Showing posts with label mine. Show all posts
Showing posts with label mine. Show all posts

Tuesday

hari yang malang untuk haiwan Al- An'am

assalamualaikum..


haihh. lumrah manusia, tak pernah puas dengan ape yang dorang dapat. tak dapat cuti, merengek meraban nak cuti potpetpotpet. bila dah cuti, mula la bising sebab kebosanan menggila baby. aigoo, mane satu nak ntah -,- manusia manusia. ohh ni nak cakap,


beliau di atas telah pun meninggal dunia.

baidewei,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !

well, tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan Happy Eid-ul Adha untuk korang korang yang beragama Islam. lepas ni memang konfem, pagi petang siang malam mesti lauk daaaaaaaaging je. pagi daging goreng. tengahari daging masak kicap. malam daging masak merah. pehh, kalo cenggini gayenye orang yang takdok darah tinggi pun zapppp terus dapat DARAH TINGGI !

tapi raya haji bagi aku pon serupe tak raye je. pergi tengok orang sembelih lembu? heh, memang DOKK la kann. bukan ape, aku just kesian tengok lembu tu menahan azab saat-saat sakaratulmaut beliau. cehh, cakap jela takot tengok darah lembu tu keluar membuak-buak, errrr. pagi pagi raya dah siap siap pakai jubah shawl segala nak pegi raya rumah orang *semangat gila* padahal realitinya hanyalah duduk di rumah mengadap laptop sambil makan mi kari sambil tengok movie. kat rumah saya mak saya masak mi kari jeee untuk juadah raya, rumah anda? :D tu pun naseb baik lahh ade kawan aku datang raye kat rumah. err, sorang je pon yang datang, tapi siap ajak geng 6 orang sekaligus. orang durian mas, jauh kot. memang tak la die nak datang sorangsorang kan. kira takde laa membazir masa aku pakai cantik cantik *cantik kewwww* yela orang datang raya kat rumah takkan nak pakai kain batik dengan t-shirt pagoda plus bedak sejuk kot. hihi.


tapi tapi, tak sempat pun nak ambek gambar raya. tapi, ahh, pedehalkan. setakat raya haji, tak perlu kot nak amek gambar sakan. kalau raya kat kampung baru syiokk nak snap snap. ada kezen2 yang satu kepala #camwhore :D

oh ye, cuti aku still berbaki 2 bulan. apa mau buat pon aku tak taula. study math balik eh? erghhhhh cemane la boleh incomplete result kitorang tu. tak pepasal kene resit exam math balik. TENSIONNNNNNNN ! tapi nak buat camne, terpakse laa aku sental balik otak aku yang dah tahap karat + berdaki +berkulat dah ni walopon baru sebulan cuti =.=

okei la sudah sudah la tu berpotpet. again, Selamat Hari Raya Korban uolls :D

nota kaki : fes time cakap macam tu dekat dia, hehe, <3



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Hello University Life~

assalamualaikum...


sudah agak lama kubiarkan belogku ini rupanya ya. kemalasan yang melimpah ruah dalam sendi-sendi jariku ini telah membataskan keinginanku ingin menghapdet belog yang tidak best ini. cess kejadahnye laa aku nak bermadah sastera malam-malam buta ni. ye jangan kau orang tidak tahu kalau aku bosan memang secare automatik keluar ayat sastera dari celah lurah bibirku ini. kadang-kadang keluar juga bahasa uganda. kadang-kadang jela. tak selalu la.


satu lagi, aku nak bagi tips untuk dapat komen yang banyak. kau orang update satu tajuk yang tengah hot dan berpotensi untuk dikutuk oleh para bloggers sekalian, lepas tu kau orang biarkan entri tu lama-lama. jangan update apa-apa. agak-agak dalam dua minggu lebih tu baru kau orang update. konfem dapat komen yang banyak. yes aku dah try. sangat menjadi. kalau takde jugak orang komen kau orang komen jela sorang-sorang kat entri tu. biar nampak macam banyak komen padahal kau sendiri je duk pum pang pum pang kat situ.


ni ade satu lagi aku nak kabor. tengoklah sendiri.



yes aku bakal bergelar pelajar UIA dalam masa beberapa hari saje lagi. pehh tak sabar ni nak masuk alam U ni. tapi aku takut masa ni je yoyo oo semangat pastu bila dah sampai sana mulala makk nak balik takmau duduk sini waaaa. eshhh harap2 tak camtu la. buat malu den yo. harap badan je besar hoho. so ada lagi ke para blogger sekalian yang spm leavers yang dapat uia? nanti boleh la kite geng kat sane. kan? kan?


oklah wa cau dululah.
lain hari wa update lagi kalau rajin.
bye~~~




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

entri gabung-gabung

assalamualaikum..


cis, part ni paling aku tak reti nak buat. part buat intro. nak start ayat pun dah sangkut so camna nak buat entri best-best? cial. lama gak aku tak update kan? haa haaa ni aku pelik ni, nape eh asal lama tak update je orang akan cakap "eh eh dah bersawang berhabuk belog aku ni haaa, lame tak update kan?" perlu ke eh cakap macam tu? kalau macam tu aku pun nak cakap jugak lah.


"hai korunkkkkk~~ lame ai tak update kan? tengoklah belog ai ni ha, bersawang-sawang penuh sarang labah-labah tau. sarang cicak pun ade. nasib baik sarang vavi takde. yuolls tak tolong bersihkan belog ai ke? biasa yuolls ni, babap kanggggg"


okey enough.


first nak ucap congrat untuk cik raihanahnajib yang dah melangsungkan pertunangan jumaat lepas tu. jadi jugok akhirnye mu ni ye, walopon lepas problem, problem, last-last jadi jugok bertunang dengan encik najib tu. err sorilah yek aku takdok hadiah nak bagi kat mung, tunggu mu kawen dululah baru aku bagi yer walopon sebenarnye memang aku kering atau dengan kate lain takde duit nak beli hadiah untuk mu heheh.


yes aku tahu aku tembam jangan nak kutuk sangat lah kan


haaa kau orang tengok ade perubahan kat belog aku ni kan? cantik tak cantik tak? mampus ah kalau korang pikir tak cantik pun bagi aku cantik laa sebab hasil kerja tangan sendiri kan. so bila dah siap tu rasa cam perghh bangga gila lah beb. rasa hebat semacam je. kalau yang anti pink tu errmm, lantak korang lah. sape suh anti, kehkeh.


lagi satu sekarang ni aku tengah taksub dengan budak maddi jane ni. perghh sedap gila kotttt suare die. eh bukan kot lagi dah memang sedap pun. hari hari  duk ulang tayang kat youtube. tak cukup lagi aku gi donlod lak sume lagu-lagu die tu. so lepas ni kalau korang tengok name maddi jane kat shoutbox korang tu takde orang lain la tu faham-faham la yek.


inilah yang dinamakan Maddi Jane


oke laaa aku nak gi mencekik lempeng ikan kejap. tak kenal lempeng ikan tu ape? haha sape suruh tak jadi orang terengganu. sedap wei. makan 80 kali konfem nak lagi nak lagi. aku jela panggil lempeng ikan kalau orang lain tu panggil ape tak tau la pulak aku.


sayalah lempeng ikan yang cute tu.


p/s: sial pernyataan hasrat maktab tu tak buat lagi! sape yang dah interview maktab, bagi idea kat aku sikit! grrr 
p/s/s: tak berinformasi langsung punya belog. fine laa nanti aku balik interview aku update lagi ar.

chow.




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

jalan-jalan memang seronot!

assalamualaikum..




weehuu selepas tiga bulan tak jumpa kawan-kawan sekolah yang kepale same tak betul macam aku akhirnya boleh jugak kitorang keluar jalan-jalan sesame kelmarin. ohh pembetulan, kitorang jalan-jalan secara berilmiah sebenarnya sebab plan utama nak pergi karnival jom masuk U kat kuantan. padahal karnival tu alasan je, yang lebihnya nak pergi soping-soping kat east coast mall. perempuan, tau-tau la, haha.


masa masuk tu rasa nak pengsan sekejap. gila ramai orang kat situ. sendat dan padat macam milo 3in1. aku rasa ramai je yang dapat dosa free kat situ. yang lelaki sedap-sedap je dapat tengok peha putih gebu girl2 cina. kalau aku pun usha apatah lagi yang lelaki kan. jangan cakap aku les pulak oke, haha. benda cantik tengok jela, haha.


masa duduk situ aku and the geng mengumpul paper beg, pamplet ngan pen jer. abis jelajah satu-satu booth sambil mengumpul paper beg. ada sekali tu aku gi booth UIA, pastu cakap-cakap ar dengan yang tukang jaga booth tu dengan harapan dapat kipas cap UIA, nak mintak malu. last-last haram die tak bagi. haha, keji kan aku. lari motif pergi karnival tu.


hasil kejayaan. ni je yang tinggal selepas dirembat oleh adik-adik


bukit pamphlet, nak? haha.


tengok ah beg-beg tuh. macam gi soping kan?


konklusinye (dah macam ayat rumusan spm nih), memang superb ar kuar ngan korang! harap boleh jalan-jalan dengan korang lagi! hepi gile kelmarin lepas tiga bulan terperuk di kampung. nanti kite kuar lagi eh! muahhh! :D




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

Fakta Terbaru

assalamualaikum..


semenjak aku dah kerja ni dah makin popular lak aku (ayat syok sendiri). yelah dulu terperuk je kat asrama sampai orang kampung sendiri pun aku tak kenal. bukan setakat orang kampung je dengan sedara sendiri pun aku tak kenal. parah betol. aku tak kenal dorang, dorang pon tak kenal aku. soalan tipikal bila orang datang kedai,




'eh kak yam (mak sedara aku), nie anok sape eh? dok pernoh nampok pon'


'laa nie anok sah ni, hok duduk kat pantai tuuuu'


'ohhh laa ade anok dare doh nisah tu, dok pernah nampok pon'




see? takde orang kenal aku pun wuwuwuww. asal ade orang datang je mesti tanya soalan macam tu sampai aku pun dah naik bosan grrr. tapi takpe glemer jugak aku. kang nasib-nasib ade gak makcik nak buat aku menantu dorang. ohh tak boley laa makcik, saye dah berpunya huahua. bajet ade je orang nak buat aku menantu kan.


tapi satu yang aku pelik orang kat kampung aku ni tak makan nasik ke apa. hari-hari beli goreng pisang dengan keropok lekor. kalau petang-petang aku tak kesah ngat ah yela memang biasa la orang makan benda-benda macam tu kan buat minum petang. tapi dah tengahari pon beli goreng pisang kejadahnye.


yang aku tengok golongan yang datang membeli dekat kedai aku ni biasanya adalah dari golongan makcik-makcik bini orang semua. muka sama je aku tengok hari-hari datang beli goreng pisang. maka dapat aku konklusikan di sini bahawa


perempuan zaman sekarang pemalas nak masak.


kehkeh. ada sapa-sapa tak setuju? ni dari pemerhatian aku je tau, haha. peace!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

aku jadi justin bibir

assalamualaikum..


aku memang suka gila makan ketam. nak-nak kalau masak lemak. perghh, kalau bakal mak mentua lalu pun aku tak sedar agaknya. semut hitam gigit pun aku buat donno. sekali tadi mak aku bawak balik ketam. peh, dia punya kadar kehepian lebih kurang macam dapat kyuhyun sebagai pakwe ar wa cakap lu. dah suka kan, mestila hepi. takkan nak nangis guling-guling pulak. gila apa. 


adik-adik aku tak suka makan menatang ni. jadi aku jelah yang tukang pulun sorang-sorang. dah lama tak pekena kan, sekali dapat memang licin ah aku baham. lepas tu tetengah tengok cerita 'ampunkan daku' kat tv3 sambil tahan air mata nak meleleh takut kena gelak ngan adik-adik pasal tengok cerita kat tv pon dah nangis2, tetiba aku rasa gatal-gatal dekat mulut aku.


mulanya aku ingat biasa-biasa jer, so aku abaikan ah. sekali gi tengok kat cermin mak ai dah ada iras-iras angelina jolie dah bibir aku. bengkak semacam. aku syak ni mesti kes makan ketam tadi. 


pelik jugak aku sejak bila pulak la aku alergik ketam ni. dulu aku makan tak jadi apa-apa pon. lepas ni dah tak boleh makan ketam lagi la nampaknya waaa T___T. dahla feveret.


p/s:naseb baik bengkak kat bibir dah surut. kalau tak kang ramai pulak cakap aku kembar angelina jolie *booo bajet




:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

25 facts about me!

assalamualaikum..


wow i got a first tag! terharu terharu! haha, gila jakun. thanks for mirad, jom ramai ramai tepuk untuk dia yey yey! maka aku dengan senang hati nak jawab benda alah ini. ini fakta, bukan auta okeh, jadi sila percaya.



  1. nama dalam surat beranak nor asma athirah binti mohamad zaki. tapi bakal ditukar kepada atyraz jennifer. glemer tak name tu? baru nampak macam shahz jezel.
  2. suka sendawa kuat-kuat. huduh perangai.
  3. sangat suka dengar lagu kuat-kuat dalam earfon. aku rasa aku semakin pekak sekarang, erkk.
  4. i love korea!!!! 
  5. kyuhyun super junior pakwe aku okeh, ngahaha. *muntah
  6. boleh habiskan masa berjam-jam depan laptop surf internet.
  7. kesannya mata aku rabun. yes i'm specky. tapi tak nerd.
  8. aku budak brassband tepces. dan aku bangga. baca not lagu? no hal, tapi untuk trombone jela.
  9. i just love CHOCOLATE!! so, apa lagi? belikan aku cadbury sekarang, haha.
  10. wajib beli mastika tiap-tiap bulan.
  11. kuat berangan. selalu kena tegur sebab asyik termenung. orang terengganu cakap berahi koya.
  12. i'm taken by him! <3
  13. suka letak fon depan cermin, senyum, pose sikit, kachakkk! *tangkap gambar sorang2 la tu
  14. tak suke keluar rumah. sampai takde orang kenal aku.
  15. entah kenapa sekarang aku suka pink. perubahan hormon kot.
  16. sekarang aku dah kat no. 16, eh? dah 16 dah? sekejapnye. oke sambung balik.
  17. aku keluar ke dunia tahun 1993. kira sendiri la umur aku berapa.
  18. sape-sape yang baca fact ni wajib bagi aku hadiah pada 30 september. ha! jangan nak mengelak, haha.
  19. kalau tak bukak belog dan fesbuk untuk sehari mulala rasa macam nak lempang orang. *tiba-tiba
  20. melekat depan tv channel 705 setiap hari isnin sampai khamis pukul 2.30 petang dan 10 malam sebab nak tengok K-pop Hitz. syiok!
  21. suka minum milo ais dan tabur milo banyak-banyak!
  22. suka tangguh-tangguh kerja.
  23. aku guna Nokia XpressMusic 5130. sayang gile henset nie!
  24. aku minah blur. kawan aku cakap.
  25. suka tengok cerita hantu pastu mulala takut nak gi tandas sorang-sorang.    


fuh! siap pon akhirnya! that's all about me. aku cuma seorang minah simple je. 

nak tag sape ntah. aku tag jela semua yang baca post nie okeh. nak tahu jugak pasal korang. hehe.

oke ah lu, tata!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

kalau nak duit pergilah cari kerja.



assalamualaikum..

sebagai seorang budak yang bergelar lepasan spm wajiblah dalam hati aku berkobar-kobar nak pergi cari kerja. yelah cuti panjang takkan lah nak duduk rumah je ngabihkan boreh sambil pam badan kan. kang jadik tahap badak sumbu kang camne nak pikat zaquan adha. oh lupe dia baru kawen. takpe kuota laki ade 4 kan. kehkeh. oke back to the topic pehlissss. 


dolu-dolu mase sekolah punyalah semangat tanya member-member pasal cari kerja.


'weh, kekgi habes spm mu nok kije mane?'

'aku nok kije pizza la'

'aku nok gi mesre mall, situ kan gaji mahal'

'aku nok kije kfc, best wei kekgi hari-hari aku boleh makan ayam kfc, slurpppp' 
=.=


tapi akhirnya habis je spm aku langsung tak pergi cari kerja-kerja tersebut. punyala dulu nak kerja kedai buku la kedai kasut la restoran makanan segera la last-last haram nak pergi. alasan malu nak temuduga. kesian. ye aku memang pemalu tak bertempat. dahtu jangan duk gatal nak ikut pulak.

akhirnya aku ambik keputusan pergi mintak kerja dengan mak sedara aku. oh yang nie takyah temuduga, sebab tu aku berani. alah dengan mak sedara sendiri je pon, nak malu kebendenye. kerja pon senang, dekat warung je, jual keropok ngan pisang goreng. kurang-kurang dapatlah seploh hengget sehari. tu baru sehari, sebulan dah rm300, kalau dua bulan? tiga bulan? lepas la setakat nak soping-soping kat esprit ke gucci ke takpun louis vuitton. okeh aku dah mule berangan.


kerja aku start pukul 10 sampai pukul 6 lebih. boleh tahan jugak laku kedai mak sedara aku neh. kadang-kadang sampai terkejar-kejar nak siapkan permintaan customer. tapi best jugak nak-nak kalau ade mamat-mamat hensem datang nak beli goreng pisang. boleh jugak eden nak cuci mata no, kehkeh. hoh mesti korang rase hamboih gatal minah nie, umor tak cukop 18 pon lagi. nak tengok citer janin kat wayang pon tak lepas T_T. nie kes nak tengok wayang hari tu la nih. kan aku dah emo. 


kedai mak sedara aku nie dalam kampung aku je, so mestilah budak-budak ramai datang nak beli air gas la keropok sume. budak-budak kan suke makan mende-mende ringan camni. kan? betul ke? takpe abaikan. jadi aku lah yang jadi tukang layan budak-budak nih. macam-macam pulak tu kerenah. yang besar sikit tu oke lah, nie yang budak umur 4, 5 tahun yang tak pandai kira duit nie.


aku budak 4 tahun


adik nie nok beli mende?
err, err, nok kepuk lime, air gas soda lime posen (suara halus tak matured)
oke jap. 


aku pon bungkus laa, pastu die hulur duit lima posen yang sekeping tu.


wadefak nie dik, lime posen lagi mane? (tak laa aku tak cakap macam tu, hancur pemikiran anak orang kang. kang die bantai tanye aku wadefak tu ape kak? hoh korang nak tolong jawabkan ke?)
(dengan senang hati tanpa rasa bersalah terus je blah sambil bawak makanan yang die order tadi)


okeh nasib baik budak lagi tak tahu ape-ape. maka aku abaikan. kesian pulak. biasalaa budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak. sebab tu aku bantah sekeras-kerasnya bila orang cakap budak-budak mesti diberi duit raya. remaja macam aku patut dapat lagi banyak kot. yelah kitorang nie lagi banyak nak pakai duit. nak tengok wayang lagi, duit topap nak mesej pakwe lagi, nak berjoli soping-soping ngan kengkawan. tu semua memerlukan duit beb. so pak-pak sedara dan mak-mak sedara, please take note, kehkehkeh. 


ape-ape pon syok gak kerja nie. cam dapat satu kepuasan je bila kau dah dapat gaji hasil titik peluh kau. tak payah dah nak nyusahkan makbapak belikan topap. nak beli megi 18 bungkus kat giant pon takde sapa marah. baham ah megi tuh puas-puas atas alasan dulu kempunan nak makan sebab nak amek spm.


tapi, kerja-kerja jugak. jangan jadi macam ni sudah.


nie pon kalau korang part time kerja pejabat la
pitcer credited to:Encik Gugel
                              


okey ah lu, tata!








:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

First Step..

hoi hoi!! 
peh tak berdan dan nak beri salam. excited kemain mung nih. almaklumlah baru start nak memulakan ektiviti terbaru nak ilangkan bosang. 

oke sebelum tu,

assalamualaikum..

ye kawan-kawan aku dah mule berblogging sekarang, yeay yeay! selame nih aku asyik menstalking je blog orang, kadang2 ade laa jugak timbul keinginan untuk memiliki blog sendiri. tapi aku takot nanti terbiar tak tahu nak tulis ape lol. tapikan semenjak aku telah menamatkan karier aku sebagai seorang pelajar berkaliber selame 11 tahun setelah tamatnye exam spm pade 13.12.2010 (ayat gila panjang), memang aku rase bosan nak mampos tak tahu nak buat ape.kawan-kawan dahla duduk jauh2. ye memang aku buat kerja part time, tapi tetap bosan jugaklah sebab takde kawan kat situ -.-

kalau online pon aku bukak mukabuku or name famousnye fesbuk, dah bosan komen-komen aku main game pulak.
tak pun chat, lepas tu bile dah rase cam weh boring nak mampos ah fesbuk neh aku pun mule la gi stalk belog. belog sendiri takdok haihh. dah tu baru-baru nie aku tengok ramai laa pulak kawan-kawan aku dah start buat belog mereka sendiri. so aku rasa haruslah aku isi masa lapang aku ni dengan menulis pulok, kurang-kurang taklaa bosan sangat iye dak? so terciptalah belog heartbeat ni, dan aku harap korang enjoy bace belog aku, okeh? 
tak suke takpe boleh tekan pangkah kat atas tu :')
hehe.

okey laa aku rase setakat tu je kot untuk coretan pertama aku nie,

okey ah lu, tata!




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: