Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Friday

saya nak masuk band balik :(

Assalamualaikum..

sekejap je kan masa berlalu. pejam pejam celik celik pejam celik dah nak habis dah sem 3 untuk tahun pertama kat cfs ni. which means next sem aku dah jadi student second year! fuhh. cepat gila. rasa macam baru hari tu dapat tawaran UPU masuk cfs. tengok-tengok dah nak final year dah. ok fine budak asasi dan matrik dah lama habis, dah nak masuk degree dah pun. ye saya tahu. so budak asasi dgn budak matrik sila diam ye. jangan nak riak sangat.

sekarang tinggal lagi seminggu nak balik rumah. exam Fizik la yang lambat sangat tu. gap sampai seminggu hoi. so dalam seminggu ni aku mabuk dengan Fizik je la. untung ah dorang yang habis exam awal tu. boleh balik awal. hmm. i miss home so badly now. yeke? bukan rindu internet laju? kehkeh. betul la! orang rindu nak balik Terengganu ni. nak jalan kat pantai, makan keropok lekor, makan masakan mak. ecehh. macam la duduk obersi. selangor je pun. takpe, lagi seminggu kita balik! *joget lagu kpop* hoyey hoyey! tak sesabor dah ni. nak balik nak balik!

anyway,
khamis baru-baru ni Tepces Band, my i-miss-it-so-much-like-very-very-the-much school band dah join Malaysia National Band Competition peringkat Zon Timur. dan khamis itu aku exam! dan alumni lain sangat ramai okay pergi tengok competition tu. as an alumni, yes, i felt soooooooooooooooooo kecewa tak dapat pergi tengok. kenapa comp itu harus masa aku exam? buat masa aku dah balik tak boleh ke? hah?! *tetiba emo* yes walaupun dah almost one and a half year aku tinggal band. tapi semangat taksub dengan band tu masih kuat dalam diri aku. i tweeted this in my twitter 'kalau masuk UITM bolehla join band. kalau UIA? -.-' and my cousin replied with 'nasyid'. hahaha. menganjing sungguhhh. 

ok. back to the story. and guess what? untuk pertama kali dalam sejarah Tepces Band sejak officially ditubuhkan tahun 2007, kitorang *eh kitorang ke?* okay Tepces Band mendapat tempat pertama untuk division II!! I was like, ' seriously? seriouslyyyyyy???!!' *jaw drop* sangat tak percaya! wow, juniorku sangat hebat! nak bukti nak bukti?

hambek! bukti nih! haha

syukur alhamdulillah. tengok. alumni pulak yang lelebih excited. yang join berjuta kali excited. haha. tahniah untuk junior-junior. keep up the good work juniors! sound dah superb dah. semoga Tepces Band sentiasa berjaya! yeay!

ok. lastly. do pray for me untuk LAST PEYYPERR LAST PEYYYYPER fizik jumaat 11hb nanti. harap-harap laa dapat A. carry mark dah okay dah. tunggu final je ni. berharappppp sangat-sangat nih! ok lah sahabat-sahabat sekalian, till then, adios!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

saya student cfsiium...

Assalamualaikum..

after a long longgggg time, here i ammm!! kembali merapu di blog yang suram sunyi sepi macam blog orang mati. betul la kan? tersadai, terbiar je, macam dah takde pemilik. hukhuk. kehsian behlogku. anyway, sekarang aku dah bawak my very own lappy ke uia yayyy *claps claps*. so maybe belog ini tak lagi terbiar macam dulu. MAYBE la. biasalah orang bizi kalah perdana menteri ni kan, normal la tu tinggal blog tak berupdate. hewhew.

baru-baru ni dapat markah midsem. orang lain dah habes asasi tahu, kitorang budak asasi uia masih terdampar kat sini baru habes midsem. SADIS sungguh. mula-mula dapat markah Chemistry. kau boleh bayang tak perasaan kecewa bila lain yang kita expect, lain yang kita dapat? sedihhhhhhhh gila T_T aku just dapat 36 out of 60 marks, means aku dapat 60/100. rasa macam aku kot yang paling rendah dalam kelas. down beb down. padan muka aku lah kan study main-main sekali hambek kau result tak semenggah. uhuk uhuk.

then petang tu dapat Physics. aku bajet fail kot Physics, soalan memang susah nak mamp. tapi tapi tapi, tengok tengok aku dapat A- woooooo! first time dapat Physics A tuu, SPM aku pun cuma dapat B+ je. nampak tak ketidakserasian antara aku dengan Physics? memang miracle gila la dapat markah macam tu. rasa macam nak sujud syukur pun ada. 

tapi ape2 pun, ni baru midsem je kan. final jugak nanti yang tentukan cgpa aku. mintak-mintak dapat 3.0 n above. aminnnnn! sebut amin ramai-ramai cepat! *ugut* hikhik

sekarang tengah busy dengan Annual Grand Dinner Medcy. untuk meraikan graduating students dari persatuan Medical Sciences Student Society (Medcy) ni. event ni buat 6th April ni, which means tinggal lagi 3 hari kot!! aku pegang post assistant Publication n Promotion so kerjanya mempromot jela kan. since event pun dah makin dekat, PubPro dah takde keje sangat, just tolong2 unit lain jela. berdebar jugak rasanya. takut kalau event tak berjalan lancar, ada masalah ke. mintak-mintak la tak jadi pape yang merosakkan majlis, dan semoga majlis kitorang berjalan dengan smooth tanpa masalah. amin amin amin!

student CFSIIUM yang berdedikasi, ihik

lab report Chemistry, tuto Chemistry, quiz Chemistry semua dalam minggu ni. Aku dah mabuk Chemistry! @_@

chow.





:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

bulatan gembira di bumi UIA..

Assalamualaikum..


dah lama jugak tak mengupdate kan? biasalah, idea takde + mood kureng lately ni, cewahh. dahla tak bawak lappy pegi uia, nak online pun susah gile. tambah pulak cc kat mahallah zainab tu dah tukar tempat pergi dekat mahallah aisyah pulak. (orang cakap la, aku pun tak pernah jejak lagi mahallah aisyah tu lepas dah tukar jadi mahallah sisters ni). so memang terbatas sangat nak online, huu sedih kotttt. pape pun, sekarang aku nak cerita pasal bulatan gembira aku di uia petaling jaya ni. ok sekarang duduk diam-diam semua yek, nenek nak bercerita cewahhh umur belum pun 19 nak bergelar nenek pulakk


korang tau ke bulatan gembira ni apa? haa, actually nama ni aku ambik daripada sebuah video pertandingan apa tah. bulatan gembira ni sebenarnya adalah usrah. taw kan usrah ni macam mana? usrah ni biasanya adalah sebuah grup kecil yang disertai oleh beberapa orang ahli dan diketuai oleh seorang naqib bagi brothers dan naqibah bagi sisters. grup kecil ni akan membincangkan tentang hal ehwal Islam dan memberikan pandangan tentang Islam.


aku join usrah ni sejak dari first sem lagi. semuanya bermula semasa seorang sister ni datang ketuk pintu bilik aku. 


aku sister


Tok! Tok! Tok!


Assalamualaikum sis


Waalaikumussalam.. ye ada hal ape? *muka pelik*


Sis, sis nok dok join grup usrah?


Usrah? (blur) usrah tu mende? *ok aku memang jahil dulu k, sekarang dah semakin berubah kott tehee*


Usrah ni blablabla... semua yang join pun orang terengganu, dia ikut negeri, blablabla... nak join dok? 


Err, dok taw la kak, emm saye pikir dulu eh?


Ok, kalau sis nak join isi borang ni, n contact akak balik kat nombor 01x-xxxxxxx


okey masa tu memang hati aku berbelah bahagi k, aku ni mana la pernah join mende2 islamik macam tu. kat sekolah aku dulu mana ada mende2 gitu, almaklumlah sekolah harian biasa, bukan sekolah agama pun. so aku memang pikir 2 3 kali jugak la nak join usrah ni. tapi last2 aku contact jugak num yang akak tu kasi. dan sekarang aku bersyukur sebab Allah dah gerakkan hati aku untuk join usrah. alhamdulillah.


mula2 tu memang la macam blur2 kan. yelah, selama ni tak pernah join usrah. tak taw nak cakap apa, buat apa. tapi semakin lama aku join, macam seronok pulak. benda2 yang aku langsung tak tahu selama ni, contohnya ciri-ciri keistimewaan Islam, tarbiyyah, maqasid syariah, jemaah dapat aku peroleh semenjak join usrah. kira banyak la pengetahuan tentang Islam yang aku dapat, dan jugak dapat merubah aku agar jadi muslimat yang lebih baik kan. walaupun tak banyak sangat, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk ubah diri aku ni. tak la asyik duduk di zaman kejahilan je kan. 


 usrah aku ni best, ada akak naqibah yang baik, kak mawaddah nama dia. kitorang panggil dia along je. haa, dalam usrah aku ni, setiap dorang dipanggil ikut siapa yang paling tua, macam kalau lahir no 2 dipanggil angah, no 3 achik and so on la. aku yang paling last, so diorang panggil aku su. kelakar jugak rasanya, sebab dahla aku ni anak sulung. sekali jadi adik bongsu pulak. agak weird rasanya, haha.


so aku rasa agak bertuah dipilih Allah untuk ke uia ni. sebenarnya bertuah sangat2. memang la ada yang cakap susah sebab kena belajar bahasa arab la, english pun kena ambik la, tapi bagi aku, tu semua adalah keistimewaan yang takde kat u lain. best apa belajar arab, lughatul jannah tu. taknak ke belajar lughatul jannah? rugi besar kau weh. aku pun baru sekarang menyesal gak, kenapalah aku tak ambik arab masa aku form1 dulu? sekurang-kurangnya ada jugak basic dia kan. tapi nak buat macam mana, masa kita tak boleh nak putar balik dah, redha jelah. 


kepada korang korang yang belum join usrah dekat u tu, kalau ada, join lah. tak rugi punya. maybe ada yang cakap ganggu pelajaran lah, apa lah, tapi bila kau dah berusaha mendekati Allah, for sure Allah akan tolong kau balik. kan? aku pun tak reti sangat nak kasi ayat2 nasihat power2 ni, aku pun bukannya pakar motivasi or ustazah yang power bagi ayat2 best tu. tapi aku berusaha untuk menjadi muslimat yang lebih baik dari sebelumnya, dengan cara join mende2 macam nilah. so, tepuk dada, tanyalah iman kita sendiri.




semoga dapat menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik selepas ini. InsyaAllah.


:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

kembali muncul selepas lapanploh taun ilang

assalamualaikum...


hai hai hai! tora datang lagi! fuhhhh setelah bapak gila lama menghilangkan diri, akhirnya dapat gak aku kembali main taip-taip kat sini woot woot! ooyeahhh. biasa la, semenjak dah jadi sebahagian pelajar uni nih, dah bertambah-tambah busy pulak kan *ecehh, poyo padahal kenyataannya laptop takde sebab ayah tak kasi bawak wuwuww. never mind, yang tu tolak tepi. yang penting sekarang aku dah kembali berada di rumahhhhhh!! yeyeyeyey cuti 3 bulan kottt. haishh. aku sudah berjangkit virus kottt mila -.- maka dengan itu dengan bangganya aku kembali membebel kat sini hehehe. 


so far kehidupan aku kat CFSIIUM takde la teruk sangat *bunyi macam baru lepas keluar penjara. biasak aa mule-mule memang la menanges malam-malam ingat mak ingat ayah ingat laptop opss tapi lame-lame kira boleh tahan laa. dahla sebilik ngan budak kedah hai hani! hangpa boleh bayang bila pure terengganu campoq dengan pure kedah haaa tak ke macam itik bercakap dengan ayam gak jadinye? haha. nasib baik faham. 


tapi yang buat sem ni lagi bestttt adalah group yang paling sporting in CFSIIUM iaitu *drum rolling tedededenggg Group 177! hohoho. ni group subjek English aku. bukan nak cakap bio, arab and math tak best, tapi group ni laa lagi aktif dari subjek2 lain hehe. seriously, aku rasa sangat bertuah leh kenal ngan dorang. sangat sporting, hyper opss atira haha, kuat merepek especially nani ;p best dan yang sewaktu dengannye lahh. nak-nak bila dapat madam yang same sporting gak. ade je program kitorang, ifthar same-same, raya rumah madam yang ni aku tak pergi. jeles owhh. buat BBQ dll *ade dll ke ah da lupe pulak. 


semasa ifthar *alala manjenye our madam XD

dorang raya kat rumah madam. aku tak pegi :(

mereka *jeles >.<

last English class sobs :'(

the boyssss

BBQ Night :)

177.

berjimba-jimba selepas habes final exam


tangan ke dada mata ke atas *kecuali nani fatihah dan mila XD


haiyohh. kenangan untuk first sem. ape pon aku doakan korang sume exempted English okayyy. sape-sape yang kelas lain tahun depan, ingat-ingatlah kat aku ni yek. korang terbaekkkkk ar haha. oh oh, thanks gak untuk my roommate, Hani coz sudi belanje kepsi for my birthdayyyy last 30th September. how sweet! terharu kottt :') thanks sangat. oke la cukup mentaip-taip. time to go to sleep. ye waktu tido aku di rumah akan jadi terbalik. siang aku tido malam aku berjage. bagus sungguh perangai kan. oke bye.



p/s: sedang mendownload Bini-biniku Gangster. tak saba mau tengok, jyeahh!!


:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Tuesday

Hello University Life~

assalamualaikum...


sudah agak lama kubiarkan belogku ini rupanya ya. kemalasan yang melimpah ruah dalam sendi-sendi jariku ini telah membataskan keinginanku ingin menghapdet belog yang tidak best ini. cess kejadahnye laa aku nak bermadah sastera malam-malam buta ni. ye jangan kau orang tidak tahu kalau aku bosan memang secare automatik keluar ayat sastera dari celah lurah bibirku ini. kadang-kadang keluar juga bahasa uganda. kadang-kadang jela. tak selalu la.


satu lagi, aku nak bagi tips untuk dapat komen yang banyak. kau orang update satu tajuk yang tengah hot dan berpotensi untuk dikutuk oleh para bloggers sekalian, lepas tu kau orang biarkan entri tu lama-lama. jangan update apa-apa. agak-agak dalam dua minggu lebih tu baru kau orang update. konfem dapat komen yang banyak. yes aku dah try. sangat menjadi. kalau takde jugak orang komen kau orang komen jela sorang-sorang kat entri tu. biar nampak macam banyak komen padahal kau sendiri je duk pum pang pum pang kat situ.


ni ade satu lagi aku nak kabor. tengoklah sendiri.



yes aku bakal bergelar pelajar UIA dalam masa beberapa hari saje lagi. pehh tak sabar ni nak masuk alam U ni. tapi aku takut masa ni je yoyo oo semangat pastu bila dah sampai sana mulala makk nak balik takmau duduk sini waaaa. eshhh harap2 tak camtu la. buat malu den yo. harap badan je besar hoho. so ada lagi ke para blogger sekalian yang spm leavers yang dapat uia? nanti boleh la kite geng kat sane. kan? kan?


oklah wa cau dululah.
lain hari wa update lagi kalau rajin.
bye~~~




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: