Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Friday

kisah yang klise..

lelaki: awak, saya dah lame tengok awak. saya suka awak. bagi saya awaklah perempan terbaik pernah saya jumpa. boleh tak saya nak kapel ngan awak?


perempuan: ye ke? urm, saya pikir dulu ek? (dalam hati gembira gila. yelah ade secret admirer)


  **********

lelaki buat macam-macam untuk mengambil hati perempuan. hari-hari mesej dengan perempuan. perempuan sakit, lelaki datang beri ubat. perempuan sedih, lelaki datang memberi keceriaan. akhirnya perempuan jatuh hati. sikap lelaki yang mengambil berat memikat hati perempuan.

  
   **********

perempuan: awak, saya sedia terima awak. saya pun sukakan awak.

lelaki: terima kasih awak! saya sayang awak! :)

  
   **********

5 bulan....

lelaki: awak, maaf. saya rasa kita tak sesuai bersama. saya dah ada orang lain. tolong lupakan saya.

perempuan: ....... (hanya mampu menangis dalam hati)

    
   **********

perempuan belajar melupakan lelaki. namun ada sahaja yang mengingatkannya dengan lelaki. hampir gila dia. akhirnya dia berhasil melupakan lelaki. walaupun sukar.

   **********

lelaki: awak, saya rasa perpisahan kita satu kesilapan. saya sedar yang saya sayangkan awak. tolong terima saya balik? please?

perempuan: girlfriend awak?

lelaki: kami dah putus. saya dengan dia takde keserasian. saya mahukan awak. hanya awak dalam hati saya.

perempuan: ...........


p/s: lelaki, semudah dia datang semudah itu dia pergi. betul?



:eh? takkan bace je? komen la sekali!: