najwa. :D

kitew dengan intan kat pizza hut. eh eh kitew dah beli kitab terfaktab ah. hiks

brace yourself. ze fooood is coming.

licinnnnn wa cakap luu

dalam the mall. pun boleh. 

najwa, mila, intan udax kiut. amboi rempitnya bahasa

eh mereka lagi.

ini gaya... err gaya apa ni?

hasil beli dan belah. yeaahhhh

masa bersuka ria tamat. mohon study Fizik sekarang. kbai 



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

saya nak masuk band balik :(

Assalamualaikum..

sekejap je kan masa berlalu. pejam pejam celik celik pejam celik dah nak habis dah sem 3 untuk tahun pertama kat cfs ni. which means next sem aku dah jadi student second year! fuhh. cepat gila. rasa macam baru hari tu dapat tawaran UPU masuk cfs. tengok-tengok dah nak final year dah. ok fine budak asasi dan matrik dah lama habis, dah nak masuk degree dah pun. ye saya tahu. so budak asasi dgn budak matrik sila diam ye. jangan nak riak sangat.

sekarang tinggal lagi seminggu nak balik rumah. exam Fizik la yang lambat sangat tu. gap sampai seminggu hoi. so dalam seminggu ni aku mabuk dengan Fizik je la. untung ah dorang yang habis exam awal tu. boleh balik awal. hmm. i miss home so badly now. yeke? bukan rindu internet laju? kehkeh. betul la! orang rindu nak balik Terengganu ni. nak jalan kat pantai, makan keropok lekor, makan masakan mak. ecehh. macam la duduk obersi. selangor je pun. takpe, lagi seminggu kita balik! *joget lagu kpop* hoyey hoyey! tak sesabor dah ni. nak balik nak balik!

anyway,
khamis baru-baru ni Tepces Band, my i-miss-it-so-much-like-very-very-the-much school band dah join Malaysia National Band Competition peringkat Zon Timur. dan khamis itu aku exam! dan alumni lain sangat ramai okay pergi tengok competition tu. as an alumni, yes, i felt soooooooooooooooooo kecewa tak dapat pergi tengok. kenapa comp itu harus masa aku exam? buat masa aku dah balik tak boleh ke? hah?! *tetiba emo* yes walaupun dah almost one and a half year aku tinggal band. tapi semangat taksub dengan band tu masih kuat dalam diri aku. i tweeted this in my twitter 'kalau masuk UITM bolehla join band. kalau UIA? -.-' and my cousin replied with 'nasyid'. hahaha. menganjing sungguhhh. 

ok. back to the story. and guess what? untuk pertama kali dalam sejarah Tepces Band sejak officially ditubuhkan tahun 2007, kitorang *eh kitorang ke?* okay Tepces Band mendapat tempat pertama untuk division II!! I was like, ' seriously? seriouslyyyyyy???!!' *jaw drop* sangat tak percaya! wow, juniorku sangat hebat! nak bukti nak bukti?

hambek! bukti nih! haha

syukur alhamdulillah. tengok. alumni pulak yang lelebih excited. yang join berjuta kali excited. haha. tahniah untuk junior-junior. keep up the good work juniors! sound dah superb dah. semoga Tepces Band sentiasa berjaya! yeay!

ok. lastly. do pray for me untuk LAST PEYYPERR LAST PEYYYYPER fizik jumaat 11hb nanti. harap-harap laa dapat A. carry mark dah okay dah. tunggu final je ni. berharappppp sangat-sangat nih! ok lah sahabat-sahabat sekalian, till then, adios!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

kembali muncul selepas lapanploh taun ilang

assalamualaikum...


hai hai hai! tora datang lagi! fuhhhh setelah bapak gila lama menghilangkan diri, akhirnya dapat gak aku kembali main taip-taip kat sini woot woot! ooyeahhh. biasa la, semenjak dah jadi sebahagian pelajar uni nih, dah bertambah-tambah busy pulak kan *ecehh, poyo padahal kenyataannya laptop takde sebab ayah tak kasi bawak wuwuww. never mind, yang tu tolak tepi. yang penting sekarang aku dah kembali berada di rumahhhhhh!! yeyeyeyey cuti 3 bulan kottt. haishh. aku sudah berjangkit virus kottt mila -.- maka dengan itu dengan bangganya aku kembali membebel kat sini hehehe. 


so far kehidupan aku kat CFSIIUM takde la teruk sangat *bunyi macam baru lepas keluar penjara. biasak aa mule-mule memang la menanges malam-malam ingat mak ingat ayah ingat laptop opss tapi lame-lame kira boleh tahan laa. dahla sebilik ngan budak kedah hai hani! hangpa boleh bayang bila pure terengganu campoq dengan pure kedah haaa tak ke macam itik bercakap dengan ayam gak jadinye? haha. nasib baik faham. 


tapi yang buat sem ni lagi bestttt adalah group yang paling sporting in CFSIIUM iaitu *drum rolling tedededenggg Group 177! hohoho. ni group subjek English aku. bukan nak cakap bio, arab and math tak best, tapi group ni laa lagi aktif dari subjek2 lain hehe. seriously, aku rasa sangat bertuah leh kenal ngan dorang. sangat sporting, hyper opss atira haha, kuat merepek especially nani ;p best dan yang sewaktu dengannye lahh. nak-nak bila dapat madam yang same sporting gak. ade je program kitorang, ifthar same-same, raya rumah madam yang ni aku tak pergi. jeles owhh. buat BBQ dll *ade dll ke ah da lupe pulak. 


semasa ifthar *alala manjenye our madam XD

dorang raya kat rumah madam. aku tak pegi :(

mereka *jeles >.<

last English class sobs :'(

the boyssss

BBQ Night :)

177.

berjimba-jimba selepas habes final exam


tangan ke dada mata ke atas *kecuali nani fatihah dan mila XD


haiyohh. kenangan untuk first sem. ape pon aku doakan korang sume exempted English okayyy. sape-sape yang kelas lain tahun depan, ingat-ingatlah kat aku ni yek. korang terbaekkkkk ar haha. oh oh, thanks gak untuk my roommate, Hani coz sudi belanje kepsi for my birthdayyyy last 30th September. how sweet! terharu kottt :') thanks sangat. oke la cukup mentaip-taip. time to go to sleep. ye waktu tido aku di rumah akan jadi terbalik. siang aku tido malam aku berjage. bagus sungguh perangai kan. oke bye.



p/s: sedang mendownload Bini-biniku Gangster. tak saba mau tengok, jyeahh!!


:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

entri gabung-gabung

assalamualaikum..


cis, part ni paling aku tak reti nak buat. part buat intro. nak start ayat pun dah sangkut so camna nak buat entri best-best? cial. lama gak aku tak update kan? haa haaa ni aku pelik ni, nape eh asal lama tak update je orang akan cakap "eh eh dah bersawang berhabuk belog aku ni haaa, lame tak update kan?" perlu ke eh cakap macam tu? kalau macam tu aku pun nak cakap jugak lah.


"hai korunkkkkk~~ lame ai tak update kan? tengoklah belog ai ni ha, bersawang-sawang penuh sarang labah-labah tau. sarang cicak pun ade. nasib baik sarang vavi takde. yuolls tak tolong bersihkan belog ai ke? biasa yuolls ni, babap kanggggg"


okey enough.


first nak ucap congrat untuk cik raihanahnajib yang dah melangsungkan pertunangan jumaat lepas tu. jadi jugok akhirnye mu ni ye, walopon lepas problem, problem, last-last jadi jugok bertunang dengan encik najib tu. err sorilah yek aku takdok hadiah nak bagi kat mung, tunggu mu kawen dululah baru aku bagi yer walopon sebenarnye memang aku kering atau dengan kate lain takde duit nak beli hadiah untuk mu heheh.


yes aku tahu aku tembam jangan nak kutuk sangat lah kan


haaa kau orang tengok ade perubahan kat belog aku ni kan? cantik tak cantik tak? mampus ah kalau korang pikir tak cantik pun bagi aku cantik laa sebab hasil kerja tangan sendiri kan. so bila dah siap tu rasa cam perghh bangga gila lah beb. rasa hebat semacam je. kalau yang anti pink tu errmm, lantak korang lah. sape suh anti, kehkeh.


lagi satu sekarang ni aku tengah taksub dengan budak maddi jane ni. perghh sedap gila kotttt suare die. eh bukan kot lagi dah memang sedap pun. hari hari  duk ulang tayang kat youtube. tak cukup lagi aku gi donlod lak sume lagu-lagu die tu. so lepas ni kalau korang tengok name maddi jane kat shoutbox korang tu takde orang lain la tu faham-faham la yek.


inilah yang dinamakan Maddi Jane


oke laaa aku nak gi mencekik lempeng ikan kejap. tak kenal lempeng ikan tu ape? haha sape suruh tak jadi orang terengganu. sedap wei. makan 80 kali konfem nak lagi nak lagi. aku jela panggil lempeng ikan kalau orang lain tu panggil ape tak tau la pulak aku.


sayalah lempeng ikan yang cute tu.


p/s: sial pernyataan hasrat maktab tu tak buat lagi! sape yang dah interview maktab, bagi idea kat aku sikit! grrr 
p/s/s: tak berinformasi langsung punya belog. fine laa nanti aku balik interview aku update lagi ar.

chow.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

faker? LOL

assalamualaikum..


lately ni banyak betul aku tengok yang cuba jadi faker kat fesbuk. kalau yang faker blogger famous tu toksah cakap ah. berlambak kot. kesian betul dekat faker-faker tersebut. takde life ke bro? kau dah elok-elok tuhan jadikan diri kau tu lagi nak menyamar jadi orang lain.


orang macam ni memang pathetic. nape weh? malu eh nak show diri kau yang sebenar? LOL. kesian betul. apa muka huduh sangat kah? jerawat batu besar-besar? 


aku up entri pasal ni pasal aku dah terkena. eh, bukan aku yang dipalsukan. tapi blogger ayai ni.


mula-mula dia ni add aku kat fesbuk. so aku usha ah gambar dia tu. tengok macam kenal. tapi nama Mohd Shakir Ali. setahu aku nama blogger tu Ayai. so aku abaikan je ah. mana tahu kot-kot abang dia ke.


tapi tadi die tegur aku kat fesbuk. pastu sambil-sambil chat tu aku usha balik profile die sambil bukak blog ayai kat tab sebelah. tengok-tengok memang sah gambar si ayai tu semua. 


buat pusing ayat pulak.


perghh. terus deactivate. kecut telor ye bang??? hehe.


kemon la. ingat orang tak tahu ke? gune pic sendiri la bhai. oh lupe lu takde telor. muke JERAWAT BATU RAMBUT KERINTING MACAM NEGRO. lu malu la nak guna gambar lu kan? HAHA. poor you brah. alolololo.


oh by the way thanks to nuffnang.
even aku jarang update blog, tapi die bagi jugak sikit.
okeylah kan. 
daripade takde langsung.
oh aku berblog juga kerana inginkan duit okey.
sumpah tak hipokrit.

bagi ar banyak lagi ye nuff. heheh.
bye nokss~~



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

syukur kepada tuhan..

assalamualaikum..


first-first aku nak ucap terima kasih kat korang korang yang dah wish gudluck dekat aku sempena majlis pengambilan result SPM dekat ruangan komen tuh. yes aku appreciate sangatsangat. huhu nangis jap T.T terima kasih jugak untuk semua yang dah doakan kejayaan aku terutama mak ngan ayah aku.


oke aku gerak pergi sekolah tadi dalam pukul 9 lebeh. awal gila. punyala semangat nak ambik result padahal bajet-bajet result tu dalam 6 or 7A je. aku tak expect straight A. aku jawab spm macam takde perasaan kot. sempat lagi pulak tu bersukaria dalam dorm buat macam 'eh ni bukan spm la ni test biasa je apa ada hal'. sempoi tak? haha.


mase duk dalam kereta hati duk dupdapdupdap duk pikir ke result. aku rasa time tu macam nak pecah jantung. berdebar wei. 


sebelum dia umum result tu macam biasala ade la sikit ceramah dari puan kaunselor pasal hal masuk U ni. yela kang budak-budak ni tak tau ape-ape last-last tak dapat masuk U kang dorang gak frust menonggeng.


pastu encik kaunselor sorang lagi pulak dah cakap yang sekolah kiteorang 18 orang straight A. pastuh ade sorang yang dapat 9A tapi ade B satu. ecehh, aku pun dah terpikir dalam pale hotak. ke aku? haha bajet lah kan aku.


pastu cikgu umum sorang-sorang nama yang dapat straight A. masa ni cuak gila. memang harap sangat la nama aku ada dalam 18 tu. tunggu punya tunggu punya tunggu~~~~~~


and guess what?

nama aku memang yang dapat 9A 1B tu. ya allah gumbira plus sedih toksah cakap ah. nangis on the spot gak. yeah sedih sebab aku tak straight A. memang aku dah agak. tapi aku tetap bersyukur. sebab aku rasa aku bukan lah jenis orang yang sangat rajin berjaga malam untuk study malah mase nak ambik spm pun sempat lagi aku online fesbuk. waddehek. teruk tul. 

merajinkan diri ambik pendidikan seni.

wuuuuu slackkkkk!

yeah. and my result-----> 3A+, 2A, 4A-, 1B+

not so bad huh? dont think so.

and and ouhh!




maka saya dengan ini telah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang pelajar di TePCES dengan rasminya! yeahh *sila bayangkan aksi seorang pelajar universiti yang baru lepas konvo tengah lempar topi graduate ^^



opps, ,lupa~
terima kasih kat raihanahnajib sebab sudi wat entri pasal saye!
klik SINI untuk ke entri tersebut (^^)v


  

:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

kartun nostalgia zaman tak matured

assalamualaikum..


kau orang percaya tak kalau aku cakap aku tak tidur dari semalam? ishh, teruk betul kan. tadi pagi memang lah mengantuk. tapi bila dipikirkan hari ni aku nak pergi beli nombor pin maktab dekat bsn, maka hasrat nak tidur agak terbantut. mana taknya, semalam dahla tak tidur dah bahana air kopiko kaww. pagi ni? konfem tak bangun-bangun kalau tertidur. dan oh, tarikh tutup isi borang maktab adalah esok. dan aku baru beli nombor pin hari ini. ya aku tahu, betapa rajinnya diriku~~~


sememangnya kalau takleh tidur tu aku online jelah kan. nak baca al-quran ABC pulak. pastu tadi aku tertengok kawan aku share link lagu Sailormoon. HAHA. gila nostalgia kartun ni woh. feveret aku nie masa kecik-kecik. 


dulu-dulu siap gaduh lagi dengan geng main masak-masak. 


'aku cop Sailormoon!'


'weh!!! aku doh cop hok tu!! mu ambik ah hok rambut kuning panjang or!!'


'takbuh! aku nok Sailormoon gok!!'


'aku doh!! waaaaa!'


maka timbullah aksi nangis-menangis kerana berebutkan sailormoon. oh sungguh tidak matured sekali diriku. 




yeahh! cantik sungguh beliau. dengan rambut ikat dua panjang sampai punggung. idola zaman kecik kecik. lama gila kot dah tak tengok cerita ni. trademark dia 'Aku Sailormoon, Dengan Kekuatan Bulan, Akan Menghukummu!'. ewah. korang jangan duk pikir aku ingat la trademark ni, padahal aku tengok video kat youtube ja, kehkeh.


sebelum blah mari kita layan lagu-lagu soundtrack cerita yang suatu waktu dulu korang yang seusia dengan aku mungkin sangat suka dengar. ke aku je yang suka? ehekk. sekalisekala jadi budak-budak balik nice juga kan.


dragon tales. best wohh cerita ni. i wish i wish _____~ [lupa]

lagu ni sedap! cerita kesukaan semasa menjadi ahli geng main masak-masak.
ada lagi ek cerita ni? 

apa lagi aa wa sudah lupa maaa. yang lagi aku ingat ada cerita keluarga bentuk telur tu entah apa la tajuk dia. lagi satu yang cerita buah buahan yang ada pulasan dua bijik yang jahat dengan ketua dia buah apa entah yang suka kacau buah manggis dengan rambutan kot kalau tak silap. adoi, nostalgiknya~
korang pulak? cerita kartun apa yang feveret masa dulu-dulu?

ce cite ce cite.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

jalan-jalan memang seronot!

assalamualaikum..




weehuu selepas tiga bulan tak jumpa kawan-kawan sekolah yang kepale same tak betul macam aku akhirnya boleh jugak kitorang keluar jalan-jalan sesame kelmarin. ohh pembetulan, kitorang jalan-jalan secara berilmiah sebenarnya sebab plan utama nak pergi karnival jom masuk U kat kuantan. padahal karnival tu alasan je, yang lebihnya nak pergi soping-soping kat east coast mall. perempuan, tau-tau la, haha.


masa masuk tu rasa nak pengsan sekejap. gila ramai orang kat situ. sendat dan padat macam milo 3in1. aku rasa ramai je yang dapat dosa free kat situ. yang lelaki sedap-sedap je dapat tengok peha putih gebu girl2 cina. kalau aku pun usha apatah lagi yang lelaki kan. jangan cakap aku les pulak oke, haha. benda cantik tengok jela, haha.


masa duduk situ aku and the geng mengumpul paper beg, pamplet ngan pen jer. abis jelajah satu-satu booth sambil mengumpul paper beg. ada sekali tu aku gi booth UIA, pastu cakap-cakap ar dengan yang tukang jaga booth tu dengan harapan dapat kipas cap UIA, nak mintak malu. last-last haram die tak bagi. haha, keji kan aku. lari motif pergi karnival tu.


hasil kejayaan. ni je yang tinggal selepas dirembat oleh adik-adik


bukit pamphlet, nak? haha.


tengok ah beg-beg tuh. macam gi soping kan?


konklusinye (dah macam ayat rumusan spm nih), memang superb ar kuar ngan korang! harap boleh jalan-jalan dengan korang lagi! hepi gile kelmarin lepas tiga bulan terperuk di kampung. nanti kite kuar lagi eh! muahhh! :D




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

kemaskinilah anda sebelum anda dikemaskinikan

assalamualaikum..


eh korangkorang yang lepasan spm tuh, dah kemaskini ke belum permohonan matrik? sape-sape yang dah kemaskini tu, tahniah sebab sangat rajin. tak macam aku -.-


tadi aku pergi check jenis darah. leceh betul orang matrik nih. tanye pulak jenis darah. dahla aku malas nak gi check. terpakse gak ah gi tadi. dari minggu lepas lagi dah cadang nak gi, tapi atas faktor kemalasan yang melampau walaupun klinik tak sampai 500 meter dari rumah, akhirnya asyik tangguh-tangguh je. punyala pemalas.


sampai je klinik aku tengok sorang due je dekat klinik tuh. tapi nak tunggu dia panggil punye lama. misi ramai je aku tengok. nak check darah je pun, hishh.


last-last baru dia panggil. seriau kot tengok jarum. ches, dah tue bangke pun takut lagi kat menatang tuh. tak matured langsung. padahal bukan sakit pun kan, haha.


dah tu dapat je result, oh baru tahu yang darah aku jenis O+. wohh, kiranya aku berdarah pemurah la kan. yelah kan jenis O ni buleh bagi kat semua jenis darah maka aku adalah seorang yang pemurah oke (ehh bangangnye statement).


so sape-sape yang belum kemaskini lagi tu jom pakat kemaskini ramai-ramai. dapat tak dapat belakang kira ah. 



chow!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

kisah yang klise..

lelaki: awak, saya dah lame tengok awak. saya suka awak. bagi saya awaklah perempan terbaik pernah saya jumpa. boleh tak saya nak kapel ngan awak?


perempuan: ye ke? urm, saya pikir dulu ek? (dalam hati gembira gila. yelah ade secret admirer)


  **********

lelaki buat macam-macam untuk mengambil hati perempuan. hari-hari mesej dengan perempuan. perempuan sakit, lelaki datang beri ubat. perempuan sedih, lelaki datang memberi keceriaan. akhirnya perempuan jatuh hati. sikap lelaki yang mengambil berat memikat hati perempuan.

  
   **********

perempuan: awak, saya sedia terima awak. saya pun sukakan awak.

lelaki: terima kasih awak! saya sayang awak! :)

  
   **********

5 bulan....

lelaki: awak, maaf. saya rasa kita tak sesuai bersama. saya dah ada orang lain. tolong lupakan saya.

perempuan: ....... (hanya mampu menangis dalam hati)

    
   **********

perempuan belajar melupakan lelaki. namun ada sahaja yang mengingatkannya dengan lelaki. hampir gila dia. akhirnya dia berhasil melupakan lelaki. walaupun sukar.

   **********

lelaki: awak, saya rasa perpisahan kita satu kesilapan. saya sedar yang saya sayangkan awak. tolong terima saya balik? please?

perempuan: girlfriend awak?

lelaki: kami dah putus. saya dengan dia takde keserasian. saya mahukan awak. hanya awak dalam hati saya.

perempuan: ...........


p/s: lelaki, semudah dia datang semudah itu dia pergi. betul?



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

about name..

assalamualaikum..


aku taip nama-nama dekat encik Gugel
tiba-tiba kuar gambar ni, aku pun tak tahu kenapa


sekarang ni aku tengok nama anak nak pelik je kan? nak-nak artis. nama kalau tak omputeh sket tak sah. setakat zainab, shamsiah, rosnah (sekadar menyebut beberapa nama, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia) dah tak main la kan. kalau boleh nama saintifik pokok-pokok pon boleh ejas sikit jadi nama anak.


contoh:
AZHAR SULAIMAN - KASIH LEIA IXORA, ANDIKA REES PAHAMIN & KASIH IRIS LEONA
FAUZIAH LATIFF - JEFFREY JOAQIUM INDOT & JEREMY JAY INDOT
AMENG SPRING & A.AIDA - WAN AZ ALEESA & WAN EVA NATASHA


tak cukup pelik lagi? ni kang cikgu-cikgu nak check kedatangan pon tergeliat lidah nak menyebutnye. tapi pedehal, aku artis, nama anak aku kena glemer ye dok?


macam nama aku, nama aku simple je. tapi kadang-kadang payah gak. yelah kat sekolah orang panggil asma, kat kampung lak orang panggil tirah. konfius aku bila orang tanya 'nak panggil name ape ni?'. last-last aku cakap je, 'ikut suka la, semua pun nama saya jugak'. haihh.


tapi takpela, letih mak aku cari dalam buku 'NAMA-NAMA ANAK YANG MEMPUNYAI MAKSUD BUKAN NAMA SAINTIFIK POKOK' kes nak bagi nama best-best untuk aku. kan? 


p/s:ada ke orang yang tak suke nama dia sendiri? mungkin facebook tak suke kot, sebab besar nanti mesti ada orang menganjing, hoho.


chow!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

aku mandi air gula hari ni

assalamualaikum..


:kyuhyun:
gambar tiada kena-mengena dengan entri
tapi ada kena-mengena dengan aku




peh ramai gila orang dekat kedai tempat kerja aku tadi. dah macam rusuhan pulak aku tengok. biasa dalam sehari tu adala jugak aku duduk-duduk rehat barang seminit dua. ni langsung tak boleh nak rehat pon. nak buat camana dah nama pun kerja. redha je la. 


bila dah ramai tu mestilah kena buat kerja laju-laju kan. kang ada pulak mulut busuk mintak lempang cakap 'heleh lembab betol buat kerja. mu ni spesies kerbau patah kaki ke apa?' cis memang free-free makan kaki aku la sapa-sapa yang berani cakap macam tu (bajet berani).


tengah-tengah duk laju nak siapkan abc tu boleh pulak aku tertepis gelas berisi air gula untuk buat abc. cis betol. parking betol-betol kat belah kangkang aku pulak tuh. sekali tengok dah macam air kencing dah. oke aku rilek lagi. buat biasa jer. biar dalam hati menyumpah seguni dah. dia punya melekit toksah cakap ah. 


bila orang dah kurang sikit aku pun pegila basuh. nasib baik la jugak aku pakai seluar yang jenis tak mudah serap air. lap ngan tisu pun dah kering. oke. sambung balik buat kerja. makin ramai pulak orang datang. tetengah buat air jagung pulak sekali lagi air gula tu tertumpah. kena kat tempat sama pulak tuh. oke kali ni memang sumpah bengang gila. tapi memandangkan aku mengamalkan pepatah 'sabar itu separuh daripada iman' maka terpaksa laa aku buat muka aku-tak-kesah. sabar je gi basuh balik.


tapi ada faedah jugak kan mandi air gula ni. kalau rasa mengidam gula-gula jilat je badan sendiri. takyah bazir duit seposen nak beli gula-gula. oke aku dah mengarut. 


chow!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: