Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday

kembali muncul selepas lapanploh taun ilang

assalamualaikum...


hai hai hai! tora datang lagi! fuhhhh setelah bapak gila lama menghilangkan diri, akhirnya dapat gak aku kembali main taip-taip kat sini woot woot! ooyeahhh. biasa la, semenjak dah jadi sebahagian pelajar uni nih, dah bertambah-tambah busy pulak kan *ecehh, poyo padahal kenyataannya laptop takde sebab ayah tak kasi bawak wuwuww. never mind, yang tu tolak tepi. yang penting sekarang aku dah kembali berada di rumahhhhhh!! yeyeyeyey cuti 3 bulan kottt. haishh. aku sudah berjangkit virus kottt mila -.- maka dengan itu dengan bangganya aku kembali membebel kat sini hehehe. 


so far kehidupan aku kat CFSIIUM takde la teruk sangat *bunyi macam baru lepas keluar penjara. biasak aa mule-mule memang la menanges malam-malam ingat mak ingat ayah ingat laptop opss tapi lame-lame kira boleh tahan laa. dahla sebilik ngan budak kedah hai hani! hangpa boleh bayang bila pure terengganu campoq dengan pure kedah haaa tak ke macam itik bercakap dengan ayam gak jadinye? haha. nasib baik faham. 


tapi yang buat sem ni lagi bestttt adalah group yang paling sporting in CFSIIUM iaitu *drum rolling tedededenggg Group 177! hohoho. ni group subjek English aku. bukan nak cakap bio, arab and math tak best, tapi group ni laa lagi aktif dari subjek2 lain hehe. seriously, aku rasa sangat bertuah leh kenal ngan dorang. sangat sporting, hyper opss atira haha, kuat merepek especially nani ;p best dan yang sewaktu dengannye lahh. nak-nak bila dapat madam yang same sporting gak. ade je program kitorang, ifthar same-same, raya rumah madam yang ni aku tak pergi. jeles owhh. buat BBQ dll *ade dll ke ah da lupe pulak. 


semasa ifthar *alala manjenye our madam XD

dorang raya kat rumah madam. aku tak pegi :(

mereka *jeles >.<

last English class sobs :'(

the boyssss

BBQ Night :)

177.

berjimba-jimba selepas habes final exam


tangan ke dada mata ke atas *kecuali nani fatihah dan mila XD


haiyohh. kenangan untuk first sem. ape pon aku doakan korang sume exempted English okayyy. sape-sape yang kelas lain tahun depan, ingat-ingatlah kat aku ni yek. korang terbaekkkkk ar haha. oh oh, thanks gak untuk my roommate, Hani coz sudi belanje kepsi for my birthdayyyy last 30th September. how sweet! terharu kottt :') thanks sangat. oke la cukup mentaip-taip. time to go to sleep. ye waktu tido aku di rumah akan jadi terbalik. siang aku tido malam aku berjage. bagus sungguh perangai kan. oke bye.



p/s: sedang mendownload Bini-biniku Gangster. tak saba mau tengok, jyeahh!!


:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

entri gabung-gabung

assalamualaikum..


cis, part ni paling aku tak reti nak buat. part buat intro. nak start ayat pun dah sangkut so camna nak buat entri best-best? cial. lama gak aku tak update kan? haa haaa ni aku pelik ni, nape eh asal lama tak update je orang akan cakap "eh eh dah bersawang berhabuk belog aku ni haaa, lame tak update kan?" perlu ke eh cakap macam tu? kalau macam tu aku pun nak cakap jugak lah.


"hai korunkkkkk~~ lame ai tak update kan? tengoklah belog ai ni ha, bersawang-sawang penuh sarang labah-labah tau. sarang cicak pun ade. nasib baik sarang vavi takde. yuolls tak tolong bersihkan belog ai ke? biasa yuolls ni, babap kanggggg"


okey enough.


first nak ucap congrat untuk cik raihanahnajib yang dah melangsungkan pertunangan jumaat lepas tu. jadi jugok akhirnye mu ni ye, walopon lepas problem, problem, last-last jadi jugok bertunang dengan encik najib tu. err sorilah yek aku takdok hadiah nak bagi kat mung, tunggu mu kawen dululah baru aku bagi yer walopon sebenarnye memang aku kering atau dengan kate lain takde duit nak beli hadiah untuk mu heheh.


yes aku tahu aku tembam jangan nak kutuk sangat lah kan


haaa kau orang tengok ade perubahan kat belog aku ni kan? cantik tak cantik tak? mampus ah kalau korang pikir tak cantik pun bagi aku cantik laa sebab hasil kerja tangan sendiri kan. so bila dah siap tu rasa cam perghh bangga gila lah beb. rasa hebat semacam je. kalau yang anti pink tu errmm, lantak korang lah. sape suh anti, kehkeh.


lagi satu sekarang ni aku tengah taksub dengan budak maddi jane ni. perghh sedap gila kotttt suare die. eh bukan kot lagi dah memang sedap pun. hari hari  duk ulang tayang kat youtube. tak cukup lagi aku gi donlod lak sume lagu-lagu die tu. so lepas ni kalau korang tengok name maddi jane kat shoutbox korang tu takde orang lain la tu faham-faham la yek.


inilah yang dinamakan Maddi Jane


oke laaa aku nak gi mencekik lempeng ikan kejap. tak kenal lempeng ikan tu ape? haha sape suruh tak jadi orang terengganu. sedap wei. makan 80 kali konfem nak lagi nak lagi. aku jela panggil lempeng ikan kalau orang lain tu panggil ape tak tau la pulak aku.


sayalah lempeng ikan yang cute tu.


p/s: sial pernyataan hasrat maktab tu tak buat lagi! sape yang dah interview maktab, bagi idea kat aku sikit! grrr 
p/s/s: tak berinformasi langsung punya belog. fine laa nanti aku balik interview aku update lagi ar.

chow.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

ucapan dari yang amat berbahagia tuan punya belog

assalamualaikum..


kepada yang datang singgah belog ini dan yang dah follow, maaf sebab belum boleh membalas kunjungan anda sebab berukben, bukan ben ashaari yeah u know them, sangat suka mengsiputbabikan dirinya sendiri. aku pun kurang pasti sama ada line yang masalah ataupun volume yang dah habes limit akibat penggunaan yang melampaui batas-batas sebijik berukben =.='


so buat masa ini aku cuma dapat apdet belog je. tu pun dalam 15 minit jugak tunggu nak masuk new post. tapi demi menghabiskan cabaran 10 hari maka aku gagahkan diri jugak untuk tunggu. see, betapa gigihnya aku :')


so untuk korang korang yang datang belog ni saya ucapkan terima kaceh. nanti saya datang belog anda semua dan komen-komen okey peace.


p/s: sedang menunggu modem streamyx yang entah bila nak pasang. kalau dak takyah dahla guna siputbabiband yang tak kesian dengan tuan dia yang hobinya doploh pat jam online.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

Untuk Si Dia

assalamualaikum..


*maaf, entri ini cuma untuk menjelaskan keadaan. encik R jangan marah ek ^^


okey. sori to apit sebab aku terpaksa mendelete entri pasal blog beliau itu. hal ini adalah disebabkan dia yang macam marah aku cerita pasal follower. cakaplah aku cepat melatah pun, aku tak kisah, huhu.


aku bukanlah sangat gila follower. entri tersebut cumalah untuk menghargai follower aku selain aku suka nombor 143. nombor sweet kot, huhu. aku kan jiwang.


aku tak suruh korang follow belog aku. kalau ada orang follow, aku ucap terima kasih. aku tak kisah. 


ye aku sensitif. aku terasa kot. bukan aku marah. aku tak marah pun. cuma aku terasa. jiwa perempuan memang macam ni :P


oke. lepas ni aku dok cite doh pasal follower okey. aku insaf. aku takbuh mu nganjing aku doh, huhu. apa pun, thanks kepada korangkorang yang follow belog ini. T E N G K I Y U :)


p/s: pahni mu jangan nganjing aku neh? huhu :P
p/s/s: apehal banyok beno huhu aku neh? dem.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

aku kopipes je ni

assalamualaikum..






okeh, kadang-kadang bila aku blogwalking usha belog-belog, haruslah aku nak tinggalkan gak jejak aku kan. yelah kang tak naik pulak trafik aku bila takde orang datang belog aku. ye aku jujur aku berblog juga kerana inginkan duit. aku tak hipokrit oke. dah ade ke orang tak suke dapat duit? sah-sah mung nih bukan orang. even orang gila, oh kurang waras lah sopan sikit, juga pandai mintak duit.


tapi ada je perkara yang membantutkan niat aku nak lepak lama-lama kat belog tersebut. yelah nak komen pon gila susah. aku nak cakap lebih pun takot gak. yelah aku ni pon baru lagi menulis nih. tapi tak bermakna aku baru dalam dunia belog, cuma baru start menulis je, paham tak? arghh lantak ah paham ke tak paham. 


so, aku harap, korang dan korang dan korang yang belom setting lagi mende-mende nih, buat sekarang okey. baru sedap nak lepak lama sikit kat belog korang. ni pon aku copy jer. aku pun dah pastikan setting aku jadi macam ni. korang lak?


1. Buang verification untuk komen.
-baru best nak komen. ni tak dah macam nak temuduga je. nak-nak pulak word tu kuar separuh je. aku pernah kena oke. langsung tak jadi nak komen.


Dashboard > Settings > Comments > Show Word Verification For Comments? > No


2. Buat comment form kepada Pop-up
-bagi aku, cara ni senang nak komen. takyah nak masuk page baru untuk komen. kalau yang guna broadband boleh ar. bagi aku yang guna siputbabiband? tensi beb.


Dashboard > Settings > Comments > Comment For Placement > Pop-up Window


3. Adult Content
-kalau belog yang memang kategori 18sx bolehlah tahan. ni belog pinky2 kanak-kanak riang makan choki-choki pun ada menatang ni. apekeheh? 


Dashboard > Settings > Basic > Adult Content > No


4. Comment Show or Hide?
-show la weh. kalau tak camne nak komen? kalau yang memang taknak orang komen tu takpe la. tak kesah ar tuh.


Dashboard > Settings > Comments > Comments > Show


5. Setting URL pada Widget Follower
-ni kalau korang follow belog orang tanpa tinggalkan link kat shoutbox. tekan kat gambar kau pun takde link. camne nak follow belog kau balik? aku lak dahla jenis baik hati. kalau orang follow belog aku, aku mesti follow balik punya. buat baik dibalas baik kan?


Dashboard > My Account > Edit Profile > Link > Isi Url Blog Korang Laa


Credit: Blog Cik Farah Comel
:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

100th Follower!

assalamualaikum..


wow, here come the 100th follower! terima kasih kepada semua yang dah follow belog ni sampai dah capai 100 followers dalam masa tak kurang dua bulan aku berblogging. thanks guys! 

so, nilah dia follower aku yang ke-100


thanks for diana for being my 100th follower! 
blog dia ni comel taw, biru gituh. siap ada dedaun jatuh lagi. 
dia ni muda lagi, baru 15 tahun.
dia ni budak penang mali tau..
so, apalagi?
jom ramai-ramai terjah belog diana jom!
zassssss!~



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

teng kiyu!!!

assalamualaikum..


fuh, baru boleh online. punyala lama duk tunggu rakyat-rakyat kat rumah ni siap online. nak buat cemana lappy ada satu jek. terpaksa la amalkan prinsip 'sape bukak lappy dulu dia dapat main lama' dan juga 'aku main lepas mu!'. haihh. 


ni aku ada satu benda nak bagitahu nih.





kau nampak tak tu? kau nampak tak?

followers dah pon mencapai 43 orang woots! :D hepi gila la weh. lantak ah kau orang nak cakap:


'hek eleh baru 43 dah heboh sekampung. aku dah berpuluh ribu pon tak heran'


haha, pedulik apa aku. first-first aku buat belog ni aku ingat takde orang nak follow pon. kalau dapat 5 orang pon dah cukup baik la tu. rupanya masih ada yang nak follow belog picisan aku ni sob sob :') terima kasih ek semua! ngehehe. nanti aku belanja kepsi okeh. tapi kena tunggu aku jadi bini bill gates la. haha. ok tak kelakar pun.


p/s:aku dah join sahabat blogger tau! yang belom join tu, korang bila lagi?


choww!!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

cantik ke?

assalamualaikum..


haa, nice tak wajah belog aku skang? aku rasa template dulu agak hodoh laa. template nie lagi oke kot. simple pon simple. tak sakit mata. ke ada yang sakit mata tengok warna pink? haha. alah, sikit jer pink tu, taknak tengok sila tutup dengan tangan sendiri.


tapi kena cari balik pulak segala macam yang dah aku apply kat belog nih dulu. tuh yang malas tuh. ade orang nak buatkan untuk aku tak? kalau ada aku nak bagi chokichoki. aku serius, tolong percaya.


chioww!!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

tolong dapat pahala tau

erkhh,


sumpah aku tak tahu apa-apa pasal blog nih. aku tengok blog orang lain perghh,
siyes shit sume lawa-lawa! 


aku tak reti laa camne nak design blog.
nak bikin template lawo.
header aku pon terrrrrlalu biasa-biasa jer kan?
nak copy banner contest pon tak reti.
camne aku nak join contest kalau tak linkkan banner kat sidebar blog aku?


aku tak reti nak belajar ikut tutorial. aku tak paham dengan bacaan jer.


grrrr ade sape-sape nak ajar aku tak? 

huuuu..............




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: