Monday

saya student cfsiium...

Assalamualaikum..

after a long longgggg time, here i ammm!! kembali merapu di blog yang suram sunyi sepi macam blog orang mati. betul la kan? tersadai, terbiar je, macam dah takde pemilik. hukhuk. kehsian behlogku. anyway, sekarang aku dah bawak my very own lappy ke uia yayyy *claps claps*. so maybe belog ini tak lagi terbiar macam dulu. MAYBE la. biasalah orang bizi kalah perdana menteri ni kan, normal la tu tinggal blog tak berupdate. hewhew.

baru-baru ni dapat markah midsem. orang lain dah habes asasi tahu, kitorang budak asasi uia masih terdampar kat sini baru habes midsem. SADIS sungguh. mula-mula dapat markah Chemistry. kau boleh bayang tak perasaan kecewa bila lain yang kita expect, lain yang kita dapat? sedihhhhhhhh gila T_T aku just dapat 36 out of 60 marks, means aku dapat 60/100. rasa macam aku kot yang paling rendah dalam kelas. down beb down. padan muka aku lah kan study main-main sekali hambek kau result tak semenggah. uhuk uhuk.

then petang tu dapat Physics. aku bajet fail kot Physics, soalan memang susah nak mamp. tapi tapi tapi, tengok tengok aku dapat A- woooooo! first time dapat Physics A tuu, SPM aku pun cuma dapat B+ je. nampak tak ketidakserasian antara aku dengan Physics? memang miracle gila la dapat markah macam tu. rasa macam nak sujud syukur pun ada. 

tapi ape2 pun, ni baru midsem je kan. final jugak nanti yang tentukan cgpa aku. mintak-mintak dapat 3.0 n above. aminnnnn! sebut amin ramai-ramai cepat! *ugut* hikhik

sekarang tengah busy dengan Annual Grand Dinner Medcy. untuk meraikan graduating students dari persatuan Medical Sciences Student Society (Medcy) ni. event ni buat 6th April ni, which means tinggal lagi 3 hari kot!! aku pegang post assistant Publication n Promotion so kerjanya mempromot jela kan. since event pun dah makin dekat, PubPro dah takde keje sangat, just tolong2 unit lain jela. berdebar jugak rasanya. takut kalau event tak berjalan lancar, ada masalah ke. mintak-mintak la tak jadi pape yang merosakkan majlis, dan semoga majlis kitorang berjalan dengan smooth tanpa masalah. amin amin amin!

student CFSIIUM yang berdedikasi, ihik

lab report Chemistry, tuto Chemistry, quiz Chemistry semua dalam minggu ni. Aku dah mabuk Chemistry! @_@

chow.





:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

Saturday

bulatan gembira di bumi UIA..

Assalamualaikum..


dah lama jugak tak mengupdate kan? biasalah, idea takde + mood kureng lately ni, cewahh. dahla tak bawak lappy pegi uia, nak online pun susah gile. tambah pulak cc kat mahallah zainab tu dah tukar tempat pergi dekat mahallah aisyah pulak. (orang cakap la, aku pun tak pernah jejak lagi mahallah aisyah tu lepas dah tukar jadi mahallah sisters ni). so memang terbatas sangat nak online, huu sedih kotttt. pape pun, sekarang aku nak cerita pasal bulatan gembira aku di uia petaling jaya ni. ok sekarang duduk diam-diam semua yek, nenek nak bercerita cewahhh umur belum pun 19 nak bergelar nenek pulakk


korang tau ke bulatan gembira ni apa? haa, actually nama ni aku ambik daripada sebuah video pertandingan apa tah. bulatan gembira ni sebenarnya adalah usrah. taw kan usrah ni macam mana? usrah ni biasanya adalah sebuah grup kecil yang disertai oleh beberapa orang ahli dan diketuai oleh seorang naqib bagi brothers dan naqibah bagi sisters. grup kecil ni akan membincangkan tentang hal ehwal Islam dan memberikan pandangan tentang Islam.


aku join usrah ni sejak dari first sem lagi. semuanya bermula semasa seorang sister ni datang ketuk pintu bilik aku. 


aku sister


Tok! Tok! Tok!


Assalamualaikum sis


Waalaikumussalam.. ye ada hal ape? *muka pelik*


Sis, sis nok dok join grup usrah?


Usrah? (blur) usrah tu mende? *ok aku memang jahil dulu k, sekarang dah semakin berubah kott tehee*


Usrah ni blablabla... semua yang join pun orang terengganu, dia ikut negeri, blablabla... nak join dok? 


Err, dok taw la kak, emm saye pikir dulu eh?


Ok, kalau sis nak join isi borang ni, n contact akak balik kat nombor 01x-xxxxxxx


okey masa tu memang hati aku berbelah bahagi k, aku ni mana la pernah join mende2 islamik macam tu. kat sekolah aku dulu mana ada mende2 gitu, almaklumlah sekolah harian biasa, bukan sekolah agama pun. so aku memang pikir 2 3 kali jugak la nak join usrah ni. tapi last2 aku contact jugak num yang akak tu kasi. dan sekarang aku bersyukur sebab Allah dah gerakkan hati aku untuk join usrah. alhamdulillah.


mula2 tu memang la macam blur2 kan. yelah, selama ni tak pernah join usrah. tak taw nak cakap apa, buat apa. tapi semakin lama aku join, macam seronok pulak. benda2 yang aku langsung tak tahu selama ni, contohnya ciri-ciri keistimewaan Islam, tarbiyyah, maqasid syariah, jemaah dapat aku peroleh semenjak join usrah. kira banyak la pengetahuan tentang Islam yang aku dapat, dan jugak dapat merubah aku agar jadi muslimat yang lebih baik kan. walaupun tak banyak sangat, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk ubah diri aku ni. tak la asyik duduk di zaman kejahilan je kan. 


 usrah aku ni best, ada akak naqibah yang baik, kak mawaddah nama dia. kitorang panggil dia along je. haa, dalam usrah aku ni, setiap dorang dipanggil ikut siapa yang paling tua, macam kalau lahir no 2 dipanggil angah, no 3 achik and so on la. aku yang paling last, so diorang panggil aku su. kelakar jugak rasanya, sebab dahla aku ni anak sulung. sekali jadi adik bongsu pulak. agak weird rasanya, haha.


so aku rasa agak bertuah dipilih Allah untuk ke uia ni. sebenarnya bertuah sangat2. memang la ada yang cakap susah sebab kena belajar bahasa arab la, english pun kena ambik la, tapi bagi aku, tu semua adalah keistimewaan yang takde kat u lain. best apa belajar arab, lughatul jannah tu. taknak ke belajar lughatul jannah? rugi besar kau weh. aku pun baru sekarang menyesal gak, kenapalah aku tak ambik arab masa aku form1 dulu? sekurang-kurangnya ada jugak basic dia kan. tapi nak buat macam mana, masa kita tak boleh nak putar balik dah, redha jelah. 


kepada korang korang yang belum join usrah dekat u tu, kalau ada, join lah. tak rugi punya. maybe ada yang cakap ganggu pelajaran lah, apa lah, tapi bila kau dah berusaha mendekati Allah, for sure Allah akan tolong kau balik. kan? aku pun tak reti sangat nak kasi ayat2 nasihat power2 ni, aku pun bukannya pakar motivasi or ustazah yang power bagi ayat2 best tu. tapi aku berusaha untuk menjadi muslimat yang lebih baik dari sebelumnya, dengan cara join mende2 macam nilah. so, tepuk dada, tanyalah iman kita sendiri.




semoga dapat menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik selepas ini. InsyaAllah.


:eh? takkan bace je? komen la sekali!: