Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday

faker? LOL

assalamualaikum..


lately ni banyak betul aku tengok yang cuba jadi faker kat fesbuk. kalau yang faker blogger famous tu toksah cakap ah. berlambak kot. kesian betul dekat faker-faker tersebut. takde life ke bro? kau dah elok-elok tuhan jadikan diri kau tu lagi nak menyamar jadi orang lain.


orang macam ni memang pathetic. nape weh? malu eh nak show diri kau yang sebenar? LOL. kesian betul. apa muka huduh sangat kah? jerawat batu besar-besar? 


aku up entri pasal ni pasal aku dah terkena. eh, bukan aku yang dipalsukan. tapi blogger ayai ni.


mula-mula dia ni add aku kat fesbuk. so aku usha ah gambar dia tu. tengok macam kenal. tapi nama Mohd Shakir Ali. setahu aku nama blogger tu Ayai. so aku abaikan je ah. mana tahu kot-kot abang dia ke.


tapi tadi die tegur aku kat fesbuk. pastu sambil-sambil chat tu aku usha balik profile die sambil bukak blog ayai kat tab sebelah. tengok-tengok memang sah gambar si ayai tu semua. 


buat pusing ayat pulak.


perghh. terus deactivate. kecut telor ye bang??? hehe.


kemon la. ingat orang tak tahu ke? gune pic sendiri la bhai. oh lupe lu takde telor. muke JERAWAT BATU RAMBUT KERINTING MACAM NEGRO. lu malu la nak guna gambar lu kan? HAHA. poor you brah. alolololo.


oh by the way thanks to nuffnang.
even aku jarang update blog, tapi die bagi jugak sikit.
okeylah kan. 
daripade takde langsung.
oh aku berblog juga kerana inginkan duit okey.
sumpah tak hipokrit.

bagi ar banyak lagi ye nuff. heheh.
bye nokss~~



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Monday

poker facebook haram eh?

assalamualaikum..


mungkin ada yang pernah baca post aku sebelum ni yang aku sekarang tengah duk layan game poker dalam facebook tu. almaklumlah baru pandai main. dulu tak reti pun. bukan apa, saje nak hilangkan bosan duduk kat rumah. nak cari kerja pun tak tau nak kerja apa. last-last ternak lemak jela kat rumah sambil online. 


pastu ada satu hari kawan aku hantar IM kat aku. dia ni pun main poker jugak. dia cakap poker ni haram sebenarnya walaupun dalam game. sah-sah aku terkejutlah kan takkan game pun haram kot bukan ade guna duit ke ape. dengan penuh semangat aku pergi tanya dekat encik gugel hukum main poker dalam facebook. korang bacalah sendiri.



Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (٩١)

Maksudnya 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. 91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, yaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun.

Mungkin ada beberapa orang di halaman ini yang suka bermain zynga poker sekadar untuk hiburan semata-mata. namun tidak menutup kemungkinan hal tersebut nantinya akan membawa kita ke dalam bisikan iblis. perlahan namun pasti nantinya akan menjerumuskan kita kedalam perjudian. mengikis sedikit demi sedikit kadar keimanan kita. perjudian itu juga dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, kendati nampak dari mulutnya bahwa mereka telah saling merelakan.

Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan dendam.marah kerana angan-angannya tidak dapat tercapai atau karena taruhannya itu sial, maka ia menyalahkan dirinya sendiri karena kekalahan yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta. bahkan ramai yang mengucapkan kata kata kotor dan cabul akibat tidak berpuas hati atau kalah dan" dibanned".


Judi Poker Adalah Judi Moden..hukum Haram, Segala benda yang ada Kait dengan Judi..sama ada Online atau Secara Langsung..Hukum Haram.


Allah Swt berfirman Dalam Surat Al Maidah ayat 2 yang Maksudnya ".....Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."

dengan kita ikut bermain maka kita juga ikut berperanan aktif dalam meramaikan perjudian itu sendiri.

Syarat suatu hal dikatakan sebagai sebuah judi:
1. adanya harta yang dipertaruhkan;
2. adanya suatu permainan yang digunakan untuk menentukan pihak yang menang dan pihak yang kalah;
3. pihak yang menang akan mengambil harta (yang menjadi taruhan) dari pihak yang kalah (kehilangan hartanya).

jadi untuk poker itu jelas2 telah memenuhi ketiga unsur diatas. meskipun ada sahabat Anda yang bermain poker tanpa modal, tapi sesungguhnya permainan ini tetap mengambil wang pembayaran dari peserta lainnya untuk kemudian dipertaruhkan kembali. beza halnya kalau peserta sama sekali tidak dipungut biaya sepeser pun dan hadiah yang diberikan dari permainan ini murni berasal dari pihak sponsor. permainan ini benar-benar sudah membuming di kalangan remaja, hingga membutakan mereka.

tobat aku tak main dah lepas ni. haihhh

apa pendapat korang? 



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Friday

Spam? SERABUT!



assalamualaikum..


eh apasal fesbuk semakin bangang ni? suka betul hantar IM spam dekat orang. oh apa? buta IT? spam pun tak tahu? haha melampau pulak aku tanya soalan ni kan takkan lak korang tak tau spam tu apa. oke kot-kot la ada yang kurang tahu kan spam ni adalah nama pendek dia. nama panjang dia Stupid Pointless Annoying Message. amboii, bukan main sedap lagi nama dia kan. tukaq sket bahasa melayu. Mesej Stupid Annoying Tidak Bererti. oke ni aku google translatekan. kenapa jadi macam ni aku tak tahu.


tekan untuk tumbesaran.
ni baru satu aku print screen. ada lebih kurang 10 kali jugak aku dapat IM macam ni. haihh, kesian pemilik profil tersebut yang tak tahu apa-apa. dan kesian jugak kat aku yang serabut dengan benda-benda bangang macam ni. hasrat nak chat ngan member yang lama tak jumpa pun jadi terbantut dengan benda ni. nak main game pun susah.


p/s: korang dapat tak menda ni kat IM fb? serabut kan grrrrr

 tak suke tak suke! 



:eh? takkan bace je? komen la sekali!: