Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday

books books bookssss

Assalamualaikum..


siang tadi keluar dengan Najwa, Mila ngan Intan. keluar sama-sama untuk kali terakhir. ewah ayatkuh. macam dah nak berpisah selama-lamanya je. padahal cuti sem sebulan tu je. bukannya masuk main campus lagi pun padahal. kalau kat main campus ye ah kuliyyah dah lain-lain. dan next sem kami dah lain-lain grup. wuuuu. maybe dah susah nak keluar sesame. so bolehla kot diterima ayat 'keluar sama-sama untuk kali terakhir' tu. 


baidewei,
kitorang berjimba-jimba ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu. aku memang dah lama plan nak pegi, tapi taktau nak ajak sapa. sobss. sekali dorang ajak. memang konfem la aku ikot. hihi. tujuan sebenarnya nak pegi booth Buku Fixi je. apa lagi, nak rembat Kitab Terfaktab #2 ah. kitab terfaktab #1 pun tak beli lagi. aishh.

tapi kalau dah namanya pergi Pesta Buku, memang tak la setakat sebijik buku je kan. sekali amekaw, 5 bijik aku rembat. tu pun buku murah-murah je. biasa ah final sem. kewangan sesak T_T takpe ah. 5 bijik pun dah bersyukur gila. dapat diskaun lagi. berbaloi-baloi baq hang! malas nak cakap banyak. let the photos tell the story. story apa pun tak taulah. gambar dicuri dari phone Najwa. phone kitew murah je gambar burrrok uhuk uhuk sobss.

tunggu KTM di Midvalley. sempat lagi.

me. intan. najwa. :D

kitew dengan intan kat pizza hut. eh eh kitew dah beli kitab terfaktab ah. hiks

brace yourself. ze fooood is coming.

licinnnnn wa cakap luu

dalam the mall. pun boleh. 

najwa, mila, intan udax kiut. amboi rempitnya bahasa

eh mereka lagi.

ini gaya... err gaya apa ni?

hasil beli dan belah. yeaahhhh

masa bersuka ria tamat. mohon study Fizik sekarang. kbai 



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Wednesday

episod -mengenang zaman mudamuda-

assalamualaikum..








sumpah rindu gile masa zaman sekolah dulu. zaman yang akan muncul sekali je dalam hidup setiap orang. zaman yang hidup hanya tau enjoy dengan kawan-kawan, bergelak sakan dalam dorm, sukaria dalam kelas. bukan la nak cakap kehidupan kat uni tak best. best jugak. tapi tak sama kan dengan hidup budak sekolah. biasela. bila kat sekolah, tak sabarnyeww nak cepat-cepat abes. takde cikgu yang nak marah2. takde homework yang bertimbun2. *konon*. hah sekali kat u tahula nasib kau. berkali ganda lagi teruk okey *ops hehe* 

sangat rindu dengan kawan-kawan aku yang 5 tahun dah bersama. almaklumla budak hostel. memang banyak gile lah kan kenangan masa sekolah. rugi kau sape yang tak duduk hostel. kurang pengalaman nak cite kat anak cucu. dah hidup kau just berkisar pergi sekolah balik sekolah je. bagi aku lah. kalau salah pedulik ape aku. haha. dulu memang la tiap-tiap hari aku ngadu kat mak nak kuar hostel. tapi bile dah kuar sekolah ni siyes cakap tulah pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku. takkan dapat dah kat mane-mane. takde dah lainkali lainkali. 

siyes rindu nak pergi rollcall pagi-pagi sama-sama. makan kat dewan makan sama-sama. berebut bilik air pagi sebelum nak gi sekolah. galok galok dalam dorm, same ex-dormmate aku tahun 2011. fatin, irah, ewa, izyan, nina, hanim, ida, syikin, mun. lagi rehat makan kat kantin sesame. kene denda sebab tak siap kerja sekolah. kena denda ngan warden sebab lambat rollcall. kena denda sebab tak turun semayang subuh kat surau. kena denda sebab tak gi prep. err, macam banyak kene denda je nih -_- rindu nak gi kafe Pok Muse *lol*, rindu nak main trombone. nak jamming sesame ngan dak-dak band. nak march kat dewan terbuke. wat show brassband. ape lagi ah? entahlah. banyak sangat sampai dah tak ingat. huuu. haritu pun g umah tcer aku. reunion kecikkecik la kire. tcer aku cakap zaman sekolah, especially Form 4 n Form 5 la yang paling dirindui. memang betul tcer. saya setuju sangat2 :')

tyah, rindu nak pegang tangan tyah masa nak gi kantin n jerit 'TYAH! NAK TISU SE! 
rindu nak galok ngan partner dalam kelas, budak didie kecik.
rindu nak duduk sebelah ipah ngan ain sambil tersengguk-sengguk masa dalam lab.
rindu nak makan mi goreng dengan telur kantin pagi-pagi ngan asma', bihah, mira, naja
rindu ngan partner dlm dorm, fatin. cakap-cakap sebelum tido.
rindu nak kenat wani sampai die 'berkawad' :P
rindu nak lepak-lepak dengan maya
rindu masa kita-kita kumpul lepak depan kelas Generous masa tunggu pokgad buke kunci pintu nak naik tangge masuk kelas prep.

friends forever kay :')


ok ah bye.



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Thursday

kembali muncul selepas lapanploh taun ilang

assalamualaikum...


hai hai hai! tora datang lagi! fuhhhh setelah bapak gila lama menghilangkan diri, akhirnya dapat gak aku kembali main taip-taip kat sini woot woot! ooyeahhh. biasa la, semenjak dah jadi sebahagian pelajar uni nih, dah bertambah-tambah busy pulak kan *ecehh, poyo padahal kenyataannya laptop takde sebab ayah tak kasi bawak wuwuww. never mind, yang tu tolak tepi. yang penting sekarang aku dah kembali berada di rumahhhhhh!! yeyeyeyey cuti 3 bulan kottt. haishh. aku sudah berjangkit virus kottt mila -.- maka dengan itu dengan bangganya aku kembali membebel kat sini hehehe. 


so far kehidupan aku kat CFSIIUM takde la teruk sangat *bunyi macam baru lepas keluar penjara. biasak aa mule-mule memang la menanges malam-malam ingat mak ingat ayah ingat laptop opss tapi lame-lame kira boleh tahan laa. dahla sebilik ngan budak kedah hai hani! hangpa boleh bayang bila pure terengganu campoq dengan pure kedah haaa tak ke macam itik bercakap dengan ayam gak jadinye? haha. nasib baik faham. 


tapi yang buat sem ni lagi bestttt adalah group yang paling sporting in CFSIIUM iaitu *drum rolling tedededenggg Group 177! hohoho. ni group subjek English aku. bukan nak cakap bio, arab and math tak best, tapi group ni laa lagi aktif dari subjek2 lain hehe. seriously, aku rasa sangat bertuah leh kenal ngan dorang. sangat sporting, hyper opss atira haha, kuat merepek especially nani ;p best dan yang sewaktu dengannye lahh. nak-nak bila dapat madam yang same sporting gak. ade je program kitorang, ifthar same-same, raya rumah madam yang ni aku tak pergi. jeles owhh. buat BBQ dll *ade dll ke ah da lupe pulak. 


semasa ifthar *alala manjenye our madam XD

dorang raya kat rumah madam. aku tak pegi :(

mereka *jeles >.<

last English class sobs :'(

the boyssss

BBQ Night :)

177.

berjimba-jimba selepas habes final exam


tangan ke dada mata ke atas *kecuali nani fatihah dan mila XD


haiyohh. kenangan untuk first sem. ape pon aku doakan korang sume exempted English okayyy. sape-sape yang kelas lain tahun depan, ingat-ingatlah kat aku ni yek. korang terbaekkkkk ar haha. oh oh, thanks gak untuk my roommate, Hani coz sudi belanje kepsi for my birthdayyyy last 30th September. how sweet! terharu kottt :') thanks sangat. oke la cukup mentaip-taip. time to go to sleep. ye waktu tido aku di rumah akan jadi terbalik. siang aku tido malam aku berjage. bagus sungguh perangai kan. oke bye.



p/s: sedang mendownload Bini-biniku Gangster. tak saba mau tengok, jyeahh!!


:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Sunday

jom bersedih-sedihan

assalamualaikum..


hari ni entri aku agak emo sket. aku pon tak tahu apahal aku rasa sedih gila malam nie. rasa aku cam lonely sangat. rasa cam takde sapa-sapa pon kat sisi aku sekarang. 


kan best kalau aku sekolah lagi.
kan best kalau aku boleh balik asrama.
kan best kalau aku boleh jumpa kawan-kawan aku.
kan best kalau aku boleh bergelak ketawa lagi dengan diorang.


ceh. dulu masa sekolah bukan main nak suruh  cepat habis.
bile dah habis komplen lak nak sekolah balik.
manusia manusia =.='


tapi kat rumah takdok kawan-kawan aku. tempat aku bercerita, tempat aku luah masalah, tempat aku bergalok bergatal, tempat aku bersuka ria. 


siyes aku rindu mu orang ah!
lonely taw dok duk kat umoh. huwaaaaa


T___T




:eh? takkan bace je? komen la sekali!: