Friday

saya nak masuk band balik :(

Assalamualaikum..

sekejap je kan masa berlalu. pejam pejam celik celik pejam celik dah nak habis dah sem 3 untuk tahun pertama kat cfs ni. which means next sem aku dah jadi student second year! fuhh. cepat gila. rasa macam baru hari tu dapat tawaran UPU masuk cfs. tengok-tengok dah nak final year dah. ok fine budak asasi dan matrik dah lama habis, dah nak masuk degree dah pun. ye saya tahu. so budak asasi dgn budak matrik sila diam ye. jangan nak riak sangat.

sekarang tinggal lagi seminggu nak balik rumah. exam Fizik la yang lambat sangat tu. gap sampai seminggu hoi. so dalam seminggu ni aku mabuk dengan Fizik je la. untung ah dorang yang habis exam awal tu. boleh balik awal. hmm. i miss home so badly now. yeke? bukan rindu internet laju? kehkeh. betul la! orang rindu nak balik Terengganu ni. nak jalan kat pantai, makan keropok lekor, makan masakan mak. ecehh. macam la duduk obersi. selangor je pun. takpe, lagi seminggu kita balik! *joget lagu kpop* hoyey hoyey! tak sesabor dah ni. nak balik nak balik!

anyway,
khamis baru-baru ni Tepces Band, my i-miss-it-so-much-like-very-very-the-much school band dah join Malaysia National Band Competition peringkat Zon Timur. dan khamis itu aku exam! dan alumni lain sangat ramai okay pergi tengok competition tu. as an alumni, yes, i felt soooooooooooooooooo kecewa tak dapat pergi tengok. kenapa comp itu harus masa aku exam? buat masa aku dah balik tak boleh ke? hah?! *tetiba emo* yes walaupun dah almost one and a half year aku tinggal band. tapi semangat taksub dengan band tu masih kuat dalam diri aku. i tweeted this in my twitter 'kalau masuk UITM bolehla join band. kalau UIA? -.-' and my cousin replied with 'nasyid'. hahaha. menganjing sungguhhh. 

ok. back to the story. and guess what? untuk pertama kali dalam sejarah Tepces Band sejak officially ditubuhkan tahun 2007, kitorang *eh kitorang ke?* okay Tepces Band mendapat tempat pertama untuk division II!! I was like, ' seriously? seriouslyyyyyy???!!' *jaw drop* sangat tak percaya! wow, juniorku sangat hebat! nak bukti nak bukti?

hambek! bukti nih! haha

syukur alhamdulillah. tengok. alumni pulak yang lelebih excited. yang join berjuta kali excited. haha. tahniah untuk junior-junior. keep up the good work juniors! sound dah superb dah. semoga Tepces Band sentiasa berjaya! yeay!

ok. lastly. do pray for me untuk LAST PEYYPERR LAST PEYYYYPER fizik jumaat 11hb nanti. harap-harap laa dapat A. carry mark dah okay dah. tunggu final je ni. berharappppp sangat-sangat nih! ok lah sahabat-sahabat sekalian, till then, adios!



:eh? takkan bace je? komen la sekali!:

4 kanak-kanak riang:

LensaKatop said...

good luck ye 4 the last peyyyper :)

athirahzaki said...

@LensaKatop
tima kaseyy :D

Anonymous said...

perghh..maen band??wow..

athirahzaki said...

@Anonymous
Iyep, hihi :)